Quantcast
Channel: Ayu Rashid Design
Viewing all 991 articles
Browse latest View live

WAHM: Pengurusan Masa

$
0
0
Hi semua.

Bila kerja dari rumah (WAHM), ramai orang kata rileks jer goyang-goyang kaki. Pastu kalau time kita ada masa nak rehat, yang sebenarnya takder la berehat sangat pun, sebab still ada jer nak kena buat. Orang kata, nak lunjur-lunjur kaki sekejap betulkan urat, dah nampakkan macam kita ni rileks jer. Padahal, kalau dari 24 jam tu kita macam robot buat kerja selama 16 jam, rehat bebetul cuma 1/2 jam ke 1 jam, dah nampak macam rileksnya ko jadi WAHM.

Nak juggling from one task to another, memang alahai letih tau uols. Walaupun saya ni cuma anak 2, bisnes online suam-suam kuku hahaha, dan menulis blog sendiri juga blog clients, masa memang sangat mencemburui saya.

Kadang rasa cepatnya masa berlalu. Sesedar, eh laki dah nak dapat elaun dan gaji lagi sekali. Eceh! Statement mengundang cercaan sangat ni dok kira bila laki nak gaji hahaha.




Saya ni walaupun dah 6 tahun tak kerja, kononnya jadi WAHM, saya masih bercelaru lagi bab pengurusan masa. Sebab semua tu boleh berubah bila-bila masa jer. Contoh, dulu zaman saya jahiliyah sangat hahah. Lepas subuh atau bila anak (masa tu dania jer sekolah) dah pergi sekolah saya sambung tidur!

Bayangkan dari pukul 7am lebih, saya bantai tidur ngan hariz sesilap sampai pukul 10am! Selagi hariz tak bangun, selagi tu la saya tidur hahaha. Gila hokey! Hariz pulak jenis tidur nak berkepit dan pegang tangan mama jer. Maka, itu adalah alasan maha kukuh untuk saya tidur tanpa rasa bersalah huhuuu.

Pastu, bila dah bangun waktu macam tu... kepala ting-tonggg sampai ke petang. Mood ke lautt sebab rasa badan lesu lain macam.

Sebab tu lah, bila dah tau yang dalam Islam pun sangattt tidak menggalakkan tidur lepas subuh, saya pun dah ada sikit-sikittt ilmu bertambah tentang rezeki, solat dhuha dan amalan-amalan lain, yang selama ni saya tak tau, tak pernah rasa nak belajar dan tak pernah nak ambik tahu huhuu.

Sebab tu la, bila fikir balik... dulu rezeki saya walaupun tak putus dan ada, tapi asyik bocor jer. Abes tatau ke mana, dan bila dapat tu, sekejap jer selesai saya kerjakan hahahha.

Alhamdulillah, turning point saya ialah bila arwah abang saya meninggal. Saya mulai rasa takut dengan amalan saya selama ni. Kalau saya mati, mana agaknya saya akan ditempatkan atau dicampakkan?

Memang takut!
Sejak tu, saya mula muhasabah diri balik. Dalam masa yang sama, saya ingat balik apa saya dah buat selama ni. Memang, Allah bagi ujian dan dugaan yang sangat berat untuk kami sekeluarga. Saya memang rasa sedih giler bila abang saya meninggal, even arwah ayah meninggal saya tak sesedih tu pun. Pelik sangat.

Namun, semua yang berlaku ada hikmah. Slow-slow saya carik balik diri saya, renung balik apa tujuan dan matlamat saya sebenarnya? Saya rasa, saya dah penat kejar dunia... yang akhirnya penat saya dapat.

Bukan bermaksud saya taknak buat apa-apa. Gila ke apa kan? hahaha. Islam tak suruh tinggalkan dunia untuk kejar akhirat. Tapi, Islam cakap, ko kejar akhirat, dunia yang akan mengejarmu. Gitu konsepnya yang saya baca daripada orang yang lebih arif.


Sebab tu la, sekarang ni... saya tak kesah dah berapa dapat pun dalam bisnes. Dapat banyak alhamdulillah, sikit pun alhamdulillah, tak dapat pun alhamdulillah. Saya yakin dengan rezeki Allah. Saya usaha setakat mampu. Saya bantu agent De'Xandra saya semampu saya. Semuanya Allah tentukan dah rezeki buat kami dan kita semua kan?

Dulu asik berkeluh-kesah tentang rezeki, risau masa depan, risau macam-macam. Sebab apa? Sebab saya tak letak Allah kat depan. Saya memandai buat plan dan andaian sendiri. Akhirnya?




Eh... kenapa tajuk entry i tak sinonim dengan isi entry? hahhaha, ko memang camni kan ayuuuuu! Okey, redha jer uols. Nanti ada masa i share tentang kerja dari rumah, dan perkara-perkara yang sewaktu dengannya. 

Iols taip laju-laju ni... nak turun masak pulak. Nenek Jah kelaparan nanti hahahha. Hari ni menu sup ayam jew! Kita tak masak banyak-banyak lauk sebab kita tak rajin masak hahahha. Nak masak beria pun, Nenek Jah kena jaga makan, takleh makan sebarangan. 

Tak sampai hati pulak nak masak beria jika makanan tu Nenek Jah takleh makan. I is sebak u! Maka, Nenek Jah makan ikan goreng, kami pun makan ikan goreng... bukan malas, tapi menikmati bersama-sama. Gitew!



"Senang tak jual De'Xandra Perfume"?

$
0
0

Dah memang lumrah kita manusia kan?
Kalau boleh semua benda kita nak yang senang jer.
Lagi kan hariz yang baru umo 5 tahun tu pun tau
Nak belajo yang senang dan dia dah tau jer.

Pandai pulak tu cakap:
"Ala mama susah la, Alish tak pandai".
"Hari ni Alish belajar yang senang jer, Alish sukaaa".

Oh! Anakku sayang... sebab susah la kita nak belajar.
Dan, bukan senang nak senang. Kena usaha.

Macam tu la juga konsepnya bisnes.
Apa jua bisnes pun, mesti sama jer.
Bisnes ni satu proses yang perlukan masa dan pengorbanan.

Kita mungkin nampak mudahnya ko menjual.
Ko ada blog, senang la... jual apa pun laku.
Ini saya ada ber-whatsapp juga dengan Blogger Aty Fared.
Sebab skang Aty jual shawl kanak-kanak.
Aty ada share macam mana dia usaha gigih untuk bisnes tu.

Orang tak nampak susah payah dan pengorbanan kita
Orang nampak bila kita dah mula berjaya walaupun sikit jer pencapaian tu.
Jerih perih kita lalui, Allah dan orang sekeliling yang rapat ngan kita jer tau.

Contohnya macam ayu jual De'Xandra Perfume
Ayu fokus 100% online jer.
Ayu buat personal sales dan juga melalui Dropshipper.
Bergerak dalam team lebih mudah.
Untuk capai matlamat kita, kita kena bantu team capai matlamat dorang.
Bisnes sorang-sorang penat yer.
Bisnes jemaah is much much better!

Berbalik pada soalan:
"Senang tak jual De'Xandra Perfume?".

Sebenarnya, ada step yang kita kena buat dan lalui.
Ni based on apa yang ayu buat.
Ayu baru jer buat bisnes ni tak silap lepas raya haji kot.
Lupa dah exact date.
Masa tu, lebih pada jadi ahli untuk beli dan guna sendiri jer.
Hahhaa, sebab takder minat pun nak jual perfume.

Tapi, bila dah guna tu... rasa bestnya perfume ni.
Daripada aku guna saja, why not aku jual?
Komisen banyakkkkk! RM20/sebotol tu.

Pastu, ayu pun mula buat validation kat facebook.
Biasa-biasa jer, like ada ke tak pun lupa dah hahaha.
Jangan terkejut atau sentap jika post bisnes kita orang tak Like atau Komen.
Memang gitu lumrah.
Tapi... silent reader ni dok perhatikan kita jer.
Ni kena buat entry lain hahahah

Pastu, ayu mula buat blog baru khusus untuk De'Xandra jer.
Tapi dalam masa yang sama, ayu share jugak kat blog ni.
Eh, dan jugak kat blog ABDR hahahah.
Haaa, kat IG jer jarang-jarang promo
Sebab ayu jarang guna IG.
Kuat makan data uols, sayang data i tau hahaa
Kalau nizam ada, baru i suka guna IG hahha
Tumpang guna hotspot dia... laju wehhhh.
Itulah berbagi kasih namanya hahha.
Ku tumpang guna hotspot-mu untuk bisnes dan layan IG.

Ayu jarang guna FB untuk hardselling.
Ayu buat style softselling dan penceritaan santai.
Dalam dok bersantai tu la ayu selit-selit iklan De'Xandra.

Senang atau susah menjual ni, kita kena lalui.
Takleh cepat putus asa.
Sekali dua buat promo atau post, dah nak kecewa.
Sebab kita harapkan berduyun-duyun PM masuk orang nak beli.

Ayu pernah upah orang tulis storitelling untuk De'Xandra
Tu pun dia baik, caj cuma RM200 untuk 1 storitelling
RM200, masa mula-mula ayu bisnes ni.
Besar tu modal invest untuk iklan.
Pastu, Ayu run FB ads... takder rezeki dari situ
Duit hangussss, cuma tak banyak la, dekat RM100 jugak.

Takper, lesson learnt kan.
Duit hangus dalam bisnes tu biasa.
Cuma along the way, kita kena belajar dan improve.
Since that, ayu tak pernah buat FB ads utk De'Xandra
Sebab sedor diri, ilmu pasal FB ads sangat basic yang ayu ada.
Itu pun kawan bantu.
Namun, macam mana usaha pun, rezeki Allah tentukan.

Lepas tu, ayu fokus bangunkan team OhWanginya.
Bantu mereka setakat yang ayu mampu
Sebab, usaha individu sangat penting dalam bisnes.
Memang mereka berpotensi, dan ramai yang dah meningkat sales masing2.

Senang sebenarnya jual De'Xandra ni.
Asalkan kita doa mintak dengan Allah.
Ini rahsia utama dalam apa jua bisnes dan kehidupan harian kita.

Saya memang ada target bulanan.
Malah, saya bantu team untuk buat target macam mana.

Nak senang lagi jual De'Xandra ni.
Kita kena beli dan pakai dulu.
Feel it & love it, until u make it.
Kalau kita pun tak pernah sentuh botol De'Xandra tu.
Tak pernah pakai, tak pernah tengok pun...
Macam mana nak jual?

So, sebaiknya, beli dan guna dulu.
Dengan RM150, uols dah boleh beli dengan pakej Dropship.
Dapat 2 botol saiz 35ml dan 2 tester saiz 3ml
4 bau dah boleh dapat.
Itulah korang boleh guna untuk pakai sendiri, buat tester dan promo.

Lagi satu, ayu suka buat ayat sendiri untuk promo.
Walaupun diberikan gambar dan ayat-ayat iklam (copywriting).
Namun, sebolehnya ayu cuba buat sendiri,
Especially  untuk share di FB.
Sebab, penceritaan dan sharing dari hati akan sampai ke hati.

Jadi, sesaper yang nak bisnes dengan modal RM150 jer.
Trust me, De'Xandra Perfume bisnes is the best biz platform for u.
Especially jika korang surirumah, wahm atau yang nak carik side income.
Tak perlu susah-susah kuar modal besar,
Tak perlu beli stok, tak perlu kuar pos.
Jadi jer Dropship Agent. Boleh bisnes dari rumah dan di mana jer.

Kadang-kadang, bila dah jadi surirumah.
Kita nak beli lipstik sebatang pun pikir banyak kali kan?
Kesian kat suami, semua dia nak kena sara
Kadang-kadang... kita sedih tak dapat beli apa kita nak
Sebab kita tau duit untuk lipstik sebatang tu boleh beli beras sekampit.

So, why not, menyambil buat bisnes De'Xandra Perfume.
Sebotol saya bagi komisen RM20.
Kalau sehari dapat jual sebotol = RM20
Kalau seminggu = RM20 x 7 hari  = RM140

haii, takkan nak jual sebotol jer kot sehari hehehe.
Betul tak?

Soal senang jual atau mudah tu.
Kita yang tentukan.. setakat mana kita nak, itulah usaha kita.

Okey, tu jer nak share.
Entry sesaja tanpa gambar, internet slow.
Bosannya... tak sabar tunggu nizam balik
Nak menumpang kasih guna hotspot dia hahaaa.

If ada uols yang nak tanya pasal bisnes De'Xandra.
Do WA/Telegram me: 013 - 255 0727

Assalamualaikum :)



Idea Dekorasi Pokok Money Plant

$
0
0
Pokok money plant, sentiasa pujaan hati.
Mana tak pujaan kan?
Sebab ni la pokok yang boleh bertahan lama
Lagi pun, ia murah dan cantik.
Bila mati jer, takder susah hati nak beli.

Dulu masa kerja unisel dan dok Pantai Hillpark
Buleh amik jer kat lobi dan parking area
Dah tak dok situ dan kerja situ, kenalah beli.


Ni antara idea dekorasi pokok money plant
Cantik letak dalam rumah
Dan bagus untuk pengudaraan segar.



























Senang jer nak deko-deko bajet tapi segar jer mata mandang.
Beli jer pokok money plant, beli pasu macam-macam jenis.
Sumbat jer masuk dalam tu.
Setel!

Selamat mencuba!


Exam Week

$
0
0
Dania dah last week lagi dah start exam sekolah kebangsaan.
Bersambung pulak hari ni, dan hari ni last!

Sekolah agama, semalam baru start.
Sampailah hari Jumaat.

Eh, hariz pun dah exam hahahha.
Kesian, dia tatau pun periksa tu apa.

Mama pulak susah hati hehhee
Papa dia cakap, alah biar jer lah
Kita suruh sekolah untuk dia belajar bersosial jer
Amboi... bersosial kater bapaknya.

Tapi, dalam dok bizi anak exam.
Sempat lagi Ahad pagi 3 hari lepas kami tengok wayang
Citer Angry Bird.

Alahai, melayan kerenah si Hariz
Puas dah dengar dia tanya
"Bila Angry Bird nak siap berlakon".

Dah tengok Angry Bird.
Dia tuntut pulak nak tengok Jungle Book & Ninja Turtle
Parahhhhh.


Wah tetiber update blog pepetang kan.
Ni menyambil uruskan order De'Xandra
Alahai, internet sendu, jenuh tunggu web loading.
Tu sampai buleh siap 1 entry.

Hope esok laju berdesupppp
Sebab esok data renewal date.

Hmmm... gini la bisnes online kan hehe
Kelajuan internet pun mempengaruhi bisnes.
Kalau lama sangat tunggu loading, tensen jugak.

Okey.. jumpa lagi uols.

SOHO AyuRashid| 2 Pokok Indoor Baru!

$
0
0
Ahad lepas, kami 4 beranaks pergi tengok movie kat GSC, IOI Mall Putrajaya.
Gigih, 11.30am dah masuk panggung.
Angry Bird uols. Nanti free saya buat review.

Balik tu... singgah makan ikan patin tempoyak.
Nizam tanya:
"Nak pergi kedai bunga ke?"

Saya dah pelik.
"Kedai bunga? Saper nak beli bunga?

Dia jawab:
"Nursery yang biasa pergi tu la, belakang ni jer".

Wahh! Gila ngko nak tolak pelawaan!
Terus la nakkkkk!

Alahai... hujan lebat giler masa lepas makan tu.
Sampai jer kat nursery tu, hujan memang lebat sangat.
Tapi, demi pokok... ku redah jua hahhaa
Nizam & anak-anak tunggu dalam kereta jer dediam.

Dapat la tawaf dalam nursery tu dengan aman damai.
Sib baik area nursery tu banyak berbumbung, so iols tak basah la.

Snap dari kereta jer masa nak balik.



Saya beli 2 pokok ni jer.

Memang taknak beli banyak, sebab dah nak balik kampung cuti sekolah.
Amukan membeli lagi InsyaAllah dijangkakan selepas balik cuti raya nanti.
Nak beli jugak pokok Ketapang Brazil untuk deko raya.
Amboii, besar impian tu hahhha



Maka, disinilah saya letakkan.
Dalam bilik SOHO tempat saya bertapa buat kerja dan berangan :P






Siap tukar-tukar lagi.




Semalam pasu merah ni pecah sikit.


Alasan sangat tu kan?
Hahhaha, lama dah ajak nizam pegi Ikea.

Tapi tak dapat-dapat lagi pergi.

Dia ni, jenis tak suka pergi tempat ramai orang, jalan jammed segala.
Dah tu... caner?

Weekdays memang dia takkan la ke tempat camtu.

Itu yang sampai sekarang tak pegi-pegi. 
Sentap iols tau.

Sudahnya... akan beli pasu cap Tesco Semenyih la jugak!


Fella Design HQ Bukit Subang Warehouse Sales!

$
0
0
Pagi semalam, tiba-tiba teringat.
Staf Fella Design ada bagitau.
Fella Design HQ akan buat warehouse sales bulan May.
Terus tangan ni gigil-gigil nak whatsapp dia tanya.
Hahhaha, drama sangat kannnnn.



Amboi... amboii,.. amboiii.
Pucuk dicita ulam mendatang.
Patut la hati ni tetiber 'terindu' Fella.
Rupa-rupanya ada 'panggilan sales' hahaha.
Bermula esok yer... eh, hari ni laaaa.
Sampai Ahad depan.
Pandai, buat sales time gaji!


Erkkk... tapi bajetnya semput, caner ni?
Berangan nak beli kain langsir baru ni.
Nak match-kan dengan kaler sopa.
Alahaiii... kalau pergi Fella, mesti bajet larikss
Dah tak leh beli kain langsir baru.

Huhuuuuu... dalam dilema sangat ni.
Eh, over... belum tentu nizam nak bawak ke sana kan.
Takper, drama itu perlu hahahaa.


Sekali...
Dalam sejam dua lepas up status tu kat FB.
Keluar pulak kat timeline Sponsored Posts ni:


Berdarah mata... hahhahaha

Takper, kalau ada rezeki Fella 'sedut' duit saya yang tak seberapa ni.
Ada laaaa...
Gigih ni bisnes De'Xandra Perfume heh!


Berangan sangat ni nak beli wing chair seketul.
Kot la dapat yang rega RM499 seketul kan.
Amin. Amin. Amin.

Eh... uols silalah terjah yer
I dah tolong buat free promo tu untuk fella hahaha.
Kan best kalu leh dapat point ke. ahaks!

Fella Design Warehouse Sales

$
0
0
Semalam, sempatlah pergi Fella Design Warehouse Sales kat HQ Bukit Subang.
Kuar rumah pukul 5pm.
Sempatlah siap ronda-ronda bawah 'khemah' dan dalam showroom.
Sempat jugaklah Hariz dapat benjol kat kepala seketul sebab jatuh!
Tu la, masa mama dia sibuk dok belek langsir, dia berlari-lari kemahen galak lagi.
Sekali, gedebukkk jatuh... melalak kemahen kuat sebab sakit.
Terus naik benjol sebijik, haaa rasakan!






Motif utama nak beli wing chair murah-murah.
Yelah, mahal-mahal tak mampu hahaha.
Lagi pun, memang target beli untuk nizam duduk bertapa atas tu
Kang beli yang memahal, aku sayang lak nak kasik dia bertapa haha.
Maka, bajet 1k ke bawah jer, kot ada nak beli benda lain 
Amboi, napsuuu kemahen besor.

Tapi agak kecewa, sebab wing chair sikit sangat pilihan yang ada.
Dah la most of it jenis fabrik berbunga besar-besar.
Memang tak minat la dan lari daripada target nak beli yang plain.

Sebab ayu memang nak beli jenis fabrik plain dan warna coklat.
Ni jer gambar ayu snap untuk area wing chair dan arm chair.
Bawak hariz jalan sesama, susah. Nak control dia lagi.
Papa dia dok dalam kereta jer tak turun.
I like... takyah kecoh tak sependapat nak pilih yang caner hahaha.
Dia tu leh tahan gak cerewet tu.
Tu ayu cakap, "papa tunggu jer dalam kete, kejap jer ni"
Wah.. pandai tak? Hahhahaa


Corak sama dengan sofa ayu kat rumah. 


Ni cantik!
Cuma kain jenis velvet (eh velvet kan?), ayu tak minat
Sebab nanti nampak reflections color cam jadi tak berapa lawa.
Design ni cantik sangat.





View bawah khemah sofa dan wing chair.
Besar jugak, kira puas la memilih.





Kalau pandai pilih, memang berbaloi.
Cuma kebanyakan design hampir sama.
Ala-ala ayu punya 3 + 2 seater yang kat umah.
Harga pun, rasa cam takder beza sangat dengan ayu beli.
Cuma ada lagi murah sebab jenis design kecik sikit.
But as overall, jika uols ada bajet 2k+ hingga 4k boleh dah bersofa baru raya ni.

Pandai pilih dan datang cepat, insyaAllah leh dapat design dan corak cantik.
Cuma, kalau ayu... ayu suka kain polos.
Tu yang kat umah tu, ayu tempah pulak sarung baru. 
Raya nanti baru nak pakai... eh dah tak sabar ni hahaha




Ni pun cantek!
Kalau ada anak kecik pun ok jer sebab rasanya boleh bukak basuh.
Ini kalu ayu beli, mau aku susah hati sepanjang masa hahahaha.




Ni pun cantek!
Geram tengok warna dia tu.


Sini jugak ada jual khemah jual barangan elektrik.
Khemah jual cadar, bantal, tilam dan display cabinet & cabinet tv
Ada jugak side table.
Lawa-lawa dan harga sangat affordable. 
Memang worth it kalau beli.

Geram jugak nak beli cabinet tv, tapi pikirkan nak sumbat mana.
Kalau beli, kena tambah delivery caj pulak.

Maka, kembalilah kepada tujuan asal.
Hanya beli seketul wing chair dan erkk, terbeli jugak 1 meter kain langsir.
Hehee 1 meter jer, sebab nak buat sarung throw pillow.
Nak beli corak lain lagi 1 meter untuk mix & match
Tapi, takder  yang sesuai pulak. 
Maka beli semeter jer. Kot nanti nak gi Elyza's pulak

Okey, sesaper nak shoping.
Boleh ke fella design sales ni.
Bermula jumaat kelmarin - Ahad depan.

Save the date!
Ayu dah kena dok dediam, dok pikir nak beli langsir pulak.
Rasa sakit mata tengok langsir hitam tu.
Tak match dah dengan sopa. 
Jika ada rezeki, InsyaAllah.
Kot dah takder tailor nak amik tempahan huhuuuu,

Okey jumpa lagi. 

Make Over Meletops by Lentera Creative Home

$
0
0
Bila dekat nak raya, mood deko-deko makin mengaummm.
Tak dapat deko untuk rumah sendiri.
Kita layan jer gambar deko daripada sentuhan rumah orang lain.

Ni nak share deko make-over by Lentera Creative Home.
Last week dorang punya job.
Memang cantik gilerrrr.. my feveret kaler.
Hmmmm.. cantiknya... kalaulah umah i camni.
Mesti mood senyum manjang hahahhaa.


Warna damai dan deko macam ni... memang cosy sangat.




Dah boleh cam signature sentuhan Tuan Amran dan team-nya Lentera Creative Home.
Tengok sepintas lalu dah dapat agak, ni sentuhan ajaib siapakah ini :)
Nampak sangat stalker setia hahaha.





Simple yet elegent




Kenapa berkenan sangat mata ni nengok.
Cantiknyaaa.


Okey, nanti i share lagi gambor daripada Lentera Creative Home.
Kot la korang leh dapat idea deko raya
Atau... at least tambah semangat nak kemas umah
Erkk, saya la tu... umah bersepah-sepah huhuuu.

Tunggu nak raya la baru kemas. 
Malas nak pikir lagi... setelkan dulu hal kerja dan blogging.
Dah bulan ramadhan fokus hal lain pulak. 

Jumpa lagi :)





Curtain Hunting at Fella Design

$
0
0
Takder curtain hunting mana pun hehe.
Just masuk cuci-cuci mata jer.
Sebab mahal tu dah satu hal la kan.
Kat sini fabrik more to bercorak.
Ayu suka curtain polos jer.

Sementara tunggu staf fella wrapping wing chair yang beli
Ayu dan hariz masuk pusing-pusing dalam showroom.
Just pusing area langsir jer, malas nak pusing area perabot lain.
Sebab bulan lepas dah datang, sama jer isi dalamnya.
Lagi pun, kalau pusing kangg terberkenan apa-apa pulak.
Bajet dah nan ado... caner tu?
Hhahahaha.

Dalam dok pusing ni pun, sempat hariz tergolek jatuh.
Gitu laa shopping bawak anak ni kan.
Memang urut dada la mama ko.

So, saya share gambar yang saya snap.










































Harga agak mahal la. 
Range RM80+ ke atas 
Dah sales pun paling murah RM25/semeter.

Saya beli gak semeter haaahhaa
Nak buat sarung throw cushion
Muat la untuk 2 bijik hihiiiii.

Okey. dah... tu jer nak share. Bye!

Review The Angry Birds Movie

$
0
0
15hb lepas, kami pun pergilah menunaikan permintaan Hariz nak tengok The Angry Birds Movie. Gigih ni pepagi pukul 11.30am kuar umah gi IOI Mall Putrajaya. Angry Birds punya pasal, sabor jer lah.





Bergegar-gegar blur gambar ni. Maklumler snap gambar sambil jalan laju-lajuuuu.




Ini 3 watak utama dalam citer tu. Nama jangan tanya, sumpah saya tak ingat haahaa. Tapi, ketiga-tiga ekor ni memang kelakar la. Rasa nak penyek-penyek jer sebab memang comel dan eiii geram dengan style dorang tu.



Basically, filem ni mengisahkan tentang burung-burung nak selamatkan telur-telur yang dilarikan oleh sekumpulan vavi. Eh, vavi makan telur ke? ---saya tanya nizam haahha. Pastu dia jawab: "makan la kot, tu dia nak rebus tu". Hahhahaha. dah jadi persoalan disitu. Anak-anak yang beria nak tengok rileks jer, mak ayah pulak dah bersoal-jawab!

Citer ni, kelakar la. Boleh la takat nak ringankan kepala otak kan. Kalu saya, saya suka tengok citer yang 'berat' yang sampai lepas tengok, dalam seminggu saya tak leh move on lagi... asik teringat dan pikir ajer. Tu saya tak suka baca novel, nanti saya tacing dan emo terlebih hahaha. 

Eh, anak yang nak tengok kan... dah kenapa maknya pulak lelebih. Okey!

Citer ni sesuai bawak anak-anak tengok... dan kalau anak masih kecik baya-baya hariz, kita boleh explain kat dorang lepas tu tentang moral cerita ni. Tentang persahabatan, cara kita bawa diri di kalangan kawan-kawan dan keluarga, kita kena berusaha, dan moral yang paling utama: "Apa yang pentinggg... kerjasamaaaa".



Gambar memang cantik. Nampak sangat kehalusan dan kegebuan bulu-bulu setiap ekor burung tu. Rasa cam ehh sedapnya kalau buat karpet ni hahhaha. 

As overarall, citer ni best. Cuma, saya lagi suka citer Kungfu Panda. Bawak anak-anak, mereka mesti suka tengok citer The Angry Birds Movie ni. Eh, ada lagi ke kat pawagam? Kalau takder dah, tunggu jer kat Astro First... atau beli jer cd :P


So, "nora bagi 4 bintanggggggggg"
Nora la sangattt hahahaa.


Perfume Mesra Solat

$
0
0
Pernah tak kita pakai perfume, kita keluar jalan-jalan atau pergi kerja, bila nak solat kita rasa was-was.

"Alamak! Aku pakai perfume jenama internationalle ni, sah ke buat solat?".

Haaa... mesti pernah kan?


Pastu, disebabkan was-was kita terpaksa tangguhkan atau lewatkan solat sampailah kita balik rumah mandi dan salin pakaian dulu. Baru solat.

Rasa berdosa kan lengahkan solat sebab was-was semata-mata pakai perfume.





Sebab tu la, bila De'Xandra keluarkan perfume yang halal iaitu boleh digunakan semasa solat, ia terus jadi fenomena. Takder lagi dah keraguan nak mewangi dan bersolat.

Malah, kat rumah pun saya pakai perfume bila nak solat. Rasa sangat selesa dan tenang jer. Sebab tu bau lembuttt sesuai untuk pakai sebelum solat. 

 Ia bukan untuk tarik perhatian orang, cuma ia untuk keselesaan kita dan nak elakkan bau-bau yang kurang menyenangkan. Lagi-lagi sekarang ni musim panas, dan kita makin kuat berpeluh. So bila pakai perfume bau soft, dapat la kaver bau-bau tak best tu kan. Kita selesa dan dalam masa yang sama tak ganggu hidung jemaah lain.


Ni saya nak share bau apa yang sesuai untuk di bawa solat, khususnya solat terawih nanti. Juga sesuai untuk ke majlis-majlis ilmu.

For Her
For Him


Jika nak beli untuk diri sendiri, pasangan, mak ayah, ibu bapa mertua, atau sesaper jer pun dengan niat sedekah dan nak pakai untuk ibadah, memang sesuai sangat beli sekarang. Sebab, bulan Ramadhan dah nak datang kan. So beli sesiap :)


Sebotol: RM65

Beli pakej 2 botol dapat harga jimat iaitu RM120 sahaja

(Postage: +RM7)

Semoga De'Xandra perfume dapat bantu lebih ramai lagi umat Islam memakai perfume dan beribadah tanpa was-was kerana risau perfume ada alkohol.
Dengan De'Xandra Perfume takder keraguan lagi!

Ayu Rashid
013 - 255 0727

Pengalaman Bisnes dari Rumah

$
0
0
Assalamualaikum.

Alahai, segan silu pulak nak share kan hahaha.
Bisnes sendu, ada hati nak share-share
Kepoyooan apekah ini?

Takper, yang sudi baca silalah baca.
Yang dah berjaya tu, sila beri laluan aku nak berangan jap.

Macam #PenulisCinderella Hajar Abdullah bagitau ayu
Apa kita tulis dan share kita rasa nothing.
Tapi, nothing bukan pada semua orang.
Mungkin apa kita tulis dan share beri inspirasi
Kita tak tau, so just keep on sharing & writing.

Niat nak sharing tu kenapa?


So, ayu pun rasa nak share jugak.
Bisnes tak seberapa, ada turun naik.
Tukar bisnes itu, bisnes ni.
Cuma, passion pada blogging jer kekal hahaha.
So, daripada blog sebenarnya Allah lorongkan rezeki untuk ayu.
Produk hanyalah perantaraan sebagai sumber rezeki.

Bisnes dari rumah ni mencabar.
Manada benda tak mencabar kan?
Nak makan pun mencabar, apa lagi nak raih rezeki.

Madana kerja dari rumah goyang-goyang kaki.
Goyang kaki sebab nak hilangkan lenguh ada laa hahaa


Bila kerja dari rumah, dengan title surirumah berizazah.
Hati mau kental dengan kata-kata orang
Kadang-kadang bukan dari orang jauh yang mengguris.
Tapi daripada orang terdekat, iaitu family.
Kalau suami yang mengguris takper, tau la nasib dia kan hahaha
Tapi, orang lain.

Yang mana kita boleh dengar dan sabar
Namun, menjawab dan makian dalam hati tu memang bertalu-talu la
Cuma, tak sampai hati nak balas balik jer.
Keluarkan hujah hahaha

Antara yang paling menikam jantung menusuk hati:

"Sayangnya tak kerja makan gaji, belajar tinggi-tinggi tapi dok rumah"

"Tak mintak kerja kerajaan ke, kerja kerajaan bagus ada pencen"

Itu belum lagi kiraan pilih kasih tu.
Memang obious sangat!
Dari ko kerja, pastu tak kerja.
Cerah masa depan ko akan 'diturun' gred dalam kuarga.

Well, ko bisnes kencang camner pun.
Ko jaga laki dan anak-anak camner pun.
Kalau ko tak kerja kerajaan, tak kerja makan gaji dalam opis.
Ko kena tabah!

Saper pernah lalui, dia tau la rasa tu caner.

Itu belum lagi orang dok pikir ko perabih duit laki.
Wah! Lagi-lagi saya kaki shopping  ni hahaha
Memang hmmmm...

Takper, mengatalah selagi boleh mengata.

Dan biasanya yang kata camtu jenis kolot.
Kalaulah kita tanya kat kawan-kawan yang dah lama kerja
Jawatan gah-gah.
Rasanya majoriti akan cakap:

"Untungnya ko kerja dari rumah, aku teringin nak kerja dari rumah, nak jaga anak-anak, stress la kerja... aku dah penat kerja... kalaulah aku jadi ko"

Orang pompuan yang kerja jer tau perasaan tu caner.
Unless memang jenis suka kerja dan nak berkerjaya.
Tu lain... silakan pilihan masing-masing.

Ni saya cakap jenis mulut yang suka merendahkan dan membezakan family, anak dan anak menantu kerja ke tak kerja.

Nak saya share lagi?
Hahhaha... malas dah menaip, laptop pun dah panas.
I nak baring-baring jap sementara tunggu dania balik skolah :P

Wing Chair Fella Design

$
0
0
Amboi tajuk, macam saya beli jer wing chair kat situ kan.
Padahal nan adooo... nanges tengok reganya!

Actually, gambar-gambar ni saya snap masa pergi tempah sarung sopa.
Bukan masa pergi warehouse sales sabtu lepas.
Pegi Sabtu lepas, motip utama nak cari wing chair muroh jer.
Maka, takder la mata ni nak melilau tengok wing chair lain kan
Dah sah-sah iols tak mampu nak beli seketul sopa rega ribu-ribu!

Maka, kesedaran sivik masih menguasai mindaku ekkeke.

Jadi, kita cuci mata la yer nengok rega wing chair ni.
Design dan jenis kain ok-ok jer
Tak minat sangat.
Lawa lagi rumah Aty Fared punya wing chair.
Meletopss ngkoo... raya ni nak gi posing umah Aty-lah hahaha.





















Gambar senget dan blur. Pakai snap jer lelaju.
Banyak lagi wing chair yang ada. tak kwasa la nak snap semua
Kang orang tgk dah macam budak tua sawan dah!
Janji adooo nak share kat blog kan :P

Okey, update blog lelaju sebab dah ngantuk
Esok pagi... eh by the time ayu taip ni dah pukul 12.24 am hari ni
Baru selesai uruskan order De'Xandra Perfume

Bila stok masuk... macam ni la.
Apa pun, alhamdullillah
Rezeki Allah untuk kami share sesama.

Pukul 8.30 am nak gi sekolah dania. amik report card hihi.
Okey, bye!

Open for Dropship - De'Xandra Perfume

$
0
0
Nak cari side income untuk belanja harian?
Nak cari duit 'tepi' untuk bayar segala tok-nenek hutang?
Nak cari duit nak buat shopping online.... eh!

Segalanya tentang duit dan DROPSHIP.




Dengan MODAL RM150 sahaja
Dan anda yang komited untuk berusaha tanpa jemu.

Saya alu-alukan anda untuk sertai Team OhWanginya
Sebagai Dropship Agent.

Modal RM150 itu wajib yer.
Ditetapkan HQ De'Xandra.

Anda akan dapat:
* 2 botol saiz 35ml
* 2 tester saiz 3ml
* 10 keping flyers

Berminat, dan saya hanya perlukan yang benar-benar serius 'nak buat duit' dengan berusaha, bukan join goyang kaki dapat duit, atau join sebab nak beli harga Dropship untuk guna sendiri hahaaha.

Hubungi saya:
013 - 255 0727
(Strictly Whatsapp / Telegram sahaja)




Short Notice

$
0
0

Mood cuti sekolah.
Mood nak sambut Ramadhan
Mood nak buat sales gempak untuk Raya!


Boleh terus Whatsapp/ Telegram saya untuk sebarang pertanyaan berkenaan De'Xandra Perfume (nak beli atau nak bisnes)

Atau untuk review produk dan juga iklan

Ayu Rashid
013 - 255 0727




Salam Ramadhan

$
0
0




Daripada:
Ayu Rashid & Family


P/S: De'Xandra Perfume ada buat SALES RAYA. Bermula hari ini 6/6 - 10/7/2016. Nanti saya share details. Uols dah boleh ready nak berwangi sakan sempena Ramadhan dan Raya nanti. Erkk, nak jadikan hadiah atau nak beli stok  bebanyak pun, inilah masanya. Jimat uosl!

Tunggu i update ok :-)

De'Xandra Raya Sale!

$
0
0





Whatsapp /Telegram:

Ayu Rashid
013 - 255 0727

Sudah-sudah la tu bercuti ;P

$
0
0
Assalamulaikum.

Holaa... holaaa... sembang petang sambil order perfume De'Xandra.
Bila stok rare ciputtt jer masuk, macam ni la.
Kena berebut sesama agent.
Semua kelaparan macam piranha haahhaa.

Ni housemate i datang menyebuk baring kat katil
(katil belakang meja kerja saya).
Layu jer mata ni, geram jer nak baring sama.


Anak-anak duduk kat bawah, tengok tv & main ipad.
Menjerit bertekak sampai ke atas bunyinya.
Ni baru anak 2 kan... kalau 5 tatau ler :P
Tapi orang kata... nikmat anak ramai lagi best.
Teringin jugak nak tambah lagi sorang.
Kot la ada rezeki sebelum umo 40. Uhuksss.

Esok anak-anak dah mula sekolah.
Aman damai la sekejap awal pagi hehhee.
Jangan mama dorang sambung tidur sudah ler.
Banyak kerja-kerja blog ter-delayed sepanjang cuti.

Kat Besut tu alahai panas giler.
Nak buat kerja pun takder mood.
Itu yang bila tengok list kerja, alahai bertingkek-tingkek.

Macam mana puasa?
Hari ni dah hari ke-7 dah.
Alhamdulillah. Dania ok jer puasa.
Dah tak sabar dia nak balik raya kat Besut.
Sentiasa doakan semoga diberi kesempatan.
Sambut raya ngan semua ahli keluarga
Terutamanya mak.

Dalam keterujaan nak sambut raya.
Ada debar sentiasa dihati...
Semoga segalanya baik-baik saja.
Sesunggunya Dia jer yang Maha Mengetahui.


Eh, masak apa hari ni?
Saya nak goreng mee lidi jer hahah

Sejak balik dari kg Khamis lepas,
Tak pernah lagi masak untuk berbuka
Asyik beli ajer, sebab barang dapur kering

Semalam jer pegi kedai, beli bahan masak untuk 2 hari.
Boleh la masak hari ni.

Malam baru nak masak ayam untuk sahur
Mungkin ayam goreng bali yang orang share kat fb.


Jumpa lagi.





Ramadhan ke-14 & Nak Beli Langsir

$
0
0
Assalamualaikum & Hi :)

Dah Ramadhan ke-14 dah hari ni.
Oh, cepatnya rasa masa berlalu.
Sampai dah lupa nak kira.
Berapa hari masak untuk berbuka.
Dan berapa belas hari beli kat bazar jer hahaha.

Yer, saya tak rajin masak macam pompuan lain.
Pastu, nizam pulak jenis tak kesah.
Selalunya dia yang cakap tak payah masak, beli jer.
Hip hippp hooreyy la kan :P

Agaknya dia tengok saya pun bizi kat rumah.
Bukan goyang kaki dapat duit.
Dok rumah sesaja tunggu tadah tangan jer.
Maklum ler, napsu shopping saya ni besar.
Kalau takder duit sendiri, menyusahkan dia pulak.
Tu agaknya dia hargai.

Tapi, takder la tak masak langsung.
Selalunya berselang sehari.
Sahur memang masak, walaupun cincai-cincai jer.

Cuma kitorang 3 beranak ni jenis tak kuat makan la.
Bila berbuka dah makan nasik, kuih tak bersentuh pun.
Murtabak ke, mubarak majid ke... semua masuk tong sampah.

Sama jugak kuih-muih manis kalau saya beli.
Itu lagi nizam dan dania tak sentuh.
Macam semalam beli tepung pelita RM2 (4 bijik).
Sebijik saya makan masa berbuka, sebijik sahur.
Lagi 2 ketul, masuk peti semula... tak tau la apa nasib dia hari ni.

Hari ni kalau ada seruan kerajinan nizam.
Kitorang nak pegi Nilai 3.
Nak beli dan tempah terus langsir rumah Nek Jah.
Nak langsir blackout, biar umah Nek Jah bergelap hahaha.

Tapi orang kata, Nilai 3 ni kalau wekeend rega lagi mahal.
Ikutkan nak pegi Nagoya Shah Alam.
Tapi, dah la jauh... pastu nak jahit kat mana?
Tailor dah tak ambik tempahan dah.

Nak taknak, last week nizam cakap
'Pegi jer Nilai 3, jauh sangat ke beza harga dengan Nagoya'.

Alah... tu alasan taknak ke Shah Alam la tu hahha.
Sebab dia tau sangat, housemate dia ni.
Kalau ke Shah Alam, semua mall nak ajak masuk :P
Kalau Nilai 3, 2,3 buah kedai jer saya masuk,
Terus setel, dan saya ajak balik.

Sebab apa cepat nau ajak balik?
Sebab Nilai 3 panas wehhh... dah la bulan puasa.
Hahhaa... tau sangat tektik dia tu.
Pastu, lagi satu, dia taknak gi Ikea.
Dia kata carik jer bunga dan pasu kat Nilai 3.
See... semua nak Nilai 3... sebab dia taknak ke Ikea.
Dia kan mana suka tempat sesak dan jalan jem.
Menyampah mak.

Apa pun... redha jer la daripada tak dapat langsung kan.

Tengok la dulu camner hari ni.
Cuaca pun mendung jer lagi ni, semoga sampai malam mendung.
Kang sekali lepas Dhuha nanti saya membuta sampai Zuhur macam semalam ;D
Kang ke Nilai 3 dalam mimpi ajoooo.
Dah petang malas nak keluar, letih.

Okey, jumpa lagi. Wassalam :)

Dah Ada Shawl Raya ke Uols?

$
0
0
Assalamualaikum & Hi.

Hari ni dah Ramadhan ke-15, dah setengah bulan.
Mesti memasing dah bizi buat persiapan raya kan?
Persiapan nak cantikkan rumah.
Persiapan nak beli atau buat kuih-kuih raya.
Dan semestinya persiapan pakaian raya.

Tahun ni, pakaian raya kaler apa?
Custom made ke ready made?
Ke balun dedua hahahha.
Asal nampak jer iklan pakaian raya di FB dan IG.
Mulalah, napsu membuak-buak hihiii.

Eh... tudung raya dah ada ke belum?
Kot la belum ada, atau nak tambah koleksi kan.

Ni saya nak share pasal shawl keluaran ESCARVES.
Iaitu Nayla Series.

Haaaa, walaupun baru jer released sebelum Ramadhan lepas.
Tapi... dia punya sales meletops gila-gila punya.
Memang wow sangat... kagum saya tengok.



Design-nya cantik dan warna pun sweet sangat.
Mesti match dengan baju raya uols.
Yang paling penting, Nayla Series ni 'aurat friendly'.
Tengok la labuh dia tu... memang dapat kaver aurat dengan baik.
Ia jugak boleh adjust nak labuh macam mana.
Ikut keselesaan kita la kan.


Bacalah sendiri info mengenai Nayla Series by Escarves ni.

Nayla series
MORE THAN A SCARF


Material : Chiffon Panora (Body) + Soft Cotton (Inner)

Ukuran : Bidang 60 (2.0m x 80cm)

Jahitan Kemas (Fully Baby Seam)

Double Loop Instant Shawl

PinLess
Awning Terbentuk Cantik
Kain Flowy
Tidak Jarang
Minima Iron




Ini warna-warna yang pasti buatkan kita rambang mata.
Cantik wehhh.


Meh kita tengok version selai-selai pulak.
Kasik puas mata memandang dan nak memilih :P


































































DISCLAIMER:
*Warna mungkin sedikit berbeza dari asal sebab faktor cahaya dan editing.

*Sebarang aduan kerosakan mesti dibuat 3 hari selepas penerimaan barang.




Amacam cantik kan?
Saya ni, kalau bab tudung walaupun tak kesah jenama camner.
Warna-warna memang kene 'tangkap' mata.
Memang meleley tengok koleksi warna Nayla Series by Escarves ni.





Eh... tunggu dulu, ni ada nak btau ada promosi bestt punya!


HARGA ASAL RM65

(fully jahitan baby seam)



PROMOSI

Sehelai RM59 EXCLUDE POSTAGE



Mana nak beli?

Korang boleh contact:



Till then, happy shopping.
Nanti saya tunjuk gambar saya pakai Nayla Series ni tau.


Viewing all 991 articles
Browse latest View live