Quantcast
Channel: Ayu Rashid Design
Viewing all articles
Browse latest Browse all 991

Apa Menariknya dengan AirAsia Flights?

$
0
0
Siapa tak pernah naik flight? Eh, macam kejam sangat pula saya tanya soalan macam tu kan? Huhu. Okay-okay sorry. Just nak tanya laa, korang kalau fly ke mana-mana, suka naik flight apa je?

Kalau macam saya, saya suka fly dengan AirAsia. Haaa, korang mesti tahu serba sedikit kan tentang AirAsia? Tipulah kalau tak tahu sebab airlines ni merupakan satu syarikat penerbangan kos rendah yang terbesar di Asia Tenggara dan mempunyai ibu pejabat di Kuala Lumpur, Malaysia. Kalau korang nak tahu, airlines ni boleh bawa korang terbang ke lebih 120 destinasi di Asia Pasifik, termasuklah 60 laluan unik di rantau ASEAN. Syok ke syok? Haha. Banyak lagi perkara yang menarik tentang airlines ni yang membuatkan saya tak jemu-jemu untuk terbang ke mana-mana saja bersamanya. Nak tahu apa yang menariknya? Let’s check out!

Perkara utama yang membuatkan saya jatuh cinta dengan AirAsia ni adalah kerana harganya yang murah. Ni bukan murah biasa-biasa tau, tapi memang kaw-kaw punya murah. Saya cukup suka wei dengan dorang punya tagline, “Now Everyone Can Fly”. Tapi serius ah, korang memang akan mampu untuk terbang ke mana-mana saja destinasi pilihan korang dengan airlines ni. Dan saya rasa airlines ni memang betul-betul nak capai matlamat mereka untuk bagi peluang dekat orang ramai naik flight.


Selain tu, walaupun telah menawarkan harga yang murah, dorang tetap mengadakan promotions danmenawarkan pakej-pakej yang menarik dari semasa ke semasa. Haaa, memang gila best lah cerita dia. Harap korang tak histeria laa ya. Hihi.

Tambah lagi, apa yang membuatkan saya suka fly dengan AirAsia ialah dorang ada menawarkan pelbagai tempat duduk untuk memberi keselesaan pada setiap penumpang, dariKelas Ekonomi hingga ke Premium Flatbed.

Mana yang nak duduk berdekatan dengan pintu kecemasan, bolehlah pilih Hot Seat. Ia lebih kurang sama macam Kelas Ekonomi cuba bezanya akan diberi keutamaan time naik pesawat.
Hot Seat

Bagi yang nak fly jauh, Premium Flatbed adalah the best choice buat korang sebab nanti bolehlah rehat dan tidur dengan tenang sementara sampai ke destinasi. Keselesaannya memang dijamin terbaik.
Premium Flatbed

Seat Quiet Zone pula sesuai untuk korang yang perlukan ketenangan dan suka suasana yang senyap. Jadi, dengan adanya pelbagai pilihan seat ni,korang dapatlah terbang dengan selesa dan seronok.
Seat Quiet Zone

So, sekarang ni korang dah mula jatuh cinta dengan AirAsia flights ke belum? Hihi. Kalau belum, takpe. Biar saya share lagi apa yang menarik.

Okay, next! Part yang paling best mestilah tentang in-flight meal. Yeahh! Biasanya, hanya penumpang Premium Flatbed saja yang akan dapat free in-flight meal. Tapi penumpang yang lain pun still boleh order makanan. Sama ada nak order secara on the spot atau buat pre-order secara online. Pasti korang akan rambang mata bila tengok pilihan menu yang ditawarkan sebab semuanya nampak sedap-sedap belaka.

Antara pilihan meals yang ada ialah Nasi Lemak Pak Naseer, Nasi Ayam Malaysia, Pulut Mangga Thai, Briyani Ayam Bukhara, Ayam Panggang dan banyak lagi. Untuk kaki makan macam saya ni, memang heaven sangat la menu-menu yang ada ni. Wallaaaa :D
Contoh menu yang boleh dinikmati di dalam AirAsia Flights

Kepada korang yang memang kaki travel, saya sarankan korang daftarlah sebagai ahli supaya nanti senanglah nak tahu all ongoing promotios dari semasa ke semasa. Walaupun seat untuk promotion fare agak terhad, tapi peluang untuk korang mendapatkannya adalah sangat tinggi kerana setiap kali promotions korang akan mendapat newsletter by email. Dalam masa yang sama, korang juga boleh kumpul point dengan setiap flight booking. Bila point dah cukup pula, boleh redeem untuk dapat free tiket flights, penginapan hotel, hidangan, insuran dan bagasi. Haaa, seronok ke seronok? Haha.



Sebelum saya terlupa, antara perkara menarik di AirAsia flights ni juga adalah Xcite Inflight Entertainment which is korang boleh tengok segala jenis hiburan hanya melalui tablet saja. Macam-macam pilihan ada termasuklah movies and TV series, muzik, majalah, dan games. Xcite Tab ni juga dilengkapi dengan head phone supaya takdelah korang mengganggu penumpang yang lain dan bolehlah menikmati hiburan dengan sepenuhnya.


Jadi, jangan lepaskan peluang untuk terbang dengan harga rendah yang paling maksimum dan nikmati juga AirAsia flights promotions yang sangat menguntungkan.

Jom rancang percutian korang sekarang juga! Ciptalah kenangan terindah ke destinasi pilihan kita dengan AirAsia Flights.

Images source: Google Image & AirAsia Website

Viewing all articles
Browse latest Browse all 991