Quantcast
Channel: Ayu Rashid Design
Viewing all 991 articles
Browse latest View live

DIY Gubahan Bunga Orkid

$
0
0
Semalam kitorang 3 beranak pergi Nilai 3.
Nak alter langsir eyelet (nanti cerita lain entry).
Dah alang-alang ke sana.
Terus pegi kedai bunga yang Ayu selalu pergi.
Nak beli bunga orkid, nak gubah sendiri.


Ni kali pertama Ayu gubah bunga orkid.
Nak beli pun, macam terkial-kial gitu.
Pilihan banyak jugak, tapi ayu nak kaler putih.
Nak yang simple ajer.



Ini dia... RM45++ jer.
Main ambik jer, mana sesuai atau tidak, tengok masa gubah jer.



Pasu guna sediada kat rumah jer.
Ayu tau, guna pasu kaca, letak batu-bata dan rumput lagi lawa.
Tapi, demi keselamatan pasu dan anak-anak, guna jer pasu macam ni.
Tak beria sangat pun takper, orkid tetap orkid hehe.




Step 1: Potong span & masukkan dalam pasu

Step 2: Cucuk bunga orkid besar dulu (as master piece)




Step 3: Letak bunga orkid kecik-kecik

Step 4: Letak dedaun atau rumput

Step 5: Ayu selit sikit rumput untuk tutup span

Jika ada aksesori lain seperti bunga kecik-kecik, batu-batu comel ke... bolehlah letak.



Step 6: Bawak dan letak gubahan ke tempat yang kita nak letak.

Baiki-baiki gubahan ikut kesesuaian sudut tu supaya lebih cantik.



Dah siap DIY Gubahan Bunga Orkid dengan bajet kurang dari RM50.



Okey, selamat mencuba!


Sofa Fella Design - Urban Culture Series

$
0
0
Macam confident jer letak nama series Urban Culture kat sofa orang :)
Tapi, rasanya betul. Ah! Lantaklah betul ke tidak. 
Janji sofa jugak kan... 


Ni saya nak share gambar yang saya sempat snap masa pegi HQ Fella Design Bukit Subang hari tu. Gambar tak berapa cantik dari segi view dan kualiti. Sebab snap laju-laju sambil jalan dan kejar juga menjerit memanggil hariz yang asyiklah nak berlari dalam tuh!


Camera handphone Samsung Grand Prime ni selow la bila snap gambar. Kalau SIII dulu once kita tekan snap, papppp dia terus captured gambar. Ini guna Grand Prime alahai, lembab benar. Tu macam tak syok nak cecurik snap gambar dalam showroom orang hahaha. 


Ok, kita berbalik kepada cerita sofa, dah membebel pasal hp pulak dah!


Sofa idaman saya ialah design moden. minimalis dan kecik.

Bila tengok sofa-sofa kat area Urban Culture Series ni, memang wow!
Memang terus can't take my eyes out of you gitew.

Cantik gilerrrrr. 


Tapiiiiii... bila tengok harga, air liur pun rasa kelat hahaha.
Dah, kalu takat bajet ciput tuh, berangan jer mampu!

Maka, marilah kita bersama-sama cuci mata saja sambil letak tangan kat dahi berangan!



Ini paling saya berkenan. 
Gambar tak sharp, tu corak macam tak cantik nampaknya.
Yang real, memang cantik fabriknya dan of course i like the design!

Memang nak ambik yang ni dah, sebab still within bajet.
TAPI... sekali nizam cakap:
"harga dekat 4k, seketul jer dapat"

Iskkkk payah betul bawak laki shopping kan? 
Tu zaman kerja dulu i beli sendiri jer sofa. 
Dia balik kerja, tengok dah siap sofa tu tercongok kat rumah!




Ini pun i likeeee jugak. 
Design ala-ala yang atas tadi tu jugak. Harga beli lebih kurang jer.

Tapi, dah housemate cakap seketul tak berbaloi harga, apa nak buat!




 Ini pun cantik!

Tapi, saya nak sofa yang boleh bukak sarung dan basuh.
Ini, kalu kotor, memang menanges lagu zapin ler jawabnya!
Semut pun sonot buat sarang dalam lubang-lubang tu kan? hahaha.
Maklumlah, ada anak... makan sepah sana sini.





Saper suka kaler hitam?
Ini memang cantik gilerrrrrr. Tapi, tengoklah harga tuuuuuu.




 
Macam ni tak minat pulak, sebab jenis bantal/tempat sandar macam tu.
Susah nak maintain.
Nanti kerja haku menyusun dan mengutip bantal ajerlah!

Ayu memang nak sofa yang tempat sandar fixed melekat atau kemas kedudukan.
Senang nak manage.



Ini memang cantik jugak, rambang matakuuuuu
Tapi, tempat sandar macam tu pulak. Takleh, penat mengutip nanti.
Harga pun, wehuuuuuu terkedu mak!





L-shape ni cantik. 
Tapi, takkan nak beli L-Shape lagi. Manjang dengan L-Shape.
Cantik korang... ayu memang suka sofa L-Shape.
Tapi, kalu amik L-Shape lagi, aku kene sekeh kepala ngan nizam kot.
Gatal, dah ada jual...pastu nak beli spesis sama jugak. hahaha.



Banyak la design cantik-cantik dalam showroom HQ Fella Design ni.
Kalau nak syok beli sofa, sediakan bajet 5k - 10k hahahaha.
Baru berbaloi merambang mata dalam tu.

Nanti ayu share lagi gambar-gambar lain, ada sikit lagi.
Jadi, kepada korang yang nak beli sofa... sila-silalah ke sana yer.
Tak pun, tunggu Fella Design buat jualan gudang.
Katanya, dalam bulan 10 atau 11 nanti.
Kumpullah duit dari sekarang... 
Takleh kumpul dalam tabung ayam, tapi tabung gajah terus.
hehhehee.


Ok, jumpa lagi. Assalamualaikum ")



Set Kempis Perut Bajet

$
0
0
Syawal dah berlalu, menghitung hari pula untuk Hari Raya Aidiladha.
Meriah pergi open house dan kenduri-kendara sana sini.

Oh ohhh... perut pulak dah makin maju ke depan.
Tak kira lelaki atau perempuan, memang inilah selalunya masalah kita.
PERUT BUNCIT!


Since bajet pun dah agak 'lari' di musim lepas raya.
Jadi, saya syorkan cuba SET KEMPIS PERUT BAJET ni.



1 set Set Kempis Bajet ni terdiri daripada:

1 kotak Mineral Coffee (20 sachets) = RM30
1 botol Garlic Tablet (80 biji) = RM38

1 set = RM68 + postage RM9 = RM77

Saya jual dengan harga RM70 sahaja termasuk postage.



CARA PENGAMBILAN:


Pagi: 

2 Garlic tablets (sebelum breakfast)
1 sachet Mineral Coffee (semasa/selepas breakfast)


Petang:
1 sachet Mineral Coffee 

Malam:
2 Garlic tablets


FAQ: 1 set ni untuk berapa minggu pengambilan

Mineral coffee: 20 sachets/2 sachets sehari = 10 hari
Garlic tablet: 80 biji/4 biji sehari = 20 hari


Oleh itu, digalakkan beli 2 kotak mineral coffee + 1 botol garlic tablet untuk 20 hari pengambilan. 

Set untuk 3 items ini: RM100 sahaja termasuk postage


Saya galakkan beli set 2 mineral coffee + 1 garlic tablet, lebih jimat dan boleh terus untuk 20 hari pengambilan. Tapi, terpulang pada bajet, nak cuba set RM70 dulu pun boleh. 




Boleh hubungi saya untuk pertanyaan atau pembelian.
Ayu Rashid
Whatsapp: 013 - 255 0727

10

$
0
0



Alhamdulillah.
10 tahun sudah, dalam suka-duka-baik-gaduh-baik...hehehe.

Saling melengkapi kekurangan dan kelebihan masing-masing:

Dia pendiam - saya suka pot pettt pott petttt.
Dia jalan selow - saya jalan laju (bila kat shoping complex laa heheh)
Dia cool - saya kalut manjang
Dia dah beruban - saya rambut masih hitam hahaha
Dia guna internet laju - saya guna wifi macam siput sedut.
Dia tak suka ikan patin, keli siakap - saya sukaaaaaaaaaa.
Macam-macam bezanya, dah 10 tahun katekan.

Tapi... kami berusaha sama-sama jaga badan.... ye lah tu hehe.

Doakan kami kekal bahagia dan diberkati Allah selalu.


Kenapa Kita Perlu Bertukar ke Bio Seleza Pad?

$
0
0
Apa yang anda perlu tahu?





Fakta 1:
"Kanser Rahim ialah pembunuh No. 2 wanita di Malaysia selepas kanser buah dada dengan kematian sebanyak 266,000 seluruh dunia setahun. Statistik 2012 WHO juga menunjukkan sekurang-kurangnya 1447 wanita didiagnosis mengalami kanser pangkal rahim dengan lebih daripad 729 kematian sehari!"



Fakta 2
"Kebanyakan tuala wanita di pasaran diperbuat daripada kertas terbuang seperti paper lama, tisu, kotak i.e. recycled paper’ atau pulpa kayu yang di lunturkan i.e. ‘bleach’ dengan bahan kimia pemutih?

Jika digunakan dalam masa yg panjang boleh mengakibatkan masalah, keputihan, kekuningan, kehijauan, haid tak stabil, vagina gatal2 & berbau, masalah hormon, sukar hamil, pening, kurang tenaga ketika haid & jika dibiarkan berterusan mungkin mengakibatkan cyst, fibroid, kanser ovari, kanser pangkal rahim dan sebagainya"







ADAKAH KITA SEDAR YANG KITA JUGA TURUT TERDEDAH DENGAN RISIKO KESAN DARI PENGGUNAAN TUALA WANITA?




Jangan merisikokan diri kita jika kita mempunyai pilihan untuk mencegahnya.



Memperkenalkan



Tuala Wanita (pad) yang 100% selamat digunakan dan mengelakkan kita terdedah kepada risiko penggunaan tuala wanita yang biasa.






KENAPA PERLU BERTUKAR KEPADA BIO SELEZA?


"Bio Seleza Feminine Pad mengandungi hasil gabungan Teknologi Bio VelocitySinar Inframerah Jauh (FIR),Ion Negatif dan Nano Perak"


BIO VELOCITY (BV) ialah sejenis tenaga tulen dan semulajadi yang diperolehi terus dari matahari. Aliran tenaga ini akan menyeimbangkan medan elektromagnetik (medan tenaga biologi) seluruh badan manusia.



4 kesan kebaikan utama BIO VELOCITY:

  • Kesan Anti-Bakteria
  • Mengaktifkan sel-sel badan dan meningkatkan metabolisma tubuh
  • Meningkatkan sistem pertahanan badan melawan sel kanser dan jangkitan kuman
  • Membekalkan kandungan oksigen aktif yang lebih tinggi 

SINAR INFRARED JAUH (FIR) berfungsi melancarkan perjalanan darah dan meningkatkan metabolisma.


ION NEGATIF berfungsi untuk membunuh kuman pada organ intik wanita, menghilangkan bau serta membantu keseimbangan hormon.


Bio Seleza juga mengandungi 'NANO PERAK' yang bertindak membunuh bakteria


"Bio Seleza Feminine Pad direka dengan fungsi penyerapanyang optimum, pembungkusan yang sempurna, Kain yang berkualiti tinggi dengan fungsi pengudaraan danrekabentuk yang sangat selesa"




Bio Seleza menjalani pembungkusan yang sempurna bagi mengelakkan jangkitan bakteria dan kulat


Mempunyai daya penyerapan yang tinggi bagi mengelakkan bocor dan ketidakselesaan






Diperbuat dari lapisan yang berkualiti tinggi dan selamat. Tidak menggunakan bahan yang berbahaya seperti recycle paper dsb.


Fungsi pengudaraan untuk membolehkan kulit bernafas dan mengelakkan jangkitan kulat dibahagian kulit sensitif.


Masih lagi kurang faham, jom kita tengok perbandingan antara Bio Seleza dengan Tuala Wanita biasa.








Kita jarang ambil tahu tentang kesan tuala wanita harian kita. Pada kita keselesaan dan selalu muncul di iklan cukup untuk menyakinkan kita pada sesuatu tuala wanita. 



Jarang kita ambil tahu tentang kesan jangka panjang dan tuala wanita yang kita gunakan setiap hari.





BERMINAT MENDAPATKAN SET 'BIO SELEZA' PERTAMA ANDA?

Hubungi saya untuk harga istimewa;

Ayu Rashid
WA: 013 - 255 0727


Pindah Bilik Lagi!

$
0
0
Dania mengada pulak nak bilik lebih besar.
Nanti senang katanya kalau cousin dia nak datang tidur.
Eleh! Padahal dia yang manjang nak gi tidur umah cousin dia.
Gigih la mama dia mengalih katil.
Mujur tak tanggal terus katil antik ni hahaa.
Syahdu nengok katil berikat tali ni, bila la dapat beli baru.


2 minggu lepas, barulah nizam drill railing langsir.
Abah & mak dia datang, jadi abah tolong drill sesamer dia.
Fuh! 3 tahun hokey i saborrr menanti.
Sabor tak sabor jugak la... menyirap takyah cakap la.


Jadi, ketiga-tiga bilik dah pasang langsir elok-elok.
Tapi, by semalam buat lagi tebuk dinding.
Gantung roman blind...panas la takder roman blind.
Gantung bodo-bodo jer pun, sebab tak reti nak masukkan tali semula.
Asalkan tak panas sudah.


Ni Ayu nak share gambar yang sebelum ni.
Petang ni baru nak kemas semula, bersepah dengan habuk.



Ini langsir dan cadar yang beli kat JJ Midvelley bulan lepas.




Dah siap pasang. Biasalah, kalau ready made curtain ni kat JJ ni.
Senteng ler huhuuu. Rasa nak letak kat dapur jer lah. 
Dah pasang roman blind, langsir just pasang sheer curtain lagi lawa dan simple.




Meja belajor pun beralas hehehe.
Ni alas meja makan, lipat dua...sedang elok untuk meja ni.





Hujung kaki katil, lemari baju mama dania 








Semalam gantung lukisan 3 serangkai... nanti ayu update gambornya.
Tunggu tukar langsir dulu, tak lawalah langsir senteng nih.
Tak minat langsir pakai 'skirt'.
Macam pelik je. Letak kat dapur takper sebab tak nampak sangat coz terlindung meja makan.
Lagipun, langsir bercorak macam messy jer. 

Ok jumpa next entry...now masa untuk memasak!


P/S: Redha jer la gambar pecah-pecah..guna internet macam chipsmore macam ni ler, malas nak upload semula, buang masa jer.

Bio Seleza Feminine Pad

$
0
0

Ia diperbuat daripada kapas, mengandungi tenaga Bio Velocity, Far Infrared Rays (F.I.R), Nano Silver dan Ion Negative yang dapat membunuh bakteria dgn berkesan. Disamping itu, ia membantu melancarkan peredaran darah & memberi tenaga.



Bio Seleza Feminine Pad JUGA BOLEH digunakan oleh kaum lelaki untuk membantu masalah buasir, angin pasang & pelbagai lagi fungsi lain melalui tenaga Bio Velocity & FIR untuk kesihatan.





Bio Seleza Feminine Pad| Produk Info


Bio Seleza Feminine Pad terdiri daripada 3 jenis:
  • Day Safe 
  • Night Safe
  • Night Safe (Extra Long)

    Ciri-ciri 9 lapisan perlindungan untuk ketiga-tiga jenis di atas:



    Bio Seleza Feminine Pad juga ada Panty Liner.
    Kepada kawan-kawan yang gemar dan perlu pakai Panty Liner... this is the right choice for you!


    Ia di datangkan dengan 6 Lapisan Perlindungan:





    Cara Penggunaan:
    Day Safe, Night Safe, Night Safe (Extra Long)



    Cara Penggunaan:
    Panty Liner



    Contact saya untuk pertanyaan lanjut dan harga special diberikan untuk anda.

    Ayu Rashid
    013 - 255 0727

    Rendang Ayam Pencen Berdaun Kunyit dari Ladangku

    $
    0
    0
    Amboi, ladang katanyaaaa... padahal laman sekangkang hariz jer.
    Pastu, cam ni lah rupa pokok kunyitnya:

    Sepokok jer pun. Itu pun daun dah tua. Ada 3 helai
    Pokok ni mak ayu yang tanam masa datang pertengahan tahun lepas.
    Ada beli kunyit ketul tu, pastu mak ayu tanam dalam pasu pokok bunga keladi.

    Ni masa baru balik dari raya puasa.
    Tinggalkan rumah dekat 2 minggu, balik ada pokok yang kering-kontang.
    Pokok keladi merah tinggal pucuk baru tumbuh beberapa helai. 



    Tapi, syukur... ada juga rezeki merasa daun kunyit ni
    Buat pertama kali, merendang ayam pencen dengan daun kunyit tanam sendiri.
    Daun tua pun, boleh laaa. Yang jual kat kedai pun lebih kurang jer tuanya.

    Petik 2 helai, tinggallah sehelai. Boleh la buat stok proses fotosintesis haha.
    Amik semua 3 helai, kejam sangat pulok hehehe.

    Laman semak-samun!
    Segala jenis rumput ado. Pokok semalu pun ada uols.
    Pokok paku pakis pun semangat tumbuh dari bahagian laman jiran.

    Tapi dah kemas dan cantik dah. Mak nizam datang 3 minggu lepas.
    Dia tolong bersihkan dan cantas pokok bunga kertas jiran sebelah.
    Ke main meriah masuk laman rumahku.
    Semak-samun jadiknya bercampur dengan pokok & rumput dari lamanku.
    Kesian mak mertua dapat menantu pemalas. Heh!


    Haaa, ni dah ready untuk dimasak.
    Daun limau purut petik dari laman jiran rumah belah kanan.
    Kami tidak berkongsi laman, tapi dah mintak izin nak amik bila-bila masa nak daun limau ni.
    See, dasar tak malu. 
    Dulu ada jugak tuan rumah tanam kat laman, tapi nizam tebang.
    Pokoknya dah besar, asik senget jer nak terbalik.
    Sudahnya nizam tebang. Takper, pokok jiran kan ada hahhaa.



    Bila masak rendang, saya buat resepi sempoi jer.
    Daun kunyit saya potong macam ni jer.
    Saya masukkan 2 kali.
    1. sebelum letak santan.
    2.  rendang sedang nak kering dah kuahnya.
    Kadang-kadang saya carik-carikkan ajer daun kunyit tu. Senang!






    Ni first time masak ayam pencen.
    Keras rupanya wehhhh hahahhaa. Tapi sedap!
    Lain kali, kena rebus dulu ayam ni lama-lama macam rebus ayam kampung.

     Masak sehingga kuah pekat, sebab nak makan buat lauk nasik, kenalah berkuah.
    Dania suka sangat makan rendang ayam & daging. 

    Terliur la pulak!



    Umie Sue Studio| Service Design

    $
    0
    0
    Untuk slot Review kali ni, ayu nak share dengan korang mengenai Umie Sue Studio.
    Jika geng-geng susun atur dan deko-deko, kebanyakan pasti kenal dengan Sue Suka Susun.

    Sue ni dah semakin hebat dengan kerja dari rumah beliau iaitu buat design.

    Antara servis design yang sue tawarkan dengan harga sangat berpatutan.

    - buat blog
    - edit blog
    - header blog
    - facebook cover
    - logo
    - watermark
    - design bunting/banner
    - flyers/posters


    Ini antara design yang ayu dah pernah tempah dengan sue. Cantik uols!

























    Ayu suka berurusan dengan sue sebab sue sangat berbudi bahasa orangnya.
    Service dia sangat bagus. 


    Dan ayu kagum dengan kegigihan dia. 
    Ayu mula tempah dengan sue sejak awal dia buat design.
    Makin banyak improvements dapat dilihat dengan hasil karya beliau.
    Senang citer, tengok jer design... dah dapat agak hasil kerja Sue :)

    Semoga sue terus sukses.




    Macam mana nak tempah
    Korang boleh visit:





    Semoga review ini bermanfaat buat kita bersama.

    Pencuci Tandas dan Lantai Eziclean

    $
    0
    0
    Ayu nak share, produk keluaran Sahajidah Hai-O Marketing Sdn. Bhd. dalam series Penjagaan/Kegunaan Kediaman iaitu Pencuci Tandas dan Lantai Eziclean.


    Para surirumah dan wanita bekerja, pasti dambakan produk sebegini yang dapat bantu mudahkan dan jimatkan masa kerja-kerja membersihkan tandas dan lantai. Betul tak?




    Kelebihan:
    Pencuci tandas dan lantai Eziclean adalah bersifat alkali, tidak beracun, dapat menghindarkan serangga-serangga perosak dan menjimatkan kos. Ia mempunyai keharuman yang menyegarkan.


    Apakah keistimewaan pencuci tandas dan lantai Eziclean berbanding dengan produk-produk di pasaran?
    Ia adalah formula beralkali dari USA, di mana ia selamat untuk membasmi kuman dan bakteria yang berbahaya. 



    Adakah produk ini bebas daripada membilas?
    Ya, produk ini bebas daripada membilas. Justeru itu, ia menjimatkan masa dan tenaga di samping berekonomi kerana ia sangat pekat.



    Adakah bau pencuci tandas dan lantai Eziclean ini boleh diterima?
    Ya, ia meninggalkan keharuman yang menyegarkan selepas menggunakannya.




    Cara Penggunaan:


    Cucian tandas:
    Picitkan Pencuci Tandas & Lantai Eziclean ke sekeliling mangkuk tandas dan biarkan selama 5 minit sebelum dicuci dengan air. Picit ke sekeliling untuk tujuan bilik tandas keharuman.



    Cucian lantai:

    Campurkan 1 hingga 2 penutup Eziclean dengan 4 liter air untuk mengelap lantai. Tidak perlu dibilas dengan air.




    Lain-lain:
    Campurkan sukatan ke dalam air untuk mencuci perkakas-perkakas rumah dan pejabat.




    Harga sebotol: RM18

    Promosi 3 botol: RM50

    *Tidak termasuk postage


    Boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut dan pembelian:
    Ayu Rashid

    013 - 255 0727

    Peluang Bisnes Emas dan Beli Emas Power Gold

    $
    0
    0
    Semakin hari, nilai Ringgit Malaysia makin jatuh. Ia sangat membimbangkan. Sebab itulah, yang bijak dan mampu akan cuba untuk beralih kepada beli emas dan bisnes emas. 

    Bersama Power Gold, kita tak perlu risau. Ia bukan Skim Pelaburan emas ETA yang dah ramai yang tersontot. 



    Wow! bukan main mahal lagi... untung siapa yang ada banyak simpanan emas.



    Dengan Power Gold, kita bukan saja boleh beli dan simpan emas, tetapi boleh juga bisnes emas. 
    Jadi tauke emas uols!




    Antara jenis emas yang ditawarkan oleh Power Gold:




    Kita lihat pula perbandingan ini:

    Mana satu pilihan yang bijak untuk jangka pendek dan semestinya jangka panjang. 
    Dalam keadaan ekonomi negara yang semakin membimbangkan, kita perlu bersiap-sedia menghadapi sebarang kemungkinan.

    Jaga 'ekonomi poket' kita dulu, sebelum kita dok risaukan ekonomi negara.
    Kempen 1bulan 1g emas adalah antara yang tidak membebankan kita.




    Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peluang bisnes dan/atau membeli emas daripada Power Gold, anda boleh hubungi:

    Puan Sarina Ridzuan
    Whatsapp: 012 - 3480 104
    Facebook: Sarina Ridzuan

    Deko Bilik Tidur Utama Ogos 2015

    $
    0
    0
    Assalamualaikum.

    Awal bulan Ogos lepas, barulah selesai pasang railing langsir kat sliding door, bilik-bilik, gantung lukisan dan jam dinding. 3 tahun ngkooo gigih menanti suami pasang semua tu. Dah habis segala zikir membebel dan rajukan berlaku. Drama sangat bab deko rumah ni hahha. 


    Kalu pompuan lain, biasa buat sendiri jer tebuk-tebuk dinding, ayu ni manalah reti buat semua tu. Kalau takat ketuk paku guna lesung batu, itu memang expert! Nasiblah dinding batu, kalu dinding kayu macam rumah ayu kat kampung, memang selamatlah daku kerjakan.


    Bila nizam & abah dia dah pasang railing kayu kat sliding door, ayu suh nizam pasang railing besi dari sliding door tu kat master bedroom (bilik yang kaler pink purple tu). So, dah pasang railing besi 2 lapis tu, dapatlah lawakan sikit deko kat tingkap. Adalah sikit perubahan berbanding biasa.



    Area tingkap
    Ini jer pun hehhe.
    Saja taknak pasang railing sampi ke siling, nanti renyah nak tukar langsir.
    Ini pun ayu kena panjat guna tangga nak pasang. Gigil-gigil iols tau. Alhamdulillah selamat hehehe.


    Night curtain pink tu ikutkan lagi cantik kalu labuh sampai lantai.
    Ikutkan ada jer langsir labuh sampai lantai, tapi taknaklah pasang sini.
    Nanti berat dan susah nak basuh, malas pulak bila nak menukarnya.
    Pendek macam ni ringan, barulah rajin nak bukak basuh. 



    Area meja solek









    Area katil












    Area hujung kaki katil (atas karpet)


    Ok itu ajer, nanti bila ada kesempatan ayu share gambar bilik lain pulak. Bye!


    Deko Bilik Ketiga Ogos 2015

    $
    0
    0
    Tajuk, klakar rasa... sebab tatau nak letak tajuk apa.
    Abaikan!

    Since dah tukar-tukar bilik, bila dania nak bilik lagi besar.
    Ayu gigih alihkan katil bujang ke bilik kedua (dah share entry lepas).
    Elok-elok bilik ni kaler pink putih punya konsep,
    Dah bertukar dengan bilik kedua.

    Sepatutnya, bilik kedua kaler grey, bilik ketiga ni pink putih.
    Dah tukar-tukar tu, bertukarlah tema kaler.
    Temalah sangat, takat langsir jer pun ubahnya.

    Ini langsir dah beli 2 tahun lepas. Beli kat Nagoya Tesco Kajang kot, RM8/m.
    Nagoya sini tak heaven macam nagoya Plaza Alam Sentral. Pilihan kain alahai, very limited.
    Tak berkenan sangat pun, belilah jugak. Kain keras kejung, tak lawa bila pasang.
     

    Sila perhatikan kekejungan itu, Tapi corak dan kombinasi warna i suka.


    Bilik ni takder kipas siling. Kenalah letak sebijik table fan. Jangan zoom in, nanti pecah rahsia kipas penuh HABUK, ahaks!



    Ini sarung throw cushion beli kat JJ Mid Valley hari tu.
    Plan asal nak letak atas sofa bila sofa ditempah siap. Tapi, sofanya cancel tak disiapkan.
    Bila dah beli sofa lain, bercorak bunga-bunga sakan pulak. Dah tak match dengan sarung bantal ni.
    Jadi, letak sajalah dibilik.


    Gambar budak pegi Kidzania bersama rombongan sekolah tahun lepas sebagai penyeri.


    Legend... bunga pegang masa kawen 10 tahun lepas. Uols ada lagi bunga pegang? ececeeeee.
    Siap basuh tau buang-buang habuk, sayang punya pasal.


    Ok, nanti ayu share gambar bilik ni dan bilik kedua yang ayu dah tukar langsir. Ada ubah lagi sikit, sebab rasa tak berkenan mata ayu dengan langsir ni. Langsir ni, nak bawak balik Besut jer la pasang kat sana. Malas nak simpan, daripada simpan baik pasang kat rumah mak. 



    Susun Atur Pinggan & Cawan

    $
    0
    0
    Susun atur di dapur ayu memang bajet rendah punya.
    Takder kabinet lawa-lawa,
    Jauh sekali pinggan mangkuk cawan lawa-lawa.

    Mana guna, itu ajerlah yang ada.
    Belum berminat lagi nak cantikkan dapur.
    Asalkan boleh guna dah cukup.
    Takmau beli, pastu simpan buat hiasan jer.


    Ringkas tapi padat gituuu.



    Rak pinggan kayu ni beli kat Tunas Manja Muadzam. Murah jer belas-belas ringgit.
    Tempat sangkut cawan kayu tu, dari zaman baru kawen.
    Sebelum ni simpan jer, ni dah ada partner bulehlah guna.



    See, mana ada cawan pinggan cantik. Inilah apa yang ado.



    4 bijik cawan mak mertua kasik tahun lepas.
    Sayu dan hiba agaknya hati mak tengok anak menantu dan cucu cawannya sendu sangat. hahahaha.






    Bahagian buat susu hariz dan air masak.

    Sekian "Dari Dapur Ayu Rashid' yang seadonya. Jumpa lagi!

    Set Bilik Tidur Fella Design

    $
    0
    0
    Kita sambung lagi entry kami pergi HQ Fella Design kat Kg Bukit Subang (eh betul ke kat situ nama tempatnya, lupa dah!)


    Kali ni, nak share pulak gambar set bilik tidur fella design kat showroom tersebut.



    Cantik tak uols set bilik tidur fella design ni?


    Opss! Iols laki bini tak mampu la nak beli set bilik tidur semahal ni.
    Fuh! tengok harga pun dah lap peluh.
    Haishhh kalau aku kayaaaaaa, memang aku beli.
    Kang ada jugak tiap-tiap tahun beranak kalu bilik tidur cantik camni hahaha.

    Eh, ke sayang nak guna, pastu tidur bentang toto kat lantai.
    Wah! Itu stok ko dah kenapa, beli mahal-mahal sayang nak guna.

    Dah, tak payah berangan ayu,
    Tak mampunya nak beli. Jadik, snap gambar & tatap cukuplah.



     Ini kalau kawen, jadikan bilik pengantin... perghhh!
    Mesti lawa meletop-letop bilik pengantin uols.


    Banyak lagi set bilik tidur kat Fella Design ni.
    Saya cuma snap yang ni jer, sebab ni yang woww cantiknya.
    Sebab kaler putih dan suwit-suwit gitu.
    Yang lain, saya tak snap, sebab jalan laju-laju nak pilih sofa.
    Dengan nak menjeling hariz lagi, hahaha.
    Asyik nak berlari dan memanjat ajer, seram mak.


    Ok, dah... lap semula ailio tu semua. 
    Pegi masak, lagi berpekdah. 

    Nanti i share lagi gambar sofa kat fella ni. 
    Kene selesaikan semua gambar yang ada dalam labtop, nak delete jer.
    Jimatkan storage labtop hehehe.

    SAYA JUAL| Shawl 2 Muka Chiffon by JajaKalam

    $
    0
    0
    Assalamualaikum.

    Bermula pada bulan Ramadhan lepas, bila misi pencarian tudung raya secara online bermula. Akhirnya, saya jumpa kawan fesbuk yang jual shawl chiffon 2 muka iaitu Jaja Kalam. Itu kali pertama saya tengok rupa shawl 2 muka macam mana hahaha. Buta fashion betullah!


    Mula-mula nak beli sehelai jer. Tenung punya tenung warna-warna yang dijual tu, terus tertawan nak beli 4 helai! Yelah, lagi jimat sebenarnya beli 4 helai terus.

    Sehelai RM35 + 7 postage.
    4 helai: RM100 + RM10 postage. Jimat banyak tu!


    Dah beli 4 helai, bila seller tu up lagi status warna lain, saya terjebak lagi 4 helai. Up status lagi beberapa hari kemudian, saya terjebak lagi 4 helai. Ahhh sudah, dalam masa tak sampai 2 minggu saya dah beli 3 kali yang bersamaan 12 helai shawl 2 muka by JajaKalam ni.



    Sampai saya gurau-gurau dengan Jaja:

    "Lepas ni, kak ayu nak unfriend jaja, bahaya asik  terjebak ajer hahahah"




    Ini ayu nak share beberapa gambar ayu ber-shawl 2 muka by JajaKalam ni














    Bila dah gila-gila jatuh cinta dengan shawl 2 muka chiffon ni, \
    Ada juga terdetik kat hati nak jual shawl ni. 
    JADI... bila 2 minggu lepas ada peluang jual shawl ni, terus ayu grab.


    Alhamdullilah, Batch pertama ayu mulakan dengan 40 helai. 
    Ambik stok pada hari Sabtu 3/9/2015, dua hari terus sold out. 
    Alhamdulillah. Syukur Ya Allah.


    Hari ni, dah release 15 kaler baru. Cantik-cantik uols!
    Yang tukang jual pon dah rambang mata, dah siap pilih pun 3 kaler nak beli jugak
    Ayooo bahaya betul kan tukang meniaga pun kaki shopping.


    Jika Batch Pertama ayu hanya share pada rakan-rakan, rakan facebook dan family.
    Untuk Batch Kedua ni dan yang seterusnya InsyaAllah.
    Ayu akan share juga dengan anda yang ayu kasihi.


    Seriusly, trust me.
    Shawl ni memang selesa, sejuk, mudah dipakai, lebar dan anda pasti jatuh hati.
    Kalau tak, takkanlah ayu yang agak cerewet ni melekat terus dengan shawl ni.


    Paling ayu suka, shawl ni buleh adjust labuh dia tu.
    Jadi, untuk yang memang suka pakai shawl labuh.
    Atau yang sedang belajar pakai shawl labuh macam ayu ni, ehemm.
    Memang sesuai sangat cuba shawl ni.



    So, here we goes!
    Selamat mencuci mata dan silalah order :)











    Harga:

    Sehelai: RM35 + RM7 postage
    4 helai: RM100 + RM10 postage.


    Whatsapp kod warna:
    013 - 255 0727


    Yang beli, ayu akan whatsapp-kan pada korang video tutorial cara pakai.
    Mudah jer, jangan risau hokey.


    Jumpa lagi. Wassalam.

    DIY Gubahan Bunga| Hydrangea

    $
    0
    0
    Sabtu kelmarin kami sekeluarga pergi Nilai 3.
    Tujuan utama nak beli basikal untuk Dania.
    9.9. lepas besday dania k2-9 tahun.
    Dia request nak basikal.

    Bila dah ke Nilai 3, wajiblah beli bunga.
    Beli bunga orkid dan hydrangea.

    Beli 3 kuntum jer. Sekuntum RM14.
    Lawa-lawa kaler bunga jenis ni. Ada beberapa jenis ikut harga dan saiz.
    Ayu beli kat kedai yang biasa ayu pergi tu, lupa nama hehhee.

    Pasu biru tu, pasu ayu beli zaman beli kawen lagi, kat Midvalley.
    Beli 3 bijik, tinggal sebijik jer.
    Letak kat rumah mak, tapi amik semula hahaha.
    Dah asik pecah ajer kan, ada yang kena langgar kucing. ada yang anak sedara main bola kena pasu pecah.
    Iskk sadis betul, cantik pasu ni, ada 3 saiz. Ni jer tinggal.
    Sebelum pecah lagi yang last ni, baik aku ambik balik.
    Buruk siku sungguh!


    Mulakan menggubah.
    Macam biasa, takyah span-span. Bengkokkan tangkai ikut ketinggian kita nak.

    Bunga pertama


    Bunga kedua.

    Letak 2 kuntum macam ni pun dah cantik.
    Hydrangea cantik kalau digubah tak 'sarat'.
    Make it less but more.



    Tapi dah ada 3 kuntum tu, letak jer la semua. 

    Bunga ketiga
    Dah siap pun!




    Letak dimana?




    Ikut hati, nak letak kat rak tv kat ruang tamu.
    Tapi, takut la pecah. So letak kat bilik ketiga jer. 
    Nanti rasa nak ubah tempat, alihkan ajer. 

    View dari pintu masuk bilik

    Gitu jer DIY Gubahan  bunga hydrangea yang saya buat kali ni.
    Simple jer, sappp sapppp suiiiii... siap!

    Nanti saya share DIY Gubahan Bunga Orkid baru pulak.
    Kaler purple uols.
    Sebab tu jer kaler yang menarik dan bunga orkid lawa dalam kedai tu.
    Nak beli kaler putih macam orkid sebelum ni dah abes. 


    Okey, tunggu next entry. Assalamualaikum. 

    Pasang Langsir Eyelet - Part 1

    $
    0
    0
    Assalamualaikum semua.

    Setelah lebih kurang 3 tahun langsir eyelet kelabu ni diperam.
    Akhirnyaaaaaa, pada 8.8.2015 lepas barulah ia terpasang.
    Fuh! Rasa nak buat sujud syukur tang tanggg tu jugak :)





    On that weekend, mak abah nizam datang Semenyih.
    Abah bawak drill nak tolong anak-menantu hantu pasang dril.

    Kenalah pergi hardware beli railing kayu baru. Railing sediada kat rumah tak sama ukuran dengan saiz sliding rumah ni. Lagi pun, aksesori railing sediada dah tak cukup, hahah ke mana-mana daku campak pun tatau.


    Tapi aksesori cangkuk tu ada dijual RM12/set. Tapi nizam beli yang baru terus, senang cina hardware terus ukur saiz kepanjangan kayu railing tu dan potong. Syukur muat sumbat dalam kereta.

    Petang Sabtu tu, bermulalah upacara menghabukkan rumah.

    Berdarah mata tengok habuk sana-sini.
    Takper, langsir punya pasal, sanggup hadap hahaha.






    Masa nak pasang railing pun drama jugak hahaha.
    Nizam nak gantung rapat ke siling.
    Ayu nak gantung bawah sikit pada siling, ikut saiz panjang langsir.
    Abah pulak nak gantung betul-betul atas paras pintu sliding tu.

    Ohoii, memang tak sesuaiii la gantung macam abah nak tu.
    Biasalah, taste orang tua kan... hehehe.
    Ini langsir eyelet, dan i nak ala-ala deko bersama eric gituuu.

    Penyudahnya, ikut kehendak nizam.
    Tapi ayu cakap, kena alter semula langsir ni, sebab akan senteng gila-gila punya.

    Dia kata okey, i lagi suka sebab memang tau lagi lawa gantung sampai siling.





    Sekali dah pasang, macam ni lah jadiknya hahahha.
    Pintu sliding rumahku pakai skirt seksi nyah!

    Ko hadooo langsir macam nie? takder kan?
    Berdarah mata mak tengok langsir camni... patah hatiku.
    3 tahun tunggu nak pasang, sekali dah pasang macam ni jadiknya hahaha.





    Takper, tabahlah wahai hati. Wahai mata, pandang yang indah saja haha.
    Bertahanlah jugak beberapa hari dengan langsir skirt ni.
    Sebab, kami ke Nilai 3 untuk alter langsir ni.


    Tunggu next entry, tengok apa jadik ngan langsir skirt ni.
    Pakai jubah terus hahha.

    Ok daaaaaa.

    Pergi Nilai 3 Alter Langsir Eyelet

    $
    0
    0
    Ini sambungan entry sebelumnya...

    Sehari dua lepas pasang langsir eyelet skirt seksi tu,
    Kami 3 beranak gigih ke Nilai 3.
    Dania tak ikut, sebab pergi hari dia sekolah.
    Lagi pun, dia tak suka tempat panas macam ni.


    Wefie dalam kereta.
    Ini saya pakai Shawl 2 muka chiffon (klik link for further info)kaler pink-purple.
    Kaler macam ni, memang 'in' pakai dengan baju kaler apa sekalipun.
    Ni pakai baju biru, kaler block ngko!


    Budak isi perut dalam kereta. Macam manalah kereta tak bersepah kan?




    Misi pencarian langsir bermula.
    Mula-mula tu, kami ke kedai langsir yang kami tempah langsir eyelet ni dulu.
    Tapi, layanan daripada promoter tu macam hmmmmm.

    Masa beli duluuuuuu, promoter lelaki cina.
    Ni lelaki melayu, macam kerek jer.
    Menyampah pulak rasaya, elok-elok nak alter situ,
    Terus tak jadi, baik carik kedai cina... lagi mesra layanan.


    Ini bukan racist, tapi memang selalu macam tu la.
    Sebagai pelanggan, mahal sikit takper, asal ko layan elok.


    Then, ayu carik kedai lain...
    Main redah jer sebab kitorang jenis tak suka masuk banyak-banyak kedai.
    Dengan panasnya, memang tak la nak berlama-lama kat sini.


    Then, kitorang masuk kedai ni.
    Promoter ke, tauke ke tatau la... cina.
    Promoter melayu pompuan ok, tak kerek macam mamat kedai tadi.
    Terus closed the deals.



    Pilih kaler kain untuk sambung kat bahagian bawah langsir tu.
    Kata nak tukar skirt jadik jubah kan?
    Harga kain + alter = RM120
    Agagagagagga... dulu tempah 4 helai termasuk 2 helai untuk tingkap RM400
    Ni tambah lagi RM120... aiyooo rabak poketku.


    Sementara tunggu langsir siap, cuci-cuci mata dulu dalam kedai.
    Tak snap gambar sangat, malas!


    Cantik langsir biru ni.
    Range harga langsir kat sini (eyelet) antara RM400++ ke atas.
    Perghhhh! Dan-dan rasa nak belajar menjahit langsir hahhaaa



     Budak ni, pantang jumpa kain dalam gulungan macam ni.
    Memang feveret dia laaa.
    Mujur takder dania, kalu dia ada geng... lagi dasyat dorang punya 'kerjasama' buatkan mama pening kepala dok lama-lama dalam kedai kain.





    Cina tu potong sikit kain langsir bahagian bawah supaya bila dah sambung kain plain di bahagian bawah, kain akan jadi seimbang dan cantik.





    Ayu pilih kaler hitam untuk sambung bawah.
    Kaler lain tak berapa sesuai.
    Grey ada, tapi soft sangat, macam tak naik warnyanya.
    Purple pulak, macam tak sesuai konsep ayu dan nizam nak.
    Belasah jer la ambik hitam, sebab tu jer yang sedap mata memandang.

    Nizam tak masuk langsung dalam kedai langsir ni sebab hariz tidur.
    Risau jugak takut dia tak suka padanan warna hitam ni.

    Mula-mula tu, dia macam pelik.
    Ehhh hitam, cantik ke..

    Dah... jangan banyak songeh... kang bini nak beli langsir baru kangggggg kanggg.



    Ini dia langsir skirt yang dah tobat jadi langsir jubah hehe.

    Kita tengok version dah pasang, jadi macam mana... 

    Pelik ke cantik?

    Tungguuuuuuuuu next entry!

    Langsir Eyelet Versi Jubah Heh!

    $
    0
    0
    Bersiri-siri cerita pasang langsir eyelet idaman kalbu ni.
    Alang-alang tunggu 3 tahun nak pasang kan.
    Kita kasik balas dendam buat bersiri-siri entry.
    Dah la kena keluar duit lagi... huuuuuuhu.


    Balik jer dari Nilai 3, terus semangat nak pasang.
    Ye lah, kalu tak pasang... takkan la malam ni sliding tu nak togel jer.
    Seksi melampaui batas tuuuuuu!

    Bahagia rasanya guna langsir eyelet ni rupanya.
    Tak payah ngadap cucuk-cucuk besi sampai sakit jari.



    Inilah dia... bertaubat sudah langsirku.
    No more skirt seksi-seksi yaaaa, berjubah kini!


    Masa tak pasang lagi, memang la diri sendiri pun rasa seram jer bila sambungan kain tu warna hitam-legam.
    Bila dah pasang, fuh! syukur sedap mataku memandang.
    Nizam pun cakap cantik.
    Cantik yer bang, duit bini jugak melayang lagi... penangan nak railing sampai siling.
    Nyesal tak paksa dia turun sama masa ambik langsir ni bila dah siap.
    Kalau tak, dia yang wajib bayar hehehee.


    Pandangan keseluruhan langsir jubah eyelet




    Dah alang-alang nampak gambar dinding ada wallpaper ni.
    Bagi tau dulu sikit kat sini terus.
    Kat Nilai masa tu, itorang juga beli wallpaper, 
    Sebab nizam la galok sangat nak pasang wallpaper.
    Ayu tak minat la wallpaper, suka lagi cat.
    Serabut la sebab langsir dab bercorak sarat.
    Ini tambah wallpaper lagi.
    Ikutkan nak cat semula jer kaler putih macam ni.
    Sebab dah nampak dinding kotor sebab situ dulu letak sofa LShape.





    Ini version bila dah pasang wallpaper.
    Tak minat design ni, tapi ini jer murah sebab ada offer.
    Nanti entry lain pasal wallpaper.
    Huh! Semak mata wehhh... tapi redha jer la.
    Kang housemate merajuk taknak deko rumah, padan muka i jugak!
    Ok, kasi chance kat dia meluahkan kreativiti dia yang tak seberapa tu.
    Wow! Keji laa kutuk laki sendiri kat belog hahaha
    Gurau-gurau tak berapa manja gituuu.


    Langsir ni tak selesai lagi sebenarnya.
    Sebab day curtain tak pasang lagi, sebab railing besi tak pasang lagi.
    Dah satu kerja berhabuk lagi sekali akan berlaku, huh!
    Kalau sekali harung kan senang... takyah penat banyak-banyak kali... huuuuhuu
    Tapi, memang tak lawa la kan takder day curtain, macam tak lengkap jer hiasan deko.



    Since railing akan dipasang bawah sikit daripada railing kayu eyelet, 
    kenalah tempah day curtain lain juga!

    Jika ikut ketinggian ayu nak, 
    Dah boleh pakai day curtain putih sediada masa dari rumah Shah Alam. 
    Ini kena beli baru. Duit lagiiiii :(

    Ayu beli kain dan jahit terus kat kedai yang alter langsir ni.


    Cantik kain ni, jatuh elok jer alunan dia.
    Harga RM38/m. Budak pompuan melayu tu bagi rega RM35/m.

    Tapi, total 2 keping ni RM200 jugak!
    Sebab saiz lebar dan ketinggian tu banyak pakai kain dan ayu nak kedut banyak.
    Bidang kain ni 110'.

    Rasanya, kalau uols nak beli langsir, better pergi beli kat Nagoya.
    Lagi murah laa bila tengok based on kain dan desgin.

    Kalau kat Nagoya kain macam ni, ayu rasa boleh dapat dalam range RM20++ jer.
    Amboi mandai aku hahaha, nampak sangat kaki tawaf Nagoya.

    Tapi masa dok Shah Alam, memang boleh jadi duta Nagoya Plaza Alam Sentral pun.
    Dah berlalu dah zaman kegemilanganku itu...sobbb sobbbb.

    Next entry, kita tengok proses pasang railing dan gantung langsir ni sampai siap.
    Hahhahaha giler lah poyo entry langsir bersiri-siri.
    Macamlah langsir ko tu khelasss sangat kan ayu?
    Viewing all 991 articles
    Browse latest View live