Quantcast
Channel: Ayu Rashid Design
Viewing all articles
Browse latest Browse all 991

REVIEW: Restoran Ikan Patin Masak Tempoyak

$
0
0
Nizam tak makan ikan-ikan air tawar. Memilih dia tuuuu.
Tapi, bini nizam dan anak pompuan nizam, dia belasah jer apa pun.
See, senang nak bela 2 jelitawan dihati nizam ni heheeee.

Kitorang jumpa restoran ikan patin masak tempoyak kat area Bangi/Kajang ni.
Tak sure alamatnya, nanti bila pergi semula ayu tengok alamat.

Dah 3 kali kami makan kat sini.
Not bad, bolehlah tahan sedap, sebab asal ada rasa sudah.
Yang penting, ikan patin tu takder la rasa payau.


Banyak juga ulam kampung, tapi takleh lawan la restoran-restoran kat Shah Alam kan.
Sobbb sobbb bab makan memang rindu sangat kat Shah Alam.
Sejak dok Semenyih, nak makan sedap sikit, kenalah merantau jauh. sket.
Budu & tempoyak juga feveret dania hokey!



Harga ikan patin masak tempoyak ni pun berpatutan.
Kalau makan berdua ngan dania, kami ambil seketul jer bahagian ekor.
Meratah-ratah si dania makan. Sampai dia yang ajak makan kat sini bila weekend.



 Ini dia kedainya. 

Restoran ni bersih dan selesa. Best laaaa.

Okey, penggemar ikan patin masak tempoyak dan pelbagai lagi makanan untuk breakfast dan lunch, bolehlah berkunjung ke restoran ni. Jalan-jalan Cari Makan Bila Malas Masak Macam Ayu Rashid hahahaha!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 991

Trending Articles