Quantcast
Channel: Ayu Rashid Design
Viewing all articles
Browse latest Browse all 991

Dilema Blog | Campur atau Asingkan

$
0
0
Kalau yang dah lama follow blog ni, mesti naik menyampah dah bila baca si Kak Ayu ni asyik dok jual itu jual ini. Ye lah, Kak Ayu pun dah ingat-ingat lupa dah, apa yang pernah jual. Yang ingat antaranya ialah:


  • Produk Hai-O Marketing 
  • Shawl 2 muka byJajaKalam
  • Dexandra
  • Ronella Essential Oil
  • Tasneem Naturel
  • Norafurla Mega Volume Mascara

Kalau nak tau, masih ada lagi wasap tersesat masuk tanya pasal Premium Beautiful dan produk Hai-O lain tau. Kak Ayu pun dah lupa macam mana cara nak kira saiz Premium Beautiful hehe. Kalau orang nak beli cash, best jugak kan. Sebab dah pangkat Diamond Sales Manager (DSM), bonus dah 31%, tinggi tuuuu. 

Kadang tengok orang jual produk Hai-O macam best jer, tapi nak mulakan balik tu, alahai... malasnya. So, takper la. Kot bebila dapat seru jual semula produk, boleh jer. Taknak dah kembangkan network, penat. Cukuplah sekadar jual produk ajer. Sebab order segala pun HQ dan stokis uruskan. Senang sangat dah. Cuma nak ngan taknak jer. Kalau nak jual pun, just fokus killer product jer. Tu kena risik-risik la apa produk yang hot sentiasa. Okey, #DoneBerangan


Bila cerita pasal gunakan blog untuk bisnes, kan. Ramai yang kata elok asingkan setiap produk untuk 1 blog. Memang la tau benda tu semua, tapi... alahai, dengan ada baby memang tak sempat la nak manage. Sekarang ni saya ada blog ni:

Bulan Feb lepas, saya buat blog ayurashidshop untuk campur semua produk. Nak lambak semua jualan kat situ. Tapi, rasa macam tak best pulak, sebab niche berbeza sangat tu. Tak sesuai la pulak. Pastu, pegi la asingkan, buat blog lain untuk Norafurla Mascara tu, sebab soon akan released new baby untuk Norafurla ni. Tasneem Naturel pun akan kuar baby baru jugak. Nanti, bertambah serabut pulak.







Nak jadik cerita pulak, ada teknikal problem pulak untuk kedua-dua blog tu. Hmm, terus hilang mood. Rasa nak delete jer dedua blog tu. Frustrated sangat. Sampai takder mood nak tengok blog tu, apalagi nak update dengan penuh kasih sayang. 


So, kedua-dua blog tu saja diabaikan. Bila rajin update, the rest lambak jer la kat dalam blog Ayurashid ni. Sampai ada mood semula, saya guna IG untuk bisnes Tasneem Naturel dan Norafurla. Tapi Tasneem Naturel ni, saya nampak potensi besar jika gunakan blog. Hmm, ntah la, tak tau nak kata apa. Sabar jer la. Nak buat macam mana kan... semua benda luar kawalan. 

Template blog beli dari website mat salleh. Terpaksa revamp semula. Ni kalau ada masa boleh jer hadap buat sendiri, tapi tak berkesempatan. What to do... redho jer la :(

Nak on laptop satu hari pun bercinta. Ini curik masa sekejap time dia nap. Update blog pun dalam keadaan jiwa kacau tau. Memang main taippppp jer apa yang terfikir kat otak. Sib baik laju menaip hahaha. Kalau macam nizam menaip, mau 1 perenggan siap, Ayra dah bangun hihi. Sempat tu kutuk laki sendiri ahaks!


So, tak tau lagi macam mana hala tuju bisnes Norafurla dan Tasneem. Ya Allah kekangan masa memang tak tau nak kata macam mana. Kadang nak nanges rasa. Banyak benda nak buat, tapi tak boleh buat. Tu yang kadang rasa putus asa. Taknak buat bisnes apa-apa pun. Tapi, what to do. Ni jalan yang saya pilih, terpaksa la redah jugak.


So, kalau Kak Ayu jarang update blog, sila-sila la jenguk di FB dan IG yer. Eh, FB pun dah rasa menyampah tau, caner ni? Psycho betul la pompuan ni hahhaa. 


Okey, nak godek folder gambar jap. Ni menyambil transfer gambar dari hp ke laptop. Gambar dari bulan 2 hari tu tak transfer lagi. Memori kat hp dah makin sesak napas tu, sebab banyak sangat gambar dari Telegram.


Till then, bye dan salam jumaat semua!



Viewing all articles
Browse latest Browse all 991

Trending Articles