Quantcast
Channel: Ayu Rashid Design
Viewing all articles
Browse latest Browse all 991

Sofa Fella Design - Urban Culture Series

$
0
0
Macam confident jer letak nama series Urban Culture kat sofa orang :)
Tapi, rasanya betul. Ah! Lantaklah betul ke tidak. 
Janji sofa jugak kan... 


Ni saya nak share gambar yang saya sempat snap masa pegi HQ Fella Design Bukit Subang hari tu. Gambar tak berapa cantik dari segi view dan kualiti. Sebab snap laju-laju sambil jalan dan kejar juga menjerit memanggil hariz yang asyiklah nak berlari dalam tuh!


Camera handphone Samsung Grand Prime ni selow la bila snap gambar. Kalau SIII dulu once kita tekan snap, papppp dia terus captured gambar. Ini guna Grand Prime alahai, lembab benar. Tu macam tak syok nak cecurik snap gambar dalam showroom orang hahaha. 


Ok, kita berbalik kepada cerita sofa, dah membebel pasal hp pulak dah!


Sofa idaman saya ialah design moden. minimalis dan kecik.

Bila tengok sofa-sofa kat area Urban Culture Series ni, memang wow!
Memang terus can't take my eyes out of you gitew.

Cantik gilerrrrr. 


Tapiiiiii... bila tengok harga, air liur pun rasa kelat hahaha.
Dah, kalu takat bajet ciput tuh, berangan jer mampu!

Maka, marilah kita bersama-sama cuci mata saja sambil letak tangan kat dahi berangan!



Ini paling saya berkenan. 
Gambar tak sharp, tu corak macam tak cantik nampaknya.
Yang real, memang cantik fabriknya dan of course i like the design!

Memang nak ambik yang ni dah, sebab still within bajet.
TAPI... sekali nizam cakap:
"harga dekat 4k, seketul jer dapat"

Iskkkk payah betul bawak laki shopping kan? 
Tu zaman kerja dulu i beli sendiri jer sofa. 
Dia balik kerja, tengok dah siap sofa tu tercongok kat rumah!




Ini pun i likeeee jugak. 
Design ala-ala yang atas tadi tu jugak. Harga beli lebih kurang jer.

Tapi, dah housemate cakap seketul tak berbaloi harga, apa nak buat!




 Ini pun cantik!

Tapi, saya nak sofa yang boleh bukak sarung dan basuh.
Ini, kalu kotor, memang menanges lagu zapin ler jawabnya!
Semut pun sonot buat sarang dalam lubang-lubang tu kan? hahaha.
Maklumlah, ada anak... makan sepah sana sini.





Saper suka kaler hitam?
Ini memang cantik gilerrrrrr. Tapi, tengoklah harga tuuuuuu.




 
Macam ni tak minat pulak, sebab jenis bantal/tempat sandar macam tu.
Susah nak maintain.
Nanti kerja haku menyusun dan mengutip bantal ajerlah!

Ayu memang nak sofa yang tempat sandar fixed melekat atau kemas kedudukan.
Senang nak manage.



Ini memang cantik jugak, rambang matakuuuuu
Tapi, tempat sandar macam tu pulak. Takleh, penat mengutip nanti.
Harga pun, wehuuuuuu terkedu mak!





L-shape ni cantik. 
Tapi, takkan nak beli L-Shape lagi. Manjang dengan L-Shape.
Cantik korang... ayu memang suka sofa L-Shape.
Tapi, kalu amik L-Shape lagi, aku kene sekeh kepala ngan nizam kot.
Gatal, dah ada jual...pastu nak beli spesis sama jugak. hahaha.



Banyak la design cantik-cantik dalam showroom HQ Fella Design ni.
Kalau nak syok beli sofa, sediakan bajet 5k - 10k hahahaha.
Baru berbaloi merambang mata dalam tu.

Nanti ayu share lagi gambar-gambar lain, ada sikit lagi.
Jadi, kepada korang yang nak beli sofa... sila-silalah ke sana yer.
Tak pun, tunggu Fella Design buat jualan gudang.
Katanya, dalam bulan 10 atau 11 nanti.
Kumpullah duit dari sekarang... 
Takleh kumpul dalam tabung ayam, tapi tabung gajah terus.
hehhehee.


Ok, jumpa lagi. Assalamualaikum ")




Viewing all articles
Browse latest Browse all 991

Trending Articles