Quantcast
Channel: Ayu Rashid Design
Viewing all articles
Browse latest Browse all 991

Review Bilik Hotel Swiss Garden Melaka

$
0
0
Pada hari hujung minggu lepas, kami sekeluarga ke Melaka untuk my birthday gateway :P Kami stay kat sana 3D/2N di Swiss Garden Hotel Melaka. Besday tahun lepas pun ke sini jugak. Anak-anak suka sangat swimming pool hotel ni, so ke sini lagi lah kami. 

Saya buat booking tru booking.com 2 minggu sebelum tarikh kami nak pergi. Kami kat sana dari Jumaat 5/1 hingga Ahad 7/1/2018. 


Image source: www.booking.com

Kami check-in lebih kurang jam 5.30 pm. Mengejar masa anak-anak nak mandi kolam! Syukurlah check-in sekejap ajer, orang tak ramai. Then, terus naik ke bilik. 

Ini pun gambar yang sempat saya snap sebab anak-anak dah tak sabar nak landing atas katil dan nak salin pakaian nak terjun kolam. Sabor dulu yer, mak korang ni blogger, kena snap gambor dulu hahhaha.

Inilah sikit gambar bilik yang saya dapat share sebagai review bilik yang kami duduk tu. 





  




Saya suka dekorasi kat bilik hotel Swiss Garden ni. Moden dan minimalis. Paling saya suka kat tv area dan workstation. Memang sesuai sangat bilik macam ni untuk mereka yang datang untuk urusan kerja jugak, sebab ada ruang untuk bekerja. Masa saya datang tahun lepas, saya bawak laptop sekali, dapatlah buat kerja jugak. Masa tu saya mengandung 8 bulan hehe. Cuma, masa tu saya tak tunjuk gambar saya mengandung. Biarlah rahsia katernya. 






Bila bercuti, kami bawak bantal, selimut dan cadar sendiri jugak. Jangan pelik yer hee.



Sofa yang selesa untuk berehat dan jadi port untuk posing!










Asalnya kerusi tu kat bahagian lagi satu, tapi saya alihkan ke sana sebab nak elak baby main kat situ. Ruang pun jadi lebih lapang.



Cantik kan?







View dari tingkap ke balkoni. Bilik kami ni berdepan dengan The Pines Hotel. 




REVIEW BILIK:

Yang Best:
  • Harga berpatutan
  • Check-in cepat, staf mesra 
  • Lobi selesa
  • Bilik agak besar sesuai dengan harga
  • Tilam dan bantal empuk, selesa!
  • Cadar, sarung bantal, selimut: BERSIH
  • Bilik air bersih (ni paling pentingggg pada saya)
  • Security bagus (guna access card)
  • Ada petunjuk arah kiblat
  • Toilettories wangi dan cantik packaging
  • Mini kitchen
  • Hair dryer
  • Seterika & iron board
  • Astro (selected channel only)
  • Ada apa-apa problem kat bilik macam ekon tak sejuk (padahal tak reti guna remote hahhaha) ke contohnya, boleh terus call. Servis yang bagus dan cepat.

Yang tak best:
  • Karpet berbau! Tak selesa. Nasib baik bawak Fabric Mist, tapi itu pun tak dapat kaver bau hapak karpet tu. Sangat tak selesa dan rimas. Saya memang tak boleh dengan bau-bau macam ni. 
  • 2x menginap kat hotel ni, 2x jugak satu cangkuk langsir tu tercabut. Hahha, sakit mata i tau, kang ada jugak aku panjat gantung elok-elok!
  • Towel tak disediakan. Kena call, baru datang hantar
  • Wifi slow. Takleh guna langsung
  • Tak jumpa sejadah, mungkin tak disediakan atau saya tak geledah carik. So saya solat guna towel bawak dari rumah sebagai sejadah

Tapi, secara overall bilik kat Swiss Garden Hotel ni, best. Berbaloi dengan harga. Cuma saya harap dan dah tulis review kat booking.com tentang bau karpet tu. Sebab once ada bau tak menyenangkan, ia boleh spoiled-kan mood nak berehat. Taknak berburuk sangka, mungkin bilik saya dapat tu jer kot berbau. Kalau bilik lagi mahal, takder bau dan langsir pun tergantung elok hehhee.

Cuma, sebagai pelanggan, saya tak puas hati la berkenaan karpet tu. Semoga pihak hotel ambik tindakan sepatutnya, sebab 5* hotel tak sepatutnya ada isu macam ni. 

Next time, maybe saya nak try hotel lain pulak. Saya suka The Pines, tapi anak-anak tetap nak ke Swiss Garden, sebab dorang suka swimming pool kat sini. ADOIII.


Suami saya ada cakap.
Hotel ni best kalau datang berdua untuk honeymoon. Bilik cosy dan romantik jer. 

Tak payah keluar jauh-jauh. Sebab kat The Shore boleh shopping dan makan bawah tu. Tempat makan pun banyak. 

Maksudnya nak datang untuk berehat dan berkasih sayang sesuai sangat. Haa, dah ada anak bercuti ni? Takyah berangan nak romantik bang oiii. Kerja kita mengejar anak jer la merangkak sana sini dalam bilik hahaha. Sampai tahap saya buat macam ni haaaaa:





Rapatkan katil, bentang comforter atas lantai! Setel. Nak check-out tu gigih la pulak tarik katil dan susun semula elok-elok. Yelah, adat bertamu walaupun bayar, dah mandai tarik perabot orang sana-sini tu, pandai-pandailah letak semula macam asal. Kesian kat budak-budak housekeeping kalau dorang pulak kena susun semula. Baik tak kami? Hhheee.


Last but not least; berkongsi kenangan bercuti sempena besday ke 19 39 tahun. 






Next entry saya akan buat review swimming pool pulak. Till then, jumpa lagi!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 991

Trending Articles