Quantcast
Channel: Ayu Rashid Design
Viewing all articles
Browse latest Browse all 991

Susun Atur Shawl Jarang Pakai

$
0
0
Assalamualaikum.

Sejak dah jatuh cinta dengan koleksi shawl 2 muka byJajaKalam, ayu dah tak pakai dah shawl-shawl lain. Lagi pun, kebanyakan shawl dulu, jenis kecik dan kain see-thru. Kalau nak pakai, kena beli anak tudung dulu. 

Dania pun dah makin besar, dah pandai nak melarams. Jadi, ayu simpan jer la shawl-shawl ni untuk dia. Terasa ketuaan melanda bila nak keluar jer dania pun sama naik nak pakai shawl 2 muka byJajaKalam. Amboiii!


Jadi, ni ayu nak share cara ayu susun atur shawl yang dah jarang pakai.


Ayu cuci semula semua shawl ni sebab rumah dilanda cikti.
Nanti cerita di lain entry. Wah! Pasal cikti pun akan ada entry uols.


Ayu asingkan dulu shawl ikut jenis kain.
Pastu, asingkan lagi ikut corak atau plain.
Then, lipat dan gulung.

Gulung dapat jimatkan space dan lebih kemas.
Takder la terbarai sebab biasanya shawl kan jenis licin.
Selai berselerak, yang lain pun akan berselerak secara berjemaah!

Ayu cuma gunakan bakul putih yang macam ni:

Ini geng shawl printed, kain lycra dan cottton



Sambungan bakul atas tu, boleh letak 3 layered.
Jimat space!




Bakul bawah: shawl jenis kain licin dan printed

Dah siap lipat - gulung - susun shawl dalam bakul.
Kemas dan mudah!



Sementara nak letak dalam almari baju kat bilik atas.
Letak dalam kat sini (di dapur yer tempat baju basahan harian kitorang)
Punyelah malas nak turun-naik tangga.
Ni salah satu sebab tak minat rumah 2 tingkat. Orang malas memang camni heh!


Kenapa seluar jeans pun kat bawah ni?
Al-kesahnya rumah kitorang dijelajahi CikTi masa kitorang balik kampung cuti sekolah lepas.
Perghhhh! Stress gila sebab dapur, ketiga-tiga bilik, bilik air atas dan tangga dikerjakan dorang.

Ni pun tak setel lagi lap semua perabot.
Itu yang lately ni badan memang lemah dan takder tenaga giler-giler punyelah.
Ke faktor penuaan asyik letih ni.. uhukkk uhukkkk!

Okey, korang bolehlah cuba susun shawl macam ni.
Baju-baju kecik atau baju baby pun sesuai sangat guna bakul camni. 
Cuba carik kat The Store, Tesco mungkin ada jual.
Murah jer bakul ni dan ada pelbagai saiz.

Okey, jumpa lagi. Wassalam.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 991

Latest Images

Trending Articles