Quantcast
Channel: Ayu Rashid Design
Viewing all articles
Browse latest Browse all 991

Finally... Yang Hilang Baru Berganti.

$
0
0
Hari ni genap 2 bulan hanphone Samsung S3 ayu hilang.
Hari Rabu lepas (2/7/15) baru nizam belikan telepon baru.
Samsung Galaxy Grand Duos.


Galaxy pun galaxy-lah. Asalkan Samsung.
Yang penting, kualiti gambar cun! Hehe
Itu criteria utama dah bagitau nizam awal-awal  lagi.
Dasar gila snap gambar kan, camera tu keutamaan.
The rest untuk applications lain, asalkan buleh guna sudah.
Lagi pun, ayu bukan penggila gadjet.
Sayang duitlah nak beli gadjet mahal-mahal.
Kalau hilang ke, rosak ke… haduihh lagi la tensen.


Jadi, dalam tempoh 2 bulan takder handphone tu.
(S3 tu hilang pada malam 6.5.2015 – genap 2 bulan hari ni!).
Ayu gunakan Samsung Galaxy Tab lama.
Yang dah bertahun simpan sebab bateri kong sokmo.
Nak guna, kena bersambung dengan charger.
Off charger, KO terus tab tu.
Haduihhh stress mak!


Dah la berat. Ber-muscle rasa tanganku 2 bulan guna hehe.
Tapi, bila dah lama-lama layan tab tu.
Best pulak. Sebab screen besor.
Puas nafsu mataku window shopping kat Instagram!
Hehehhehee.



Cuma, bab nak menaip tu jadi slow sangat.
Sebab tak biasa dengan keypad tab.
Jari ni tak cukup gemuk pulak rasanya bila guna tab.
Maklumlah, dah almost 3 years dok guna S3.
Jari-jemari dah sebati ngan keypad S3.
Bila bertukar guna tab, huru-hara menaip.


Jadi, dalam tempoh 2 bulan takder tepon tu.
Bisnes pun jadi slow giler. Sebab takder mood nak buat kerja.
Dengan wifi yang slow. Haduihhh dugaan betul.


Samsung Galaxy Grand Duos ni
Nizam yang belikan dan pilih sendiri.
Dia beli masa kerja kat Mentakab last week.
Sekali dia whatsapp gambar tepon tu.


Alaaa. Tak dapat nak memilih sendiri.
Dah la nak kaler putih takder stok.
Dapat kaler Gold.
Alaaa, rasa cam orang tua pulak kaler Gold.
Tak minat! Tapi nizam cakap lawa… ekslusive.
Pandai la beli jiwa… huhuuuu.
EH! Dania pun cakap lawa.
Taste orang tua la mereka berdua itu hahahha.


Harganya tak sampai RM800.
Jauh lagi murah berbanding S3 dulu.


Ikutkan, tak berkenan sangat.
Sebab pada ayu S3 lagi cantik dan size just nice jer.
Bentuk pun S3 lagi lawa, dan selesa dipegang.
Samsung Grand Duos ni jenis panjang sket.
Tak lawa sangat laaaa.
Kalu saiz macam ni, baik guna Note terus.


Amboihhh! Mahal tu… ni jeles ngan nizam ler ni hahaha.
Orang dah belikan pun tak bersyukur. Hehehe
Bukan tak bersyukur, anggaplah ini Review produk hehehe.
Perbandingan antara Samsung S3 dan Samsung Grand Duos.
Gitew!


Tapi, satu jer features yang paling best Samsung Grand Duos ni.
Kualiti gambarnya CANTIK!
Cuma, rasa pelik pulak dengan saiz gambar.
Bila diambil memanjang, jadi lonjong gambar.
Lawa lagi S3 punya saiz gambar. Huhuuuuu.


Ni semua gambar ayu set as Original Size.
Hamik ko... besar gedabak makan space kat entry.
Bila set as Ex-Large size, cam kecik pulak.
Biasa gambar guna S3, set Ex-Large cantik jer.
Huhuuuu...


Ni contoh Ex-Large image
Tak lawa pulak jadiknya,
Between, maaf ler letak gambar air sedap ni di waktu siang bulan Ramadhan.
Ni semua gambar masa makan malam lepas berbuka kat Pizza Hut.
Meraikan dapat HP baru... ehhehee

Gambar camera depan dan belakang cun sangat berbanding S3
Camera belakang sama S3: 8MP
Camera depan: 5MP, while S3: 2MP jer kalu tak silap.


Jadi, lepas ni buleh la selalu selpie dan wefie.
Sembunyikan cacat cela dan noda dimukaku dengan penuh keyakinan.
Dalam gambar mula flawless macam Maya Karin.
Kalu tengok luar, hazab! Hahahahhaa



Gambar di bawah ni semua Original Size
Contoh gambar: Flawless di gambar, hazab di alam nyata! Hehehehhe
*Ni pose lawan mata saper lagi besar. Of course dania kalah hehehe.




Ok, Alhamdulillah.
Berhandphone baru juga sebelum raya.
Nizam cakap ni hadiah 10th Wedding Anniversary.
Eh! Mana aci, ini pun jenuh merajuk ahhahaa.
Dia sedap jer guna hp, kita dok guna tab
Eh! Tapi saper yang lalai hilangkan hp hehehe.



Lastly,

"THANK YOU HUSBAND"
Nah, gambar you masuk blog. Heheheh.
Sorry yer, gambar you guna camera depan, muka tak flawless hahaha.


Pinjam skrip Dewi Yusra untuk Raden Amzar sekejap hehehehhe.


Okay, selamat memulakan minggu baru semua. 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 991

Trending Articles