Quantcast
Channel: Ayu Rashid Design
Viewing all articles
Browse latest Browse all 991

3 Tips Disiplin Lipat Kain

$
0
0
Haa, saper kat sini geng selalu mengelat lipat kain? Baik mengaku cepat hehe. Saya pun geng jugak, Ya Allah memang bercinta la nak lipat kain. 


Lagi-lagi bila ada baby, selai kita lipat, selai jugak dia kirai semula. Yang elok berlonggok tak berlipat lagi tu, taknak pulak dia kirai. Saja la tu nak kasik ibunya lipat dan lipat lagi. 

Source: Google Image


Hari ni, saya nak share 3 tips disiplin lipat kain, supaya lepas ni takder lagi dah longgokan baju tak berlipat tu. 


1. Lepas angkat - terus lipat
Lipat terus tau, jangan nak longgok dulu tunggu berhari-hari, makin bertambah hari, bertambah la menggunung longgokan kain, maka makin malas la nak lipat. So, angkat - terus lipat!


2. Jauhkan diri dari GADJET
Ini biasa kan... bila gadjet (tak kira la handphone atau tablet) ada dengan kita, mula laaa. Selai lipat kain, 10 minit dok ngadap gadjet. Sudahnya, 4 jam baju sebakul tak siap jugak berlipatnya. So, jauhkan diri dari gadjet semasa melipat baju. Dah siap lipat dan susun baju, baru ambik gadjet tu, hadap laaa. 



3. Lipat  ikut saiz (besar, sederhana, kecik)
Dah jadi macam satu kerja pulak nak asingkan ikut saiz kan? Tapi secara logiknya, bila kita tengok banyak yang nak kena lipat, kita rasa makin lemau nak mulakan. Padahal, tak banyak mana pun, tapi disebabkan ada yang saiz besar (contohnya cadar, selimut dan tuala), kain akan nampak banyak. 

So, asingkan dan lipat ikut saiz. 
  • Cadar, selimut, tuala
  • Kain batik dan kain pelekat
  • Pakaian dewasa
  • Pakaian kanak-kanak
  • Pakaian bayi
  • Misc (macam pakaian dalam, dan tuala kecil)

Cukuplah 3 tips ni, tips-tips lain korang boleh la google. Ni cara yang biasa saya buat. Alhamdulillah, jarang kat rumah saya ni ada longgokan kain tak berlipat, sebab kalau makin dikumpul, memang makin malas nak mulakan dan lagi bercinta nak susun yang dah lipat tu kat bahagian masing-masing.


Selamat mencuba :)

Viewing all articles
Browse latest Browse all 991

Trending Articles