Mungkin ada antara pembaca blog saya ni belum tinggal di rumah sendiri.
Tak kiralah situasi macam mana.
Samada dah ada rumah sendiri, tapi menyewa rumah orang lain.
(kitorang pun macam ni la, nizam beli rumah sebelum kami kawen lagi, tapi dah 10 tahun kawen, kami masih belum pernah merasa duduk rumah tu).
Mungkin juga anda belum sampai masanya diberikan rezeki miliki rumah sendiri.
Atau, korang memang takder plan nak beli rumah sendiri.
Cukuplah menyewa saja, lebih-lebih lagi dengan harga properties yang gila-gila punya mahal.
Apa pun, kita patut bersyukur ada rumah untuk diduduki, walaupun menyewa saja.
Syukur apa yang ada, barulah tenang jiwa tu hehehe.
Apa yang saya nak ulas kali ni ialah ada orang cakap:
"Ala rumah sewa jer pun, buat apa nak cat dan hias-hias bagai".
Dengan kata lain macam buat rugi jer.
Ko dok cat dan hias tu bukan rumah sendiri pun.
Rumah orang.
Nanti lama-lama ko akan pindah jugak, dah rugi.
Ermmm, ada betul jugak tu... membazir katanya.
Harga cat bukan murah walaupun cap cikai-cikai jer pun.
Pastu, nak beli alat mengecat lagi.
Nak kerah tenaga lagi mengecat... sesilap muncung mulut si suami kene mengecat haha.
Tapi, syukur la nizam ok jer kalu kena mengecat.
Sampai dia cakap "mama tu kalu buleh sebulan sekali nak tukar warna cat"
Melampau tuuuu dia punya sindiran tu hahaha.
Tapi, saya tau sangat... dia pun suka kalu rumah bersih dan cantik.
Walaupun nak harap dia berkemas memang tak laaa.
Tapi, dia ikut kerenah bini dia pun dah memadai dah.
Persoalannya ialah.
Betul ke membazir cat rumah sewa dan kita beria menghias rumah sewa?
Itu pandangan masing-masing.
Kalau ayu dan nizam. tiap-tiap kali pindah rumah kitorang akan cat
Hampir seluruh dinding rumah kitorang cat.
Lebih-lebih lagi rumah sekarang. Pergghh! Berdarah mata tengok masa baru pindah.
Korang yang follow blog ni mesti tau keadaannya camner kan?
Umah sendiri atau rumah sewa... kita yang nak duduk.
Bukan tuan rumah!
Tuan rumah, dia tau kutip sewa dan naikkan sewa jer huhuuuu.
Tapi kita yang nak duduk. Nak hadap hari-hari suasana dalam rumah.
Eii, memang ayu tak lalu la nak duduk dalam rumah yang sediada tu
Sebab tu masuk jer rumah, slow-slow kitorang cat SEMUA
Dari ruang tamu, dapur, ketiga-tiga bilik pun cat.
Tinggal bilik air dan luar rumah jer tak cat.
Itu pun dah beberapa kali tukar warna cat dalam rumah dan bilik-bilik.
Sebab dinding rumah ni jenis berkulat. Stress. Tak suka!
Gitu jugak dari segi kemas-kemas dan hias rumah.
Ayu ada mild OCD. Memang takleh dalam suasana bersepah.
Lagipun, ayu WAHM... 24/7 dok dalam rumah.
Memang tak sanggup rumah 'tak siap' dan bersepah.
Bila umah kemas, rasa damai jer jiwa dan raga hehehe.
Kalau bersepah, mood memang akan jadi swing!
Nak buat kerja pun takder mood.
Jadi, semua tu bergantung pada individu.
Ada orang boleh duduk dalam suasana bersepah, ada yang tak boleh.
Ada yang suka umah bersepah, kononnya kreatif dan anak pun kreatif.
Oh! Pada saya pulak... pokok pangkalnya attitude dan ko nak kemas ke tak.
Rumah kemas bukan bermaksud anak takleh main atau buat sepah mainan.
Tapi, kita as ibu kenalah didik anak.
Dah main... sila kemas semula kalau sayang mainan tu hahahaa.
Jadi... tak timbul pun isu rumah sewa jer pun sampai kita takleh berkemas rumah.
Takleh berdeko-deko. Sebab deko-deko juga adalah hobi dan passion.
Nizam yang macam tu pun pandai cakap kalau rumah orang bersepah.
Memang sedap la aku kenakan dia semula
"kalau ayu pun buat-buat malas kemas rumah, rumah kita lagi horror dari tu hehe"
Alah... dia dah kenal sangat bini dia ni.
Memang rumah takleh sepah, redha jer la.
Kadang-kadang dalam kereta dia pun ayu kemas.
Harapkan dia... dia tau anta kedai jer cuci. Punyalah nak senang idop!
Jadi... apa jua style kita... raikan perbezaan.
Kalau rela rumah 'tak siap' disebabkan rumah sewa, silakan.
Macam kitorang ni, kalau nak tunggu duduk rumah sendiri baru nak cantikkan rumah.
Tatau la bila dapat merasa dok rumah sendiri.
Taknak lagi duduk KL, cuma kalau boleh nak dok Shah Alam hahaha.
Memang 10 tahun kawen duduk dalam rumah macam sarang tikus kot haha.
Sebab apa?
Rumah sewa jer pun... buat apa nak hias rumah. Hok alohhh!