Quantcast
Channel: Ayu Rashid Design
Viewing all articles
Browse latest Browse all 991

Cuti Tahun Baru Cina 2018

$
0
0
Hari ni, anak-anak dah mula cuti sekolah sempena Tahun Baru Cina 2018. Husband masih lagi kerja, InsyaAllah malam ni balik. Sayang anak-bini,, sentiasa ditinggal-tinggalkan. Ikutkan, tak suka dia kerja macam tu, tapi nak buat macam mana. Terpaksa.

Cuti sekolah sampai hari Isnin depan. Nak balik Besut, tak sempat sebab sekejap sangat. Setengah hari dah dalam perjalanan ajer. Anak-anak jenuh dok pujuk Nek Jah ajak datang sini. Plan nak balik Keratong tak dapat pulak, sebab mak abah mertua nak datang sini, tolong adik Nizam buat beranda. Hmmm, cuti panjang... mereput la kat rumah. Bosan giler tu huhu.

Well, bila mak bapak mertua nak datang, berlakulah operasi kemas rumah haaha. Macam tak biasa kan wahai menantu perempuan sekalian. Ini pun dari semalam slow-slow berkemas bilik. Pastu pagi tadi sambung berkemas lagi. Tukar cadar dan kemas bilik store.


Bilik store tu, Kak Ayu sendiri la tukang sepahnya hahaha. Masa ambik barang kalau nak cepat, main letak jer. Situlah tempat sumbat segala comforter, tilam, printer, stroller, almari pakaian, dan baju sekolah anak-anak. Bertambah sepahnya tu sebab husband berkemas 2 minggu lepas. Dia bukak almari tuan rumah yang dah buruk, pastu buang. Tak boleh isi pakaian dalam tu. Gatal dan busuk baunya. Lama dah suruh husband buang, tapi dia buat derk ajer. Tapi, bila takder space nak letak barang bila ada iron Philips Amway, baru dia bukak almari tu, leraikan sekeping-sekeping, sumbat dalam kereta dan terus buang! Setel. 

Sekali, suka hati dia jer pegi letak barang-barang yang dalam almari tu atas almari baju dalam bilik store hahhaa. Dengan bunga-bunga yang saya dok deko-simpan-deko-simpan pun dia letak atas tu. Dah, kalau saya nak ambik guna untuk berdeko semula, kena amik kerusi panjat. Sebab tinggi barang tu dah sampai siling! Sebab almari pakaian tu memang tinggi, letak barang banyak sikit memang sampai siling. Sabooo jer la laki ku. 


Ruang tamu pun dah siap kemas elok-elok semua. Rasa macam nak raya pulak hahahha. Cuma langsir jer tak tukar, malas nak manjat. Tunggu husband balik la mintak dia tolong. Gigil-gigil jugak weh nak panjat tangga. Dah la langsir berat, rasa ehh tak kwase la nak buat. Langsir sliding dan tingkap kat tangga tu dari raya puasa tahun lepas lagi pasang. Tak pernah cuci hihi. Cuba kira dah berapa bulan ahaks. Punyalah rajin!


Oh, tak citer lagi kan, Kak Ayu dah angkut pc naik dalam bilik SOHO dulu. Tapi tak pernah guna pun lagi hahha. Sebab tak setel lagi buat setting untuk wifi connections. Weekend minggu lepas merasa la dok dalam SOHO lama ni buat kerja. Ya Allah, heaven gilaa rasa. Dengan sejuk ekonnya, dengan wanginya bau Dexandra Air Freshener, bilik yang kemas dan semestinya takder gangguan Ayra si Ratu Bono hahaha.

Bukan tak sayang anak, tapi terpaksa untuk bekerja dengan tenang. Memang rasa bestnya sebab dapat fokus kerja untuk beberapa jam dalam suasana yang saya memang suka sangat.

Okey, petang ni nak sambung berkemas lagi. Tadi dah siap masak ayam asam pedas. Daun kesum mintak ngan kakak Nizam. Hariz sedang berbahagia main kat rumah Mak Long dia tu haa, Risau jugak pegi umah orang lelama. Menyusahkan rasanya. 

Tak sabar tunggu husband balik. Boleh rehat masak hahhaha! Till then, selamat bercuti!



P/S: Korang yang nak beli produk saya jual, boleh ke blogshop saya ni yer:

Norafurla Mega Volume Mascara: http://norafurlalovers.blogspot.com
Tasneem Naturel Balm: http://ayurashidshop.blogspot.com
Dexandra:www.dexandralover.com

Viewing all articles
Browse latest Browse all 991

Trending Articles