Quantcast
Channel: Ayu Rashid Design
Viewing all 991 articles
Browse latest View live

Mencari Pokok Bunga Lagi

$
0
0
Eh rajin pulak update blog pepetang ni.
Pagi update, petang pun update lagi.
Luarbiasa rajin ni... hehehhee.

Alhamdulillah, hari ni hujan dari pagi.
Walaupun hari ni dan esok dijangkakan panas melampau.
Tapi, kuasa Allah mengatasi segalanya.
Kat Semenyih, dah hampir seminggu kerap hujan petang.
Walaupun cuaca tetap panas, tapi kurang la banding tak hujan langsung.
Pokok-pokok pun mesti hepi dapat minum air :P

Okey, nak citer pasal pergi nurseri lagi hari Ahad lepas sebenarnya haha
Melalut intro pasal hujan dulu kemain panjang.

Ahad lepas, lepas balik lunch ayu mintak nizam singgah nurseri dekat rumah.
Actually, ayu dah boring dah ke nurseri ni.
Pokok sama jer, pastu tak banyak yang sesuai letak indoor.

Tapi, nak jugak singgah cuci mata.
Kot la ada pokok baru yang menawan mata.

Dengan cuaca panas tengahari, memang tak sanggup la lelama.
Buat lintas langsung, terus ajak nizam dan anak-anak balik.

Takder yang berkenan. Jadi tak beli pun.
Sempatlah snap 2 keping gambor, dapatlah jadik 1 entry blog hahaha.

Pokok buluh ni dah ada 2 pokok kat umah. Beli kat sini.
Nampak bunga kertas kat belakang tu?
Bunga kertas kat sini agak mahal, sebab jenis tut kalau tak silap.
Ayu tak minat bunga kertas, dan memang tak pernah ada pokok bunga kertas.



Berkenan pokok keladi ni.
Tapi ada terbaca orang cakap pokok keladi ni beracun.
Tak beranilah beli. 


Dalam otak ni, masih dok ingat pokok ketapang brazil.
Akan kumiliki jua hahaha.

Tunggu ada masa nak pergi nurseri lain pulak untuk survey.
Atau kalau takder, beli jer yang kat nurseri hari tu yang rega RM68/sepokok tu. 
Uhuksss tersedak pasal harga tu.

Fiqh Bisnes oleh Ustaz Dr Azman dan Ustaz Dr Zaharuddin

$
0
0
Assalamualaikum.

Korang mungkin dah baca sebab viral jugak di Fesbuk dan Whatsapp. Atau jika ada yang belum baca, saya harap sharing ni dapat sama-sama kita jadikan panduan, khususnya yang berbisnes. 

Sama-samalah kita berpesan-pesanan, kerana dalam meraih rezeki, mungkin kita terlepas pandang tanpa sengaja. Jika ada yang kita 'tersasar', jom sama-sama kita perbaiki. Saya dulu pun banyak khilaf dalam bisnes. Kini pun pasti masih ada khilafnya, tu yang bila baca rasa banyaknya perlu perbaiki lagi. Semoga rezeki yang kita perolehi adalah rezeki yang berkat. Jom baca.
*
*
*
Selesai sesi Fiqh Bisnes oleh Ustaz Dr Azman dan Ustaz Dr Zaharuddin. Alhamdulillah, banyak ilmu baru dan ilmu refresh dan persoalan berkenaan bisnes kontemporari terjawab.

Kawan-kawan yang berniaga secara berkumpulan, dan suka komen testimoni di post ‘rakan sejemaah’, boleh baca point no 11 di bawah.

Saya ringkaskan apa yang dapat saya serap selain perkara asas tidak boleh menipu, bebas riba dan gharar, dan sebagainya:


1. Sesiapa yang menjadikan akhirat sebagai tujuan utama, maka dunia akan datang kepadanya dalam keadaan tunduk. Bisnes dan perniagaan adalah satu alat untuk mencari Redha Allah <- font="" pegangan.="">->


2. Perniagaan adalah sesuatu yang datang seiringan dengan syaitan. Sangat berat amanah yang dipikul oleh peniaga. Peniaga yang benar dan amanah akan dibangkitkan bersama nabi-nabi, siddiqqiin dan syuhada’.


3. Saidina Umar melarang seseorang dari berniaga sebelum belajar hukum-hakam perniagaan.


4. Semua urusan jual-beli bertangguh (samaada bayar secara ansuran atau barang dibeli secara tempahan dengan bayaran penuh) masuk dalam kategori dain (hutang). Ayat paling panjang dalam Quran menyebut tentang dain – iaitu ditulis segala details dan kalau boleh, adakan saksi.


5. Islam menjaga hak bukan sahaja hak pembeli, tetapi juga hak penjual. Oleh itu, gangguan kepada harga pasaran adalah sesuatu yang dilarang dalam Islam.
Contohnya, buang harga (jual dengan terlalu murah berbanding harga pasaran) atau naikkan harga dengan melampau tanpa sebab yang munasabah (contohnya tiada nilai tambah diberikan).


6. Ketelusan Wajib ada. Peniaga kena perjelaskan semua perkara berkenaan barang yang dijual dan kualiti barang. Peniaga juga tidak sembunyikan keburukan barang dengan sengaja. Kena ada jaminan pulangan semula kalau tak puas hati. Kenapa? Sebab ada isu gharar – barang tak boleh disentuh. Kos penghantaran dan segala kos lain mesti dimaklumkan kepada pembeli. Untuk pemulangan semula, siapa akan tanggung kos penghantaran etc. Untuk refund, kos caj bank ditanggung siapa.


7. Hukum affiliate dan dropship – dengan mendaftar i.e. persetujuan pemilik produk adalah HARUS


8. Selain ejen dropship dan affiliate dan lain-lain konsep ejen, tidak boleh jual barang yang tidak dimiliki. Sekalipun terdapat perselisihan pendapat untuk menjual barang yang tidak dimiliki, syarat yang dikenakan oleh ulama yang cakap boleh, adalah amat ketat.


9. Untuk produk affiliate dan dropship, TIDAK BOLEH guna istilah ‘produk saya’ kerana kita tidak memiliki barang tersebut. Boleh guna istilah "Produk Kami" kerana kita dikira wakil kepada penjual.


10. Agen tidak boleh menjual pada harga yang tidak dibenarkan oleh pemilik produk (buang harga), sekalipun pemilik produk memberikan harga yang murah kepada agen.
.

11. Untuk perniagaan secara berkumpulan, tidak boleh mewujudkan testimoni atau sokongan palsu.
Contohnya, bila ada salah seorang rakan post tentang sesuatu produk, kita ramai-ramai berikan testimoni dan sokongan yang tidak tepat. Ini banyak terjadi dalam grup yang menjual produk kesihatan.


12. Tidak boleh juga membuat bid palsu untuk menaikkan harga lelongan.


13. Tiada iklan yang memaparkan aurat. Tidak boleh promo produk yang menampakkan aurat.

NOTA KAKI . Ikut Syariat, hasil Berkat 





C&P (dari group wassap dan facebook)

Idea Deko Pokok Indoor

$
0
0
Nak deko bajet, tak perlu pun nak keluar duit tiap kali kita rasa nak ubah deko.
Matikler kalu spesis cepat boring macam saya ni asik nak kuar bajet kan.
Lainlah kaya-raya kan.

Saya nak share macam mana nak gabungkan 2 jenis pokok jadi deko yang cute jer.
Pokok money plant dan pokok lidah mak mertua tajam menusuk


Ni, pokok-pokok yang saya letak dalam bilik SOHO saya.
Erkkk... untuk minggu ini yer.
Pokok money plant besar dah bawak ke beranda semula
Bagi dia bercahaya dan berudara luar pulak.
Atas ni panas melampau, berbahang sebab tingkap sentiasa tutup.
So, saya gantikan pokok money plant kecik ni pulak.

Saya masukkan jer 3 pasu money plant kecik-kecik dalam pasu ni.
Setel 1 deko segar atas meja kerja.



Ni zoom in gambar dekat. 






Ini pulak pokok money plant dalam pasu besar sikit.
Saya combine dengan pokok lidah mak mertua.
Letak dalam bakul yang saya selalu letak buku atas meja kerja.





Letak frame gambar kat sebelahnya.
Siaplah deko simple dan jimat bajet.

Ini tatau la berapa minggu bertahan hehhehee. Saya suka tukar-tukar. Yang sama, tapi biar nampak kelainan. Takder la boring kan. Dah kater WAHM. 24/7 dok rumah. Dah tu jer benda nak hadap. Kenalah sentiasa ada perubahan. Penat sikit jer pun, takper sebab dah passion. 


IKLAN:
Berminat nak beli De'Xandra Perfume?
Boleh Whatsapp/Telegram saya:
013 - 255 0727

Susun Atur Pakaian Saya

$
0
0
Sejak dah tak kerja, konsep buat baju kurung cuma setahun sekali syawal datang lagi, merai kembali. Jika masa kerja dulu... wehuuuu dalam setahun tu, memang boleh jejak puluh helai tempah baju kurung. Itu belum lagi pembelian kemeja dan seluar slack.

Yer, saya memang kaki shoping! Mujor ler zaman kerja dulu belum fofular lagi online shopping ni, kalau tak memang akulah dewi online shopping! Klik-klik dihujung jari, licin duit gaji dalam akaun maybank hahaha.


Baju-baju kurung dan kebaya dah banyak sedekah kat anak sedara dan orang lain. Biasa bawak balik, suruh jer mak bagi kat sesaper. Elok-elok dan cantik lagi semuanya. Takper, daripada membazir tersimpan ajer, elok sedekah.

Ni saya nak share susun atur baju dalam almari saya. Tak campur dengan nizam, dia almari lain. Almari ni khas untuk jubah, dress, baju kurung, kemeja dan tops jer. T-shirt dan lain-lain tu saya just lipat dalam toyogo. Ni gambar lama, masa saya letak almari pakaian ni dalam bilik dania yang saya dah convert jadi SOHO :P


Umah saya takder perabot mahal dan lawa. Jangan carik, sumpah takkan jumpa huhuu.
Ni lemari yang beli 1 set dengan set bilik tidur, masa kitorang baru kawen dulu.



Saya susun pakaian takder la kemas pun.
Lagi-lagi kalau nak keluar, kemahen lagi belek-belek nak match dengan tudung hahaa.


Bahagian baju kurung, jubah dan dress.
Berapa helai jer ada baju kurung hahahhaa.



Saya asingkan fabrik plain dan bercorak.
Kiri plain, kanan bercorak.




Ruangan sebelah lagi ni untuk kemeja dan tops.
Bahagian bawah tu ada ruang kosong, jadi saya susun comforter.
Lipat dan tekan-tekan, muat la 3 helai comforter. 




Pun sama, saya asingkan fabrik plain dan bercorak.

Simple jer susun atur lemari baju saya ni. Takder la sampai tahap nak warna hanger sama. Asal mana hanger tercapai dek tangan masa nak sangkut baju lepas cuci, ituler saya guna. Takder kerajinan lagi nak segigih itu. Maklumlah, beli hanger pun pelbagai warna :)

Cuma baju nizam, dia memilih hanger. Dia taknak hanger yang ada lekuk-lekuk kat bahagian atas. Sebab nanti katanya bahu baju akan jadi tak cantik. Amboi, pakai jer lah takat t-shirt jer pun. Nak jugak tu mengada-ngada kan.


Okey... dah gaji kan? Saper nak beli De'Xandra Perfume boleh contact saya tau :P sempat lagi tuuuu. Ok bye uols... nak layan tv jap sebelum Hariz balik sekolah lagi 2 jam. Heaven uols bila ada 'me time' hehhehhee. Dapatlah masa bertenang dan untuk rehatkan diri.


Langsir Alter dah Siap!

$
0
0
Dah siap... padahal dah nak 2 minggu lebih dah pasang.
Entry antar langsir untuk alter saya dah share kat entry ni.

Ini langsir daripada kain yang asalnya kain untuk baju pasang.
Inilah rupanya setelah dicucuk besi dengan jayanya.

2 keping corak bunga halus mulus
Sekeping plain kaler oren.



Nak ganti langsir dalam bilik letak almari baju ni.
Ingat lagi tak, dulu bilik ni kaler coklat + putih.
Dah cat kaler putih + pink... lama dah.
Dulu asalnya bilik Dania, pastu jadikan bilik letak lemari baju.

See, langsir keras kejung!
Kain murah macam ni la, tak cantik hasilnya.
Bukan berlagak, tapi inilah kejadiannya.
Keras kejung kaku kembang kat bawah. Dok lawa lasung!

Sedia untuk make-over-lah sangatttt!



Hasilnyaaa.
Taraaaaa... gambar kabur ler pulak hahaha

Kawan ayu dah cakap, langsir oren tu pendek sikit banding yang bunga.
Memang pun Sue oii, sebab kain oren tu 2 meter jer.
Sebab asalnya nak buat baju melayu hariz masa dia umur 3 tahun hihi
Beli baju ready made, tak jadi la buat baju dia.
Terperam kain tu 2 tahun lamanya sebelum di 'convert' jadik langsir.


Its okey senteng selai pun, kita kasik kaver baekkk punya!

See, dah tak nampak kependekan kain itu hehehhee.



Ni zoom ini corak bunga kain ni.
Cantik dan sweet jer kombinasi kalernya.
So boleh juga gandingkan dengan kain plain warna pink atau merah.
Mix & match gitew.





See, cantik sangat flowly kain ni kan?
Mana tak flowly dah kain licin hahahhaa.
Dekat bahagian besi-besi tu pun kemas jer jadiknya.


Jadi uols, kalau nak kain corak comel-comel dengan kain lembut, bolehlah try beli kain untuk buat baju hihiii. Tapi kena pakai banyak kain la sebab bidang kain ni cuma 45' ke 42'... ntah ler, saya pun tatau bab bidang-bidang kain ni. 

Okey uols, selamat berhujung minggu.
Taip laju-laju, jap lagi bersiap nak gi Tesco nak beli barang dapur.



NOTA PENTING:
Saya jual De'Xandra Perfume :P

Whatsapp/Telegram:
013 - 255 0727

Dilema nak tukar sarung sofa

$
0
0


Dari mula-mula tengah pilih sofa masa nak beli dulu.
Kitorang laki bini memang tak berkenan sopa corak bunga-bunga.
Nak yang plain ajer sebab lebih simple dan tak messy.

So, bila beli yang ni masa tu terus tanya kakak promoter.
Kalau tukar sarung kusyen berapa harga.

Tercirit dengar!
Sarung kusyen: RM700
Sarung body sofa: RM700
So kalau tukar keseluruhan RM1400 *belum termasuk GST kot.

Harga tu termasuk kain dan upah jahit.
Okey... tabahlah dengan corak-corak bunga kembang semangkuk ni.
Sampailah sekarang. Memang asik rasa nak tukar, nak tukar, nak tukar!


Then, alhamdulillah. Ada rezeki dari bisnes De'Xandra Perfume.
Boleh la kalau nak tukar sarung full set tempah dengan Fella.

Tapi, rasa sayang pulak nak keluarkan sedebuk RM1400 tuh.
Lagi pun, yang tak berkenan, cuma sarung bunga-bunga jer.
Sarung body sofa saya suka, kaler cream pekat camni.
Boleh match dengan warna sarung sofa sama, warna coklat atau kaler-kaler lain.
Kerana berani main dengan warna.
Tapi, ayu suka kaler cream dan coklat jer. Sejuk mata mandang.


Kelmarin ayu call Fella Design Customer Service.
Hampeh takder jawapan, membazir kredit tepon iols jer.
Nak call dulu tanya sebelum pergi.
Sebab Fella Design HQ Bukit Subang tu jauhhhh.
Kalau branch lain ada pilihan fabrik jugak, nak ke situ jer.

Dah tepon tak berangkat pulok.
Hari ni atau esok plan nak ajak nizam terus ke Bukit Subang tu jer.
Sekali dia kerja pulak. Hmmmmmm.

Ada jugak tanya jiran dulu yang ayu pernah tempah re-upholstery sofa dulu.
Dan erkkkk... sofa tak siap tu hahahhaa
Dia cakap boleh, upah RM350.
Dah ok tu... kain pulak dia cakap 7 meter dah cukup.

Hmmm... nak kena tawaf ke kedai kain pulak yer.
Tapi, tatau lagi nak tempah dengan Fella, dengan dia atau dengan kawan lain.
Ada jugak yang boleh buat.
Cuma nak survey harga dulu, mana lebih berbaloi
Nak fikir jugak kualiti jahitan camner nanti.
Kalau yang dah biasa buat ok la..
Sbab sarung ni jenis ada piping, kalu takder lawa ke nanti?

Dilema... dilema... kang ada jugak takdan tempah duit abes dulu hahaha.
Sementara tu, nak google-lah kaler-kaler fabrik sofa yang lawa.
Tapi rasanya nak warna sama dengan body sofa atau kaler coklat jer.
Senang nak match dengan pelbagai warna atau corak throw cushion. 

Okey... beranganlah dulu!

DIY Gubahan Bunga Sempoi!

$
0
0
Masa Ayu dok Shah Alam dulu, dan masih kerja.
Mak ayu (budak-budak panggi Nenek Jah) selalu datang.
Bila ayu pergi kerja, dania duduk la dengan mak kat rumah.
Lagi-lagi masa adik ayu duduk dengan kami kat Shah Alam.
Arwah abang pun ada lagi, jadi mak tak risau nak tinggalkan rumah kat kg.

Mak suka minum air teh.
Jadi, ayu belikan mak bekas air besi cam nie.


Bila dah pindah Semenyih, tatau selit kat mana hahaa.
Sebab bila jarang pakai, tak suka la nak letak atas rak. Semak.
Mak ada tanya jugak, dulu rasa ada bekas air besi. 
Hihi, saya jawab, ntah la kat mana. Guna jer la jag plastik.


Rupanya ada dalam almari.
Itu pun kebetulan carik barang dalam tu.
Bila mak datang nanti, boleh la guna semula hehehe.

Eh, sementara tu... boleh jadikan 'pasu bunga' ni.
Kang sekarang ni tengah 'in' vase besi camni.
Yelah, nak gi Ikea tak pegi-pegi kan.
Aku belasah jer guna bekas air pun hahahhaa.

Lagi pun pasu putih yang ayu biasa isi pokok ni dah guna untuk letak bunga hidup.
Jadi, sebagai pengganti, gunalah yang ni.
Pun bolehhhh!

Kita tengok apa jadiknya. Cantik ke selekeh hahaha.


Sedia untuk di-transform-kan!




BERTUKAR!

Apekah ini yang dinamakan kreatif & inovatif? Ahaks
Bolehla sementara beli pasu lain pulak kan!


Okey, nanti saya share gambar saya tanam pokok lidah mak mertua dalam pasu kecik cinonettt jer. 
Kejam sangat sebab takder ruang untuk pokok tu menambah zuriat hehehe.

Okey, petang sket InsyaAllah saya update entry tu yer.
Tunggu!

Kembali Bersiaran Bila Laptop dah 'Sehat'

$
0
0
Assalamualaikum.

Petang Selasa minggu lepas, laptop ayu rosak. Buat kerja kat ruang tamu, pastu Hariz tekan apa ntah, terus rosak. Kebetulan nak rosak kat tangan dia, jadi sedapla mama dia ngadu kat papa dia hariz rosakkan laptop hahah keji perangai!

Disinilah bermula ceritanya. 




Huhuuuuu. Hari Jumaat hantar repair, then Sabtu petang dah boleh ambik. Hard disk rosak. Data semua takleh selamat. Syukur folder gambar dari tahun 2010 - 2014 selamat. Itu pun sebab pernah hantar kedai sama untuk repair laptop tahun 2014 dulu, dia ada buat partition lain, dan dia save dalam tu gambar-gambar.

So dari tahun 2014 lepas labtop repair dulu hinggalah 2015 dan Mac 2016 semua dah takder gambarnya. Oh sedeh. Syukur gambar arwah abang ada lagi dalam folder yang selamat tu. Tapi memang banyak la gambar family tahun 2014 - Mac 2016 tu. Sedehnya. Sebab dah lama ayu tak upload kat memana tempat lain. Huwarghh nyesalnya, asyik bertangguh ajer :(

Data-data bisnes, html code blog pun semua arwah. Kena mula dari scratch. Seksanya lahai rasa. 


Hard disk baru RM220.
Format + install Adobe Photoshop & AI: RM68

Pastu saya beli laptop cooler: RM38.

Gitu laa, RM336 melayang soobb sooobbbbb.

Staf kedai tu cakap salah satu faktor hard disk rosak sebab laptop panas. eh! dah sejuk apa ai pasang table fan tau tetiap kali guna ahhaha. Yer, memang pun laptop ni cepat panas. In fact, bateri pun dah kong terus. Yelah, dari tahun 2010 lagi beli.

Dia cakap, laptop macam baru lagi. Hehehe, biasalah iols cermat, sayang barang, bukan senang nak dapat kan, kenalah jaga sepenuh kasih dan sayang gitu.


Inilah wajah barunya. Bukan beli baru, tapi baru perabih duit tuan dia huhu. Nak taknak pasni kena gigih save gambar tempat lain, selain hard disk laptop jer.


Inilah sebabnya seminggu saya tak update blog. Dengan blog client lagi nak kena kaver entry terlepas. Nanges mak uols!

Okey, saya ada beli 3 pokok bunga kenit-kenit Jumaat lepas. Tunggu tau... nanti saya share. Oh! Ketapang Brazil belum beli lagi, masih rasa sayang duit nak beli ahaks!

Jumpa lagi. Nak masak dulu, jap lagi Alish balik solah. Dia dah order nak makan ayam gorengggg ksc (*kfc).


P/S: Jom beli De'Xandra Perfume. Bond Her & Bond 9 ada banyak stok. Let's borong uols!



De'Xandra Couple Set| Bond 9

$
0
0
Masih tercari-cari bauan De'Xandra mana satukah untuk diri anda dan pasangan?

De'Xandra Couple Set:
The Scent of Peace: Bond 9 
for Her & for Him

ialah pilihan yang patut anda cuba!



Bandingkan harganya.
Jika boleh berjimat, mengapa nak bayar lebih?
Sedangkan kualiti De'Xandra hampirrrrr setanding yang original.


Harga:

Sebotol: RM65 / RM70 (SS)

2 botol: RM120 / RM130 (SS)


Whatsapp/Telegram:
Ayu Rashid
013 - 255 0727

Erti Sebuah Kehilangan

$
0
0
Hi semua.
Dah petang baru dapat naik kat SOHO, on laptop.
Membebel sikit kat sini, lepas tu nak update blog client.
Banyak nak kena kaver sebab laptop rosak minggu lepas.

Mood nak buat kerja, sejak Isnin lepas sangat teruk.
Mujor ada Pamoga tak kerja dengan majikan.
Kalau tak, mau kene sekeh kepala dengan boss kerja asik tak siap.
Dan, erkkk tak perfect!

Isnin pagi minggu lepas.
Ayu dapat perkhabaran duka daripada salah sorang sahabat ayu.
Bondanya telah kembali ke rahmatullah.
Ayu pernah jumpa arwah beberapa kali masa belajar kat MMU.
Baiknya arwah, malah pernah bagi ayu duit raya.
Dah besar dapat duit raya lagi, terharu rasa.

Since dapat berita tu, ayu rasa tak keruan.
Apakan daya jauh, tak dapat menziarah.
Nak call kawan ayu tu, tak sampai hati rasanya.
Nanti ayu pulak lebih sudu dari kuah menangesnya.
Bertambah duka sahabat ayu tu.

Hanya doa mampu dikirimkan.
Semoga arwah tenang disana bersama kekasih Allah.
Dan semoga sikit demi sedikit, mereka sekeluarga dapat lalui dengan tabah.

Kehilangan ahli keluarga memang menyakitkan.
Ia umpama separuh jiwa kita direntap.
Luluh hati, sesak nafas menyucuk-nyucuk setiap kali nafas dihela.
Rasa macam mimpi.

Ayu dapat selami perasaan sahabat ayu tu.
Sebab 2 kali ayu lalui kehilangan mengejut.

3.6.2003. Semester akhir ayu di MMU (extend 1 semester masa ni).
Arwah ayah meninggal sakit jantung.
Sesak nafas, then beberapa belas minit lebih kurang terus meninggal.
Tak sempat arwah lihat ayu grad :(

Then, sebuah lagi kehilangan.
It was on 8.12.2014.Arwah abang, pernah masuk wad sebab demam kuning.
Sebulan lepas tu, masuk wad lagi sekali.
Petang ayu datang melawat, dia dah koma.
Koma mata terbuka, ingatkan dia sedar.
Sebab dalam drama biasa tengok orang koma mata pejam.
Rupanya koma.

Tak boleh lupa, airmata dia meleleh masa tu.
Ayu bayangkan dia berusaha nak bukak mata
Nak tengok Dania, sebab dania kesayangan dia.
Pasti dia tak mampu, walau dah cuba sedaya upaya.
Menjelang subuh esoknya, dia pergi jua.

Selain tu, kehilangan ahli keluarga lain ada.
Macam emak saudara, sedara-mara.
Tidaklah terasa sangat.
Cuma emak saudara ayu yang meninggal sebelum mak ayu sakit.
Tu mak sedara paling rapat dan ayu sayang sangat.
Sebab dia paling rapat dengan mak, selalu datang rumah kami.
Pernah datang rumah ayu masa di Shah Alam dulu.

Allahu rindunya pada mereka. *nanges*

Bila insan yang terdekat dan kita sayang pergi.
Kita akan rasa lost. Tak tau mana nak mula semula.
Rasa takder daya upaya nak lalui.
Setiap benda yang berkaitan dengan mereka.
Akan ingatkan kita pada mereka.

Nak pulihkan rasa sedih tu memang tak mampu.
Cuma sikit demi sedikit, kita kena bina kekuatan.
Nanges tu biasa. Normal. Nangeslah sepuasnya.
In fact, sampai sekarang, bila ingat arwah ayah dan abang, memang nanges.

Kita pun tak tau bila kita pulak akan pergi kan?
Antara salah satu cara ayu pujuk hati ialah cakap kat diri sendiri.
"Aku juga akan ke sana, cuma tatau bila dan bagaimana".

Sesungguhnya hidup ini sangat singkat.
Umpama singkatnya waktu antara maghrib dan isyak!

Al-fatihah buat seluruh umat Islam yang telah pergi mendahului kita.
Semoga rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa bersama mereka. Amin.

Working at Home Mother: Antara Realiti dan Fantasi

$
0
0
Wow tajuk, wawawoommmm sangat kan? Hahhahaa.

Well, sedor tak sedor diri ni, 1/4/2016 hari tu.
Dah genap 6 tahun ayu jobless tak kerja makan gaji.
Eh, makan gaji jugak sebagai Ghost Writter..
Cuma yang bestnya kerja dari rumah.
Walaupun dah tak menjawat jawatan di mana-mana organisasi.
Tak pakai glemer-glemer pegi pagi balik petang.
Tapi, syukur apa adanya.

Dah 6 tahun tak kerja.
Pernah join MLM hahahha.
Pernah buat macam-macam bisnes.
Cuit sana, cuit sini... tak fokus macam tu la.
Tengok orang buat, nak buat.
Tapi sekerat jalan.
Sebab tak kena dengan minat dan rasa takleh buat.
Mana-mana yang rasa suka, boleh buat baru ayu akan buat
Dengan ungkapan 'happily ever after' hahahha.

Setakat ni, yang paling ayu suka buat ialah sebagai blogger.
Mungkin sebab ayu suka membaca, menulis dan berkongsi.

Ada juga kawan rekemen ayu buat bisnes tudung.
Buat jenama sendiri.
Oh! Saya sangat tidak berani ambik risiko tu.
Walaupun modal boleh mula dari sikit jer
Tapi, rasa tak minat.
Sedangkan jual tudung orang lain pun sekejap jer.
Apa lagi nak jual yang brand sendiri.
Tapi soon tatau la kan, kalau Allah dah kata saya usahawan tudung
Eh, kenapa tudung? Hahhaha. ok ni takder kaitan ngan Paridah yer.

As for now, saya fokus sebagai blogger bergaji bulan
Dan juga bisnes De'Xandra Perfume.
Saya suka bisnes De'Xandra. It's daily cash income source for me.
Boleh target nak berapa. Dan saya submit target tu pada si Pemberi Rezeki'.
And, i'll work for it.
As for now, since buat bisnes De'Xandra.
Alhamdulillah, banyak dah saya dapat capai dan selesaikan apa saya nak haha.
Yelah, komitment saya tinggilah jugak.
Dan, saya ni kaki shopping barang rumah.
Apa saya nak atau berkenan, i will work for it, sampai dapat.
Nizam dah tak kwase nak layan sebab bukan duit dia pun.
Saya tak susahkan dia, dia okey jer.
Cuma dia disusahkan bila saya suruh dia bawak saya ke kedai tu.
Pastu siap cakap kat dia, untung tau dapat bini usaha sendiri.
Hahhaa, keji sangat kan perangai.


Orang kata.
Jadi Working at Home Mother (WAHM) ni mudah.
Seronok, sebab takder tekanan, ada banyak masa, yadaaa yadaaa.
Biasalah... list yang best ajer hahaha.

Hakikatnya?
Dah 6 tahun lalui nih... agak-agaknya caner nak sampaikan ni.

Biasa-biasa jer uols.
Cabaran kerja makan gaji lain.
Cabaran kerja sendiri lain.

Lagi pun, hal kehidupan peribadi ni subjektif.
Setiap individu dan keluarga masing-masing kan berbeza.
Hidup ko lain, aku lain. Tak sama.
Jadi, raikan jer la.
Yang mana tak best tu, lalui jerlah walaupun kelat.
Yang best tu... wallaweiiii nikmati saja dengan senyum 15km.

Tapi, yang paling heaven tak kerja ni.
Takyah nak hadap orang yang kita tak suka setiap hari.
Contohnya, kalau kita tak suka boss atau opismate.
Kita takyah hadap muka dia hahaha.

Bisnes online pun ada jugak jumpa manusia yang kita tak suka.
Tapi, takyah hadap muka dia.
Abes urusan, abes la... takyah amik tau pun.

Eh, asik cakap kita tak suka orang.
Ntah-ntah orang lain tak suka kat kita kan hahahha.

Apa pun, saya bersyukur apa yang ada.
Saya tak kaya lagi pun, rasanya tak kaya-kaya kot hahaha.
Bersyukur setiap rezeki dan ujian Allah bagi.
Sekarang bukanlah masa saya nak berangan untuk masa depan saya.
Sekarang masa untuk bantu anak bina impian mereka.
Cabaran untuk mereka pasti lebih hebat.
Kalau dulu, nak sangat anak-anak berjaya lebih pada dunia jer.
Sejak dah sedor diri, dunia ni singkat jer, amal sendiri pun sendu.
Maka, anak-anak adalah harapan kami.
Takper, saya tak kaya dunia, semoga tak muflis akhirat memadai sangat dah.
Statement loser sangat hahahhaa.

Okey, mungkin saya akan share sikit-sikit tips pasal kerja dari rumah.
Atau mungkin janji tinggal janji kikikiiii.
Tengoklah kerajinan macam mana.

Okey uols, nak bersambung pula di blog client saya.
Sehingga berjumpa lagi. Assalamualaikum :)


P/S: Saper nak bisnes De'Xandra Perfume, boleh terus WA/Telegram saya:
013 - 255 0727

Crazy over Lancome Tressure Midnight Rose

$
0
0

Tresor Midnight Rose Lancome for women

The latest fragrance by the house of LancomeTresor Midnight Rose is announced as a seductive edition, successor to the last year's edition Tresor In Love in a purple flacon.
A new dose of Parisian romance provides a fragrant story beginning with passionate accords of raspberry and rich rose nuance. Love at first sight which happened between gentle rose petals and red fruit zest of raspberry continues with a hint of peony and jasmine, in an elegant and sophisticated way. Insolence felt in a heart comes from pink pepper and a dose of gentleness from currant buds. Base notes provide tranquility and comfort– composed of warm and soft vanilla, woody nuances of Virginian cedar and sensual musky veil.
Top notes: Raspberry rose absolute 
Heart: Jasmine, peony, currant buds, pink pepper 
Base: Virginian cedar, musk and vanilla




De'Xandra juga keluarkan inspired perfume 
Lancome Tresure Midnight Rose!




Saya pun dah cuba Lancome Tressure Midnight Rose!


Memang best baunya. Tahan lama dan semestinya mampu milik!
Inilah wangian harian saya di rumah.

Anak selalu cakap bila saya mula 'menyembur'.
"Amboi mama, mentang-mentang jual perfume, kat rumah pun asyik wangi jer"
Hahahhaha... sabor jer lah kan?

Korang dah cuba?
Rugi kalau tak cuba... memang walllaaaa besttt sangat.
Dah namanya Lancome kan...

Whatsapp:
Ayu Rashid | 013 - 255 0727

Weekend Datang Lagi

$
0
0
Pepetang lepas nap baru nak update blog.
Pagi fokus dulu update blog client dan uruskan order De'Xandra.

Eh! Nak tayang dulu pokok bunga keladi baru beli minggu lepas.
Pegi nursery lagi uols masa balik dari hantar laptop.
Nursery Sg Chua Kajang, yang pergi masa nak survey ketapang Brazil.

Sayu hati tengok pokok ketapang Brazil 3 pokok tu ada lagi kat situ.
Takder orang nak beli lettew, mahal sangat hahaha.
Eleh, diri sendiri tak mampu, dan-dan nak samakan org lain kan?
Keji sungguh perangai ni haaha.
Tapi, siapa tau kot salah satu pokok tu berjodoh dengan ayu kan?


Tunjuk dulu sejenis.
Ayu beli 3 jenis pokok renek-renek macam ayu untuk indoor.
Kalini, tak beli money plant dah hahah. 
Nanti ayu share gambar pokok2 ni dalam entry lain.


Skang ni, bawak turun laptop dan buku notes kerja dan bisnes kat hall.
Hari minggu, nak spent masa ngan family.
Tak balik kg, musim panas ni dok rumah lagi best. Ada ekon hahaha.

Lagi pun, InsyaAllah next week mak ayu nak datang.
Balik Keratong ambik mak jer nanti bila mak datang.
Lagi pun sekarang, hari Sabtu Ahad rasa sekejap jer.
Balik Keratong dah sampai malam sabtu, rasa letih dah.
Dapat rehat sehari jer  hari Sabtu.
Ahad dah nak balik sini semula.
Nak kemas rumah, pack barang, unpack semula... letih.

Hari ni nizam meeting dan ada jamuan kat opis.
Esok kalau dia rajin, nak ajak pergi Nilai 3 beli cermin besor.
Nak letak kat dinding tepi sopa. 
Nak tutup 3 cermin diamond senget kat dinding. 
Dapat tutup 3 cermin diamond tu, baru sedap mata mandang.

Hopefully kalau pergi, dapatlah carik cermin cantik dan murah.
Kalau ke sana, rasa nak pegi KK Home Decor.
Nak beli pasu putih untuk letak pokok-pokok renek hidup ni.

Okey, sekian ahhaa.
Nak update gambar-gambar De'Xandra Perfume untuk Agent.
Kena lebih sistematik since agent dropship dah bertambah.
Syukur Alhamdulillah, semalam 4 orang sign-up as agent dropship.
Bertambah juga agent DS ayu dari Sarawak.
Juga semalam yang daftar dari Johor Bahru, Selangor, Sarawak dan Pahang.

Ada lelaki dan perempuan dalam team Ayu.
Takper, kami bisnes secara profesional.
Ada sorang agent ds ayu yang lelaki, laju dia bisnes.
Betullah, bisnes perfume ni memang pasaran luas
Dan sesuai untuk lelaki dan wanita.

Ayu sentiasa doakan semoga kami dapat bekerjasama dengan baik.
Takder nak dengki ke apa. Kena sabar dan timbang rasa.
Sama-sama capai impian untuk jana income dengan De'Xandra.
Dan, takder la nak caras-caras sesama sendiri demi kepentingan diri.

Dalam bisnes berkumpulan ni.
Ayu pegang pada prinsip "we need two to tango".

Semoga kami semua berjaya dan mewangi bersama-sama.
InsyaAllah.

Eh, ada ke nak mewangi jugak?
JOM!!!

Update di Hari Sabtu

$
0
0
Hi.
Just a quick updates di hari Sabtu yang mendung tapi panas jugak cuacanya. 
Breakfast beli nasik lemak ajer, tu pun nizam tapau  jer.
3 beranak lagi malas nak ikut keluar, panas.
Tunggu jer makan kat rumah sambil tengok tv.

Tak tau la petang ni jadi ke tak pergi Nilai 3.
Ikut kerajinan nizam. Panas katanya.
Amboi, sejak bila nak jadi puteri obor nih hahaha.

Takper, kalau pegi hipp hipp hooreeey.
Kalau tak pergi, jimat bajet heh!

Tapi, kalau tak pergi hari ni atau esok, susah dah nak pergi.
Sebab next weekend nak ambik mak ayu datang sini.
Kalau mak dah kat sini, tak sampai hati nak tinggal dia gi jejalan.
Mak nak ikut, dah tak larat nak lama-lama dalam kereta.
Kalau ikut pegi pun takat dok dalam keter, lagi sendu.
Mesti mak taknak ikut. Tak sampai hati pulak.
Padahal ke Nilai 3 jer pun, hahaha.


Sementara tu, kemas-kemas sikit kat rak buku.
Cepatnya lahai berhabuk kan. Jenuh nak ngelap.

Ayu suka baca buku.
Daripada baca bukulah boleh juga dapat ilham untuk menulis.
Kalau boleh, tiap-tiap minggu nak beli buku.
Amboiii!

Baca kat internet tak sama dengan baca buku fizikal.
Feel tu lain. Rasa lebih puas dan hadam baca buku banding ebook atau online jer.
Makcik-makcik memang gini. Hahahhaaa.

Naper semenjak-duamenjak ni rasa macam dah berusia sangat ahaks!
Krisis umur sangat kan?

Okey. Nak berangkat ke blog client pulak.
Nak buat seminggu punya auto-publish entry.

Selamat berhujung minggu :)

5 Sebab Kenapa Saya Suka Bisnes De'Xandra Perfume

$
0
0
Assalamualaikum & Hi semua.

Saya nak kongsikan dengan korang, 5 sebab kenapa saya suka bisnes De'Xandra Perfume.




1. Bisnes De'Xandra Perfume sesuai dijalankan oleh wanita secara offline dan online.
Dengan konsep Stokis - Agent - Dropship, semua orang berpeluang jana pendapatan dengan bisnes De'Xandra Perfume. Pilih saja nak jalankan macam mana. Online, offline atau kedua-duanya. Saya memilih menjual secara Online sahaja kerana saya adalah WAHM.

Saya gunakan blog, facebook dan instagram sahaja untuk buat promosi. Erkk, yang paling saya suka gunakan BLOG.




2. Perfumes adalah produk 'pakai-habis'.
Maksudnya, bila dah habis, customer akan beli lagi dan lagi. Malah siap buat koleksi pelbagai bau lagi. So, repeat customer akan sentiasa ada. Haaa, best kan? Bila beli tu, sembur la banyak-banyak tau, dah habis beli lagi dengan saya mihmihh.




3. Kualiti De'Xandra Perfume.
Pati dan notes bau De'Xandra Inspired Perfumes memang tak dinafikan hampirrrrr sama dengan perfume yang di-inspired-kan. Saper penggila perfume, pasti faham apa yang saya maksudkan. Tak pernah try? Anda mesti contact saya untuk beli hehehe.




4. Support Group daripada HQ, Stokis dan sesama Agent.
Bisnes secara ukhwah saling bantu-membantu. Jangan risau, rezeki masing-masing Allah dah tentukan, tak perlu nak kedekut ilmu atau nak jeles-menjeles. The more we give, the more we get. Itulah konsepnya :)




5. Kawalan Harga dan Peraturan yang Ketat
Pernah dengar istilah caras-mencaras harga sesama agent dalam bisnes semata-mata kejar sales? Sampai ada yang sanggup jual bawah harga pasaran dah harga beli. Sanggup tak dapat untung asalkan barang jalan.

No No No!

Dalam bisnes De'Xandra buatlah kalau nak kena terminate keahlian sampai akhir hayat! Tak kantoi takper, kalau kantoi tanggungla sendiri. Rugi weh kalau tak boleh dah meniaga De'Xandra Perfume.


Jadi, peraturan yang syarikat tetapkan ni memang untuk jaga nama baik syarikat, brand dan adil untuk semua. Beli kat HQ pun harga sama dengan Agent jual. Adil untuk semua. Jadi, dapatlah berbisnes secara berhemah.

Kalau ada lagi yang masih main harga tu, takper tanggung la sendiri. Tak baik aniaya sesama orang kan. Kita nak duit yang berkat.



Jika anda nak jadi sebahagian team Oh Wanginya De'Xandra
Anda boleh hubungi saya.

Ayu Rashid
013 - 255 0727
(Whatsapp / Telegram sahaja)

Telekung Kanak-Kanak Cantik Sangat!

$
0
0
Assalamualaikum.

Jika ada ibu-ibu yang sedang cari telekung untuk puteri anda atau untuk dihadiahkan kepada anak sedara atau sesaper saja, saya rekemen anda beli telekung Iman Aisyar.

Telekung Iman Aisyar



Lagi pun, kita dah masuk bulan Rejab.
Lagi 2 bulan InsyaAllah kita akan sambut bulan Ramadhan pulak.
So, inilah masa sesuai nak beli telekung baru untuk puteri kita.

Saiz ada untuk usia 8 - 12 tahun.
InsyaAllah, ia pasti selesa untuk puteri-puteri kita.

Pilihan warna pun sangat cantik & lembut.
Yang istimewanya ialah tambahan kombinasi lace yang sangat sweet. 
Memang cantik sangat!

Mesti anak-anak makin semangat dan happy nak solat.








SAIZ 12 - 14 TAHUN


Banyak lagi pilihan warna anda boleh pilih.


Material:
Turki Poly Cotton + Eyelash Lace


Instagram:
@iman_aisyar


Whatsapp
Puan Liza Ahmad:
012 - 283 7513 @ 012 - 223 3941

Penghantaran seluruh Semenanjung & Sabah/Sarawak


MAKLUMAN: Membeli sambil menderma
Dengan setiap pembelian Telekung Iman Aisyar
RM5 akan disumbangkan kepada rumah kebajikan dan anak-anak yatim.

"Mama nak Caliph, kami suka Caliph"

$
0
0

Sekarang ni, cuaca panas sangat kan?
Selalu fikir, kesian anak-anak kat sekolah. Panas.

Mak dia dok rumah selesa berekon dan berkipas.
Panas sikit, mandi. Walaupun mandi air paip pun dah rasa suam!
Keluar bilik air, berpeluh semula hahahaa.
Redha jer la, semua tu kehendak Allah.

Bila anak-anak sekolah pagi dan petang.
Mereka mesti penat. 
Bangun pagi, balik tengahari terkejar-kejar nak ke sekolah pulak.
Dania, kalau pukul 9.30pm dah mula nak tidur.
Kadang-kadang kalau kitorang keluar makan.
On the way balik ke rumah dia dah tidur dah.





Lama dah saya carik supplements untuk dania dan hariz.
Akhirnya, saya beli Caliph Supplements Kids.
Jus Caliph ni tengah 'in' kerana khasiat dan keberkesannya.
Harga pun ok-ok jer. Kategori mampu beli, InsyaAllah.
Lagi pun, untuk anak jika mampu apa salahnya kita beli.




Saya beli 2 botol. 
Dania minum sebelum pergi sekolah pagi dan malam sebelum tidur.
Dia cakap sedap!
Malah, nak minum tu siap nyanyi-nyanyi lagi.
"Mama nak Caliph, saya suka Caliph".
Amboi... drama sangat hahaha.


Kat packaging Jus Caliph ni ada tulis:
Nutritional Facts, Ingredients dan cara pengambilan.
Senang nak refer sebelum bagi anak-anak consume.

Yang menariknya, 
Jus Caliph ni boleh diminum oleh kanak-kanak seawal usia 1 tahun.
Ayu yakin dengan produk keluaran Puan Felinna.
Kenal tak Puan Felinna tu saper?

Tak tau, sila google atau search kat FB.



So, kepada anda yang berminat nak dapat Caliph Supplements fo Kids
Oh ya,  ada jugak Cereal tau. 


Mana nak beli?
Anda boleh beli kat sini:

Blog


Instagram:
salisa_garden05
salisa_caliph_supplement

Whatsapp:
019 - 7190 779


P/S: Penghantaran seluruh Semenanjung dan Sabah/Sarawak.

DIY Cuci Ekon Cincan-cincai

$
0
0
Dasat tak kitorang?
Sejak guna ekon dah lebih 6 tahun, tak pernah servis.
Jangankan nak upah servis atau tambah gas ke apa kan.
Cuci pun tak pernah.

Beli ekon ni sejak zaman ayu kerja lagi.
Bayangkan dah berapa tahun tu, ada la dekat 8 tahun.

Skang, musim panas yang amat.
Ekon memang manjang on.
Nasib baik  jenis inverter dan 1.5hp jer.
Itu pun menggigil nizam nak bayar bil

Sejak musim tambah panas ni, ekon dah macam tak sejuk sangat.
Pastu mintaklah nizam panggil orang servis.
Dia cakap, cuba cuci dulu mana boleh.

Sekali bila bukak tu...


Hamik ko, takder ruang udara langsung nak kuar-masuk hahahha.
Mana la nak rasa sejuknya lahai.



Nizam pun cucilah benda alah ni. Eh tatau la nak panggil apa kan hahaha.
Dah bersih dengan jayanya.



Nizam cakap, cuba dulu pasang bila dah cuci ni.
Kalau tak sejuk jugak baru panggil orang servis.



Ayu suh nizam sedut-sedut sket dalam ekon tu guna vakum



Maka, gigihlah nizam menyedut habuk-habuk yang dah berumahtangga dengan jayanya dalam tu,

Alhamdulillah, dah sejuk!
Jimat duit buat sementara waktu ni.
So far, gas sejuk dia tu masih rasa kuat lagi. 

Sekian, entry pasal ekon kala musim panas ni.
Mandi air paip pun rasa suam-suam gitu haaha.
Kuar bilik air berpeluh semula. 
Jimat karen takyah dah dania mandi air suam pepagi nak gi sekolah.
Jimat guna water heater, tapi berganda-gandaaaa pulak guna ekon dan kipas :P

Semoga akan turunlah hujan rahmat.
Amin.

Pindah SOHO la pulak!

$
0
0
Assalamualaikum.

Dah Jumaat dah kan, dan hari ni dah pertengahan bulan April dah. How time flies! InsyaAllah, start hari Ahad ni, mak ayu atau anak-anak panggil Nenek Jah akan tinggal dengan kami. Tak tau la berapa lama kali ni mak dok sini hehehe. Biasa paling lama sebulan lebih, dah mula rindu nak balik kampung. Biasala, rumah sendiri jugak yang paling selesa.



Semalam bincang dengan Nizam, nak beli tilam bujang satu. Beli yang ringan jer senang nak angkut turun-naik tangga. Sebab sekarang ni cuaca makin panas, rasanya tak sanggup mak dan dania tidur dalam bilik. Ikutkan dania tu, memang manjang nak ber-ekon. Ohoiii, kejung la Nenek Jah kesejukan hahaha. Biasa bila dania dah lena dalam pukul 3am, Nenek Jah akan off ekon. Dania bukan sedar pun ahaks. 

Sekarang ni, ekon dalam SOHO ayu jer berfungsi. Ekon bilik kami tak berfungsi. Tak sejuk. Mula-mula orang pasang lagi dah tak sejuk. Pasang tak sampai setengah jam, terus tak sejuk. Dah sekali mamat tu datang tengok, dan konon betulkan. Tak jadik jugak. Pastu terus tak datang-datang. Macam-macam alasan bagi. Mula-mula tu sepupu mati accident la, pakcik sakit la, kerja la. Eh, time mintak pasang mula-mula boleh pulak menipu majikan sampai ambik MC, ni bila time nak kena betulkan balik apa dia silap pasang, banyak alasan. 


Pastu nizam diam ajer. Nizam ni jenis tak banyak cakap, bukan macma bini dia hahah. Haaa budak ekon, makan la duit tak halal tu, dah la ekon biasa dikatanya inverter. Ayu siap check lagi website Sharp, ekon tu jenis biasa. Ni utk mengesahkan lagi cina kedai ekon ni cakap bukan inverter. Yelah, bila inverter kan upah pasang lagi mahal. Sedap jer dia kelentong kitorang. Hampeh betul!

Ayu dah cakap kat nizam, kalau benda-benda camni, tak payah la suruh orang Melayu. Bukan racist atau taknak tolong bangsa sendiri, tapi tengok lah! Dari masa dorang dok pasang lagi, ayu dah pelik. Apsal lama sangat ambik masa. Cina datang pasang masa ekon kat bawah dulu dan dok SA dulu sekejap jer dah siap. Ini dari 11am sampai 6pm lebih baru siap. Kalau jadik takperlah. Dah double cost nak upah orang. Eiii, terbayang muka dia sakit jer hati ni. 

Ni nizam tengah mencarik lagi orang datang tengok semula. Kena bayar harga sama pasang baru atau kena bukak pasang semula pun takperlah, nizam bayar. Asalkan dapat berfungsi. Takper ko mamat, iols tak halal duit tu. Buat la kerja macam tu, tak berkatnya hidup.

Hari ni, nak kena alihkan meja kerja ayu ke bilik ekon tak sejuk tu. Nak beri laluan pada dania dan nenek jah tidur dalam bilik SOHO ni. Dania ni, kalau tidur dia nak berkepit. Nenek suruh dia tidur atas katil, dia tidur kat tilam atas lantai pun dia takut. Manalah muat katil bujang nak tidur berdua hahahha.

So, ayu kena letak meja kerja dalam bilik master tu. Alahai, berpanas la daku sementara ekon ok semula. 


Okey, sekian bebelan. Bye!

Idea Deko Bajet | Pokok Hidup Dalam Rumah

$
0
0
Bila ada pokok hidup dalam rumah, rasa segar jer.
Lagi-lagi bila manjang ON ekon.

Memandangkan belum terrrrr-beli lagi pokok ketapang brazil.
Saya jenguk la kat beranda, pokok apa buleh angkut letak dalam rumah.

Akhirnya. Ni pokok saya pilih.

Letak tepi rak tv






 Deko caca-marba. Nak kaler apa, macam-macam ado.



 Subur menghijau pokok ni.
Beli RM belas-belas jer. Murah!


 




 Bajet sangat kan deko ni.
Sepasu pokok dah boleh ubah view dan mood :)
Hijau-hijau dan segar-segar gitu.
Ada pokok lain, boleh gilir-gilir.
Sambil bagi peluang kat pokok amik cahaya.


Okey, jumpa lagi.
Nanti saya share lagi gambar pokok-pokok bunge saya.
Opsss! Tak citer lagi kan, pokok bunga saya sepasu kena curik Khamis lepas.

Alahai, syukur Malaysia masih aman.
Hahahahha. Sabor jer lah!

Viewing all 991 articles
Browse latest View live