Quantcast
Channel: Ayu Rashid Design
Viewing all 991 articles
Browse latest View live

Dekorasi Ringkas Bilik Anak Perempuan

$
0
0
Menjelang sebelum bermulanya sesi persekolahan 2018 yang lebih kurang lagi 3 minggu, mesti ibu-ibu ambik peluang nak mengemas dan menyusun atur bilik anak-anak. Masa ni la ada kelapangan dan semangat nak deko terus bilik anak-anak. Kasik mereka semangat nak belajar dalam suasana yang lebih kemas, teratur dan cantik.

Tak perlu berbelanja besar atau membeli barangan deko baru. Cukup sekadar kita cuba jadi kreatif dan buat sedikit kelainan berbanding biasa. 

Ni saya nak share deko bilik anak perempuan saya. Ni kompilasi gambar-gambar yang melintas di memory facebook saya. Saya save then upload semula dalam blog ni untuk inspirasi kita bersama. Sebab tu ada gambar dengan cadar dan langsir berbeza, sebab bukan gambar yang snap dalam waktu yang sama :D


Items deko yang paling jimat, mudah tetapi cantik ialah bila kita letakkan pokok hidup seperti money plant. Just letak jer dalam pasu atau bekas yang nampak menarik dan presentable. Serikan lagi dengan frame gambar anak disebelahnya. Senang kan?




Pemilihan warna untuk dinding bilik, perabot, cadar, sarung bantal, langsir dan karpet juga memainkan peranan untuk menyuntik seri bilik. Gabungan warna senada pasti memberikan suasana yang damai untuk anak berehat, tidur dan belajar. Jangan guna terlalu banyak warna, nanti nampak serabut pulak :P


Nak lagi menarik dan ruang bilik terasa segar dan sejuk mata memandang? Hiaskan dengan sepokok fiddle leaf fig atau ketapang brazil. Pokok hidup tau heheh. Pokok artificial pun banyak dah jual sekarang, boleh jugak nak guna yang aritificial pun. Tetap nampak cantik dan menarik. Cuma, takder la kitaran proses pertukaran gas oksigen - karbon dioksida antara kita dan pokok. Boleh laa, asalkan cantik :)

Hiasan di wall juga mainkan peranan. Selain lukisan bergambar macam ni, kita boleh letak frame ayat kufi, frame tulisan-tulisan macam yang banyak dijual kat Kaison. Semuanya boleh kita pertimbangkan untuk dijadikan hiasan wall. Hiasan tak perlu sarat, nanti berserabut pulak mata melihatnya.


GAMBAR BAWAH:

Ini pulak gambar bilik yang sama, tapi pada masa yang lain daripada gambar-gambar kat atas. Dekorasi ni nampak agak serabut sebab penggunaan cadar, langsir, roman blind, sarung bantal, throw cushion dan hamparan tikar yang macam-macam corak dan warna adoooo. Sebab tu la saya kata kat atas tadi, kombinasi warna penting dalam dekorasi.


Less is more. 

Yang ni, cukuplah sekadar kita cuci mata saja. Sebab saya rasa, sekejap jer dekorasi saya macam ni, sebab saya memang suka tukar-tukar deko dalam rumah. Cepat bosan dengan keadaan yang sama. Dapat tukar cadar dan langsir pun dah ok untuk nampakkan kelainan. 

  


Jika ada gambar dekorasi bilik anak, saya akan share lagi. Till then, selamat mengemas dan bersedia untuk sesi persekolahan 2018. Dah beli ke persiapan sekolah anak?

Balm Tasneem Naturel Masuk Majalan Pa & Ma

$
0
0
Kaum wanita, khususnya para ibu dan bakal ibu kat Malaysia ni mesti tau dan kenal Majalah Pa & Ma, kan? 

Majalah Pa & Ma ni, majalah yang boleh jadi rujukan dan must have magazine untuk kita. 

Macam-macam info dan ilmu kita boleh dapat daripada majalah ni, bermula dari proses sebelum kehamilan, semasa kehamilan, persediaan bersalin, berpantang sehinggalah melahirkan dan menjaga bayi dan kanak-kanak. 


Alhamdulillah, founder Tasneem Naturel dah ambik inisiatif untuk menyebarkan info dan manfaat Tasneem Naturel Balm melalui Majalah Pa & Ma. 

InsyaAllah balm Tasneem Naturel akan semakin dikenali.

Kami akan menyebarkan kebaikan setiap balm dan membantu ibu-ibu yg ada masalah anak yang sukar tidur, tantrum, kembung dan selesema.


Dah kenal ke, duta cilik Tasneem Naturel? 

Inilah dia, bayi paling comel iaitu Dhuha Sofea, yang dilantik sebagai duta Tasneem Naturel. Baby Dhuha juga adalah pengguna tegar keempat-empat balm Tasneem Naturel.



Jika anda berminat nak beli balm Tasneem Naturel, anda boleh hubungi saya.
Ayu Rashid
WA | 019 - 989 8341


5 Tips Bercuti dan Bermalam di Hotel Bersama Bayi

$
0
0
Bercuti dan bermalam di hotel dengan membawa bayi, mesti rasa mencabar kan? 

Jom kita sama-sama baca tips bawa bayi bercuti dan bermalam di hotel. Manalah tau, ada rezeki nak jejalan duduk hotel kan hehee.


1. Pilih bilik hotel yang selesa ikut berapa orang ahli keluarga yang kita nak bawa. 
Ini memang melibatkan bajet la kan. Sebab saiz bilik dan facilities yang kita akan dapat bergantung jugak pada bajet yang kita sanggup leburkan keluarkan. Tapi, bila ada bayi, kenalah extra lagi perkara yang kita perlu fikirkan, agar semua ahli keluarga yang pergi rasa selesa.




2. Bawa extra keperluan khusus untuk bayi.
Contohnya seperti comforter atau quilt, bantal bayi dan tuala. Takmau la kasik bayi guna tuala hotel. Saya kalau duduk di hotel masa takder baby pun, saya akan sentiasa bawa selimut, cadar dan bantal. Sebab kita mungkin perlukan lebih dan jika anak-anak jenis cerewet dan bantal hotel mungkin terlalu tebal untuk anak-anak, apalagi bayi. 

Jangan lupa bawak minyak telon, manalah tau kang kembung perut atau kesejukan pulak dok dalam ekon. Balm bayi pun jangan lupa bawak siap-siap. Pakaian tidur yang selesa dan stoking pun mesti ada, maklumlah dalam hotel kan ber-ekon. Kalau baby tak biasa tidur dalam ekon kat rumah, kesian dia tetiba bersejuk sampai ke pagi. Kalau tak selesa, mau baby menanges. So, prepare semuanya elok-elok. Buat list sebelum pergi, senang nak buat senarai semak.




3. Aplikasi HP atau laptop install siap-siap bacaan MP3 surah-surah pilihan, terutamanya Surah Al-Baqarah.
Yang ni, saya tak perlu ulas, kita mesti tau sebabnya kenapa kan? Seeloknya, jangan bagi bayi masuk dalam bilik dulu sebelum orang dewasa masuk. Orang dewasa yang mula-mula masuk tu (biasanya si ayah la kan?). Pastikan bagi salam sebelum masuk, baca surah-surah yang perlu dan pasang siap-siap surah Al-Baqarah. Lepas tu, baru bawa bayi masuk bilik.




4. Check-in hotel sebelum waktu Asar.
Rancang perjalanan supaya kita sempat check-in hotel sebelum waktu Asar. Biasanya pukul 3pm kita dah boleh check-in. So,  bila dah masuk bilik tu, cubalah untuk tidak keluar dari bilik sehingga lepas waktu maghrib. Pasti kita tau kenapa kan?




5. Pastikan bayi sihat, kenyang, dah mandi dan rasa selesa
Bila bayi dalam keadaan yang selesa, InsyaAllah semuanya akan ok. Percutian kita pasti lebih menyeronokkan dan memberikan kenangan yang manis.



Saya pernah kena, masa tu anak sulung saya umur dalam setahun lebih. Bawak pergi Port Dickson. Check-in hotel dah malam. Haaa, malamnya dia melalak-lalakkkk. Nasib baik pergi tu sekali dengan family kakak nizam. Kalau kitorang 3 beranak ajer, memang time-time tu jugak kami check-out hahahhaa.

So, apa saya tulis ni berdasarkan pengalaman tu la. Sebab tu saya banyak kali tekankan tentang bacaan surah dan waktu check-in biarlah sebelum waktu asar. 

Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan Allah walau di mana jua kita berada. Selamat bercuti kepada anda yang hendak bercuti! 

Kelebihan Tasneem Naturel Balm

$
0
0
Sekarang ni, banyak balm bayi kat pasaran. Sudah pasti, setiap balm ada USP dan kelebihan yang tersendiri. 


Korang mesti nak tau, apa kelebihan Tasneem Naturel Balm.  Info ini adalah jugak daripada feedback pengguna / customer Tasneem Naturel balm.

1. Ada kelulusan KKM
2. Dibuat daripada bahan semulajadi iaitu essential oil
3. Cepat bertindak
4. Bau yang harum
5. Kecil. Jadi ia mudah dibawa kemana-mana
6. Produk Muslim
7. Mendapat serapan terbaik dari essential oil terpilih
8. Anak-anak rasa lebih selesa
9. Tekstur balm yang jimat
10. Tak panas atau berangin, tak pedih.
11. Tak melekit
12. Guna essential oil import, ada MSDS Sheet.
13. Natural, tiada bahan kimia
14. Bebas paraben
15. Boleh digunakan oleh semua peringkat umur.
16. Membantu selesaikan masalah ibu dan anak
17. Anak terus tidur
18. Tiada masalah sembelit
19. Anak tak mengamuk dah dalam car seat
20. Anak tenang je dalam perjalanan panjang
21. Makan kat luar tenang je. Anak tak banyak ragam
22. Senang bawak anak pegi shopping sebab anak behave.
23. Campuran lebih dari 5 jenis essential oil terpilih
24. Harga mampu milik
25. Pelbagai fungsi dan khasiat 
26. Sesuai dari newborn hingga dewasa
27. Tiada bahan kimia, tiada paraben. 
28. Sangat sesuai untuk bayi
29. 200% dari bahan alami semulajadi
30. Ada 4 jenis balm yang sesuai dijadikan Kit Bayi 

Dah cuba, pasti melekat nak guna balm ni ajer tau. Takper berbelanja lebih sikit, sebab kita mesti nak berikan yang terbaik untuk bayi dan anak-anak kita.

De'Xandra Eau De Parfum

$
0
0

MEN

FRAGRANCE


A man’s perfume says a lot about him. De’Xandra’s For Men Series aspires to give every man a unique personality of his own with our exclusive scents of life. With five gorgeous scents made of baritone and rich aromas, we’re promoting passion through expression and unique sense of style.


WOMEN

FRAGRANCE


Driven by the passion to make De’Xandra’s wearers stand out above the rest, our new scents of life are especially created to bring out the best in every woman. The series’ combine refreshing citrus fruits to capture the essence of feminine confidence and delicate floral scents, which emanate a taste of luxury.

Let Passion Lead You

Discover the perfect scent that will help amplify your personality.
Whatsapp for further details or purchase:
Ayu Rashid | 019 - 989 8341

3 Tips Asas Hias Rumah Flat

$
0
0
Saya suka tinggal di rumah flat. Sebab saya rasa dengan keluasan yang tak seberapa, rumah senang nak dijaga dan diuruskan. 

Jangan pedulikan jika persekitaran luar tak secantik, tak se-gah dan mungkin tak sebersih apartment atau kondominium, namun kita masih boleh jaga dan hias rumah kita dengan sebaik dan secantik yang mungkin tanpa perlu keluarkan bajet yang besar. 

Fokus saja kepada 3 tips asas hias rumah flat yang saya nak share dengan korang berdasarkan pengalaman saya dan suami tinggal di 2 buah rumah flat semasa tinggal di Flat PKNS Seksyen 7, Shah Alam. 


1. Cat rumah dengan warna PUTIH
Warna dinding memainkan peranan yang sangat penting. Warna yang paling selamat ialah warna putih. Elakkan pasang wallpaper walau dengan corak minima sekalipun. 

Bila dinding berwarna putih, bonus yang kita akan dapat ialah kita mudah nak mix & match perabot, langsir dan pelbagai decor items untuk menaikkan seri rumah, dan dalam masa yang sama ruang masih nampak luas dan selesa. 


2. Perabot dan hiasan yang berkonsep minimalis atau less is more
Tak perlu semua benda nak sumbat letak dalam rumah yer. Jangan rambang mata membeli dan men-deko. Beli atau letakkan perabot yang bersaiz sederhana, minimalis dalam keseluruhan decor items dan tak perlu berlebih-lebih. Hiasan kecik-kecik macam pasu, frame, atau apa-apa jer lah yang boleh sesakkan mata, tak perlu letak. Cukup satu atau dua decor items yang kelihatan outstanding jer kita letak. 

Kalau rasa nak tambah, selalu zikir: less is more... less is more... less is more :P

Contoh idea dekorasi dengan dinding warna putih, perabot yang minima dan decor items yang ringkas. Lawa giler kan?

Sepasu pokok kat sudut tu dah cukup outstanding untuk menyerlahkan ruang. Cuba bayangkan sudut ni tanpa pokok sepasu tu. Mesti kurang serinya.


Ruang ini didominasi warna putih. Throw cushions warna biru atas sofa tu menjadikan ruang ni terus woww!

Sejuk mata memandang. Suasana jadi nampak lapang dan tenang.
Dekorasi ringkas yang terserlah dan stylish.


3. Langsir
Langsir ni umpama jantung hati rumah. Untuk rumah flat, kita just gunakan langsir bercorak minima atau lagi elok langsir polos. Warna pulak, pilihlah yang serasi dengan warna items decor yang lain (sofa, throw cushion dan karpet)

Langsir gantung dari siling untuk ilusi rumah tinggi dan lapang. Langsir mesti labuh sampai lantai. Orang jer pakai skirt, tingkap takyah ber-skirt bagai okey hehehe. Memang cacat terus penampilan kalau langsir kemetot jer. 

OPSSS... takpayah nak langsir ada ropol atau kerawang kat kepala tu yer, crowded nanti. Less is more... less is more. Ingat tuh!

Contoh langsir yang sesuai dan cantik untuk rumah flat:






Semoga 3 tips yang saya kongsikan ni dapat berikan idea dan inspirasi untuk kita mendeko rumah flat. Biar rumah kecik, asalkan kemas, selesa dan cantik dimata kita. Semoga rumah kita adalah syurga dunia yang didalamnya penuh cinta dan kasih sayang.


Selamat berdeko-deko :D

IMAGES SOURCE: Google Image


6 Series De'Xandra Eau De Parfume for Men & Women

$
0
0
6 MEN SERIES

Classic
Clubman
Dark Amberwood
Majestic


Dynamic
Nemesis
Vigor
Hyder
Savage


Elegant
Grandeur
Titus
Credence


Lucious
Woodbine
Devotion
Zephyr


Intense
Himeros
Blaze
Romeo




6 WOMEN SERIES

Classic
Olivia
Lady Rose
Marilyn


Dynamic
Lozen
Luzia
Mercy
Posh


Elegant
Elenor
Victoria
Helena
Grace


Lucious
Chaleur
Zahra
Fresia
Deluna
Valerie


Intense
Belle
Lourve
Juliet


Let Passion Lead You


Discover the perfect scent that will help amplify your personality.

Anda pening baca nama-nama perfume ni kan? Takper, kalau nak tau macam mana baunya, hubungi saya. Saya akan berikan info selanjutnya.

Jangan risau!

Baunya setanding jenama global seperti Dexandra sebelum ni. Malah, The New De'Xandra ni lagi best sebab pati bauan yang telah di 'upgrade'.

Lebih info lagi, saya akan share dalam entry akan datang, iaitu ciri-ciri packaging baru The New Dexandra.

Whatsapp:
Ayu Rashid | 019 - 989 8341



7 Hari Lagi Dalam Tahun 2017

$
0
0
Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu, Ahad, Isnin

Lagi 7 hari jer kita berada dalam tahun 2017. Hari Isnin depan dah masuk tahun baru 2018. Sedia ke tak, bila dah sampai waktunya, kena redah jugak. Gitu la kehidupan. Putaran alam tak tunggu kita sesaat pun. 


Dalam masa 7 hari ni, semoga sempatlah kita muhasabah balik, buat throwback, apa yang kita dah buat dan capai sepanjang tahun 2017. Impian, wishlist... semua la. Takat mana capainya? Kalau tak capai lagi, carry forward ke tahun depan ekk? hehhehe.

Takpelah, yang berlalu tu, biarlah berlalu. 

Masa yang lepas tak boleh nak ulang semula dah. Yang penting, kita ambik sebagai pengalaman dan pengajaran. Tak perlu tunggu tahun baru pun untuk kita revised dan improved apa yang kita nak capai. Selagi ada usia Allah pinjamkan, itulah kesempatan yang kita mesti rebut untuk berubah dan jadi lebih baik.

Tak perlu bersaing dengan orang lain. Bersaing jer dengan diri sendiri. Adakah hari ini lebih baik dari semalam? Apa perlu kita buat kalau nak jadi lebih baik dari semalam?

Hidup ni singkat jer.

Jangan bazirkan untuk perkara yang tak termampu kita buat, sampai tahap kita jadi stress. Jadi diri sendiri, enjoi setiap detik yang Allah kasik, dan sentiasa bersyukur.

Hmmm... rasa nak buatrecap 2017, tengok la kalu berkesempatan. Boleh la buat kenang-kenangan, apa agaknya yang berlaku pada tahun ni kat saya dan family. Korang, jom buat recap 2017 :)



Kain Cotton Cadar Baby di Spotlight Malaysia, The Mines

$
0
0
Masa birthday Dania pada bulan September lepas, kami sekeluarga pegi ke The Mines. Dah 3  bulan peram gambar, baru berkesempatan nak share hehhe.

Dah kenapa tetiba ke The Mines? Sebabnya saya nak pegi ke Spotlight!

Tujuan utama pegi tu, nak beli Matilda Basket. Tapi, ehh, terbeli sekali kain cotton untuk buat sarung bantal Ayra. 





Kat Spotlight, ada macam-macam jenis kain dijual,  termasuklah kain cotton yang sesuai untuk buat cadar baby, sarung bantal dan tilam, buat quilt, dan sukahati kita la nak jahit jadikan apa pun hehe. Asalkan ada bajet, haa silalah borong.



Kain semua cantik-cantik! Memang rambang mata menengoknya. Terus saya handover Ayra kat papanya suruh jaga hehe. Dania & Hariz takper, dah besar. Haaa, baru aman damai nak cuci mata menengok dan membelek kain cotton yang cecantik sekalian.



Pattern macam ni semua memang sesuai sangat untuk kegunaan barang-barang baby. Mau tak rambang mata nengok. Saya ni memang dah spesis gila kain, haaaa... apalagi bila tengok kain cenggini kan? Tapi bila tengok harga tu, gulpppppp! hahaha.
  




Kaler-kaler terang macam ni pun ada. Menarik jugak untuk variasi-kan. Takder la asik nampak pakai yang sama jer kan. Tapi, saya tak minat kaler-kaler merah macam ni. Kalau pink, ok!





Syorga la kalau korang peminat monochrome. Memang banyak pilihan corak kat sini. Semua design latest yang tengah trending.


Saya beli 1 meter jer untuk buat sarung bantal Ayra. Sebab dah terbeli bakul Matilda 2 bijik dan barang deko lain sikit. Kang lari bajet i yang ciput tu hehehe. 

So, kalau korang nak beli kain cotton untuk baby, boleh la ke Spotlight berhampiran. Nak alamat Spotlight The Mines? Okey, boleh tengok kat bawah ni yer.


Spotlight The Mines 
AddressThe Mines Shopping Centre, Jalan Dulang, 43300 Mines Resort City, Selangor


Atau nak cuci mata kat website?

Selamat bershopping di Spotlight, macam-macam ado. Geng #KakiDeko memang heaven sangat la kalau dapat pegi Spotlight #MeracunKorangShopping :P

Khasiat Pokok Mulberry

$
0
0
Kat laman rumah mak mertua saya ada sepohon pokok mulberry. Sebelum ni, saya tak tau pun yang pokok mulberry ni ada pelbagai khasiat daripada daun, buah dan batang. Macam pokok kelapa jugak la, yang kita gelarkan sebagai pokok 1001 kegunaan. 


Jika korang nak tau khasiat buah mulberry, korang boleh klik link ni untuk baca. Bagus dan jelas sharing yang blogger ni share. 



Tengah berbuah lebat dan masak masa ni. Sedapnya lahai. Korang penah makan buah mulberry?



Nak dapatkan pokok yang rendang dan rendah macam ni, kenalah rajin cantas dahannya. Bila dah cantas, dahannya pucuk dia akan makin cepat naik dan cepat  berbuah. Jangan sayang nak cantas pulak hehhee. 




Hasil petikan. Buah dia sedap. Rasa masam-masam manis kelat gitu. 


Daun mulberry sedap tau bila dicelur pastu cicah sambal belacan. Saya jugak dah pernah buat masak lemak pucuk mulberry. Kalau ikut tekak saya ni, rasa celur dan masak lemak pucuk mulberry lagi sedap daripada pucuk ubi!

Caner nak cakap ek?
Rasa dia lagi lemak sebab tekstur daun dia lebih halus berbanding pucuk ubi. Anak sedara dan kakak ipar saya pun cakap sedap. Mula-mula tu dorang tak tau ulam apa. Pastu dorang tanya, tu daun apa.

Cara masak pucuk mulberry ni sama jer resepi dia dengan masak lemak pucuk ubi tu. Kawan saya cakap,  pucuk mulberry goreng belacan pun sedap.

Haa, bolehlah kita pelbagaikan menu dengan pucuk mulberry ni.

Khasiat dia pun memacam boleh dapat. Rerajin la makan pucuk dan buah mulberry untuk kesihatan dan awet muda. Ehemmm, sebab katanya pokok mulberry kaya dengan anti-oksidan.

Kena tanam jugak sepokok ni. Dalam pasu pun jadik ler hehehe. 

RECAP 2017 (Part 1: January - June)

$
0
0
Hari ni dah last day on 2017. Jomlah buat recap 2017. 

Share sini kenangan dan down the memory lane gitu. Sebab saya sendiri pun tak ingat sangat apa hal-hal penting berlaku sepanjang tahun. Nak buat recap ni pun kena tengok folder gambar kat laptop dan photos gallery di hp :P


Januari

Dania darjah 5


Hariz masuk tadika 6 tahun. Tadika Tahfiz Cilik Nur Ulfah



3.1.2017: Sarat pregnant Ayra!
Mengandung yang dirahsiakan, hanya family dan rakan terdekat jer tau.
Sepanjang mengandung yang mabuk teruk, sampai 2x kena drip.
Ni masa pergi check kat Az-Zahra Bangi. Bulan terakhir sebelum bersalin secara ceaserean buat kali ketiga.


Dah nak jadi abang Alish masa ni, bermanja la sepuasnya.



4.1.2017: Besday ke-37 tahun.
Sambut kat Secret Recipe Semenyih jer sebab hari sekolah. 


Weekend minggu besday tu (Jumaat - Ahad), short besday gateway kat Swiss Garden Hotel Melaka.




Yer, begini caranya nak pose taknak nampak perut hahhaa.




FEBRUARI

1.2.2017, sambut besday Alish sehari awal, sebab esoknya mama dah nak kena serah diri kat hospital untuk bersalin. Tumpang sambut besday kat umah Mak Long jer. Sambut dengan family Maklong & Acik.


Here we go to the hospital!

Selamat bersalin Ayra. 


3 hari duduk dalam pantauan, sebab ada problem kesihatan sikit. Hari ketiga baru mama dapat jumpa Ayra.


Kali pertama mata bertentang mata, mama gagahkan diri berjalan ke nursery, cebekk muka nanges masa ni. 

Hari ke-5 baru boleh discaj, tunggu result darah keluar dan darah putih dah normal, pastu kuning pun dah mula kurang.


Berpantang kat Keratong, sampailah hari ke-23


Hari ke-23 dah balik Semenyih, sambung berpantang kat rumah, Nenek Jah dan ayah su ada kat sana.


MARCH

8.3.2017: Besday husband. 


Check-up hari ke-30 di hospital Az-Zahra Bangi. Paed & gynae kata, baby dah terlebih berat ni. Hahhaa, Ayra dah mula membesar dengan jayanya, alhamdulillah.


Few weeks later, pegi semula jumpa Paed, sebab Ayra ada hernia pusat. Paed letak apa ntah lupa, tupppp pecah yang gelembung kat pusat tu, alhamdulillah dah ok!




Abes pantang, dah 41 kalau tak silap, cuti sekolah bulan Mac, terus merayap ke JB hahaha
Nenek Jah dan Ayah Su pun ikut sama.



Ayah botakkan kepala Ayra. Kalau harapkan papanya, memang tak laa, penakut tu haha



APRIL
  
Nenek Jah dan Ayah Su dah nak balik Besut, 3 bulan dok dengan kami, tolong jaga dania dan kami sekeluarga. 

Masa hantar nenek, dah pandai senyum berposing depan camera hehe.


 
Majlis Berendoi dan Doa Selamat.









MEI

 Syukur, rajin dan gembira pegi tadika


Masa berlalu pantas, dah makin membesar dengan sihat.



JUNE
Ramadhan & Hari Raya Aidilfitri


Kali pertama bawak Ayra pegi IOI City Putrajaya, shopping raya!




Count the day and the blessed
Mama sendiri amik ukuran nak buat baju raya. hehehe.


Hari Raya!


  Baju raya tak sempat siap, sib baik bawak baju gaun ni selai, kalau tak... pakai ler baju lubang-lubang buat raya hehhe. Ehh, dah pagi raya... dah pakai cecantik ni, meh la kita posing, sedap pulak dia tidur!


Alhamdulillah, penuh screen tahun ni. 
Terima kasih Allah untuk anugerah terindah ini.



Sama-sama menggemuk dengan jayanya, pastu asik dok kata
"Bulan depan kita start diet tau"
Maka... bulan berganti bulan, dah last day 2017 pun, Diet mana diet?
Hhahhahaha.

Bersambung Part 2 (July - December)

RECAP 2017 (Part 2: July - December)

$
0
0
Nak letak dalam 1 entry, berjela pulak. Kita buat 2 part hehee. Ni kita sambung part 2 pulak yer. Letak gambar sudah la ehhehe.



JULAI 















AUGUST













SEPTEMBER







OCTOBER










NOVEMBER













DECEMBER













Haaa, bukan main banyak gambar nak share. Semua rasa penting dan ada kenangannya hehe. Ni recap ke apa ni?

Till then,

Good bye 2017 and Welcome 2018!

2018| Belum buat apa-apa pun lagi

$
0
0
Yer, belum buat apa-apa pun lagi untuk 2018. Tak sempat. Hari berganti hari, ehhh hari ni dah hari ke-3 tahun 2018. Nampak, masa berlalu cepat sangat, ke masa saya yang tak berkat?

Manalah nak sempatnya kan, kalau semua rasa nak kena catch-up. Bila balik kampung, sebenarnya banyak amik masa dan tenaga. Tapi tu laaa... kitorang ni suka balik kampung, sebab boring dok rumah dan kesian anak-anak asik berkurung ajer.

Selalu bila balik kampung, angkut la segala benda konon nak buat kerja kat sana. Tapi, laptop pun kekadang dok tidur lena dalam bag! 

Dulu sebelum ada baby, takder la macam ni. Saya memang fully utilised masa kat kampung. Untuk blogging, sampai seminggu entries semua siap! Rekod bisnes semua siap update, buat payment semua. TAPI... tu dulu. Sekarang balik kampung, padan dok layan si kecik tu jugak. Sama jer dengan duduk kat rumah.

Banyak benda nak buat untuk tahun 2018. 

Untuk diri sendiri, family, blogging dan bisnes. Tapi tak tau la macam mana. Orang kata, setting jer target, jangan pikir dapat ke tidak. Tapi otak ni tetap jugak nak pikir. Sebab, saya taknak buat target, pastu tak dapat buat pun. Haaa, tu memang membikin gua jadi tensen. 

So, nak buat target dan plan yang berpada-pada jer tahun ni. Buat yang saya rasa logik dan achieveable. Planner dah ada, tapi malam tadi pukul 11.30pm baru berkesempatan belek-belek dan tulis sikit dalam tu. Itu pun tulis tarikh-tarikh besday kami anak-beranak hahhaha. Tu perkara sangat penting yer sebab senang nak rancang nak pegi mana kalau ada bajet. Nampak gayanya, tahun ni besday kami on weekday, kecuali besday Dania on Sunday. Biasa besday Dania yang on weekend, tahun ni kasik chance kat dia pulak berbesday di hari weekend.

Hmmm, ni pun update blog masa Ayra tidur. Baju dok dimesin dalam washing machine, masak pun belum. Nizam cuti 2 minggu, minggu depan dah keje semula. Anak-anak dah sekolah start semalam. Alhamdulillah, semua ok. Cuma sedih pulak rasa bila Alish dah sekolah, sebab rasa dia macam baby lagi huhuhhu. Sebak tengok gambar dia kat sekolah yang papa dia sent. Saya tak ikut sama ke sekolah, sebab jaga Ayra kat umah.

Pagi tadi dia dah mula naik van ke sekolah, sesama kakak. Tapi sesi sekolah berlainan, pegi pagi jer la sama. Semoga Alish berjaya menemui Cik Aya hehe. Dania berbuih mulut dok pesan kat adiknya: "Hariz tengok betul-betul van Cik Aya, jangan salah naik van pulak". Alish menjawab: "Ye laa, Alish ingat, warna putih"

Ya Allah, semoga van Cik Aya sebuah jer la yang warna putih, jangan ada van lain"

Hhahaha.... al-kesah anak-anak sekolah. 

3 Cabaran Bekerja dari Rumah dengan Anak Umur Bawah Setahun

$
0
0
Memang jadi idaman kebanyakan wanita untuk bekerja dari rumah. Tak kesah la kerja yang macam mana pun, ikutlah minat dan kemahiran yang kita ada. Asalkan dapat income, itu dah kira kerja dari rumah la senang cakap.



Cabaran bekerja dari rumah, berbeza-beza mengikut keadaan setiap keluarga. Hari ni saya nak share cabaran yang dihadapi bila bekerja dari rumah dengan anak yang berumur bawah setahun. Baby kecik cinonet lagi, tapi dia punya power sebagai majikan tu, ngalahkan Mr. President hehee. Waaaaa, dia bukak mulut, haaa berlari ngko terus ngadap dia. Kalau time tu dok mengelamun dalam toilet, terus terhenti ko punya lamunan tu hahhaha. See, power tak Mr. President kecik ni??

3 cabaran bekerja dari rumah dengan anak umur bawah setahun (based on my experience)

1. Ada jadual, tapi belum tentu kita dapat ikut!
Buat la jadual macam mana pun, tapi the whole day punya schedule kita akan bergantung 99.99% kepada arahan daripada si kecil. 

So, macam mana nak overcome keadaan yang dah berterabur ni? Jawapan dia, pandai-pandailah atur dan buat secara spontan. Contoh nak lipat kain, tapi baby asik nak merapppp ajer kan? So, amik jer la kain tu lipat selai dua pun sekali lipat sambil-sambil layan dia tu. Haa, nanti siap jugaklah berlipat akhirnya walaupun amik masa 5 jam nak siapkan cuma sebakul kain untuk dilipat. At least, #DoneLipatKain hehe.



2. Kita tak dapat buat kerja sesempurna yang kita selalu buat
Bagi sesorang yang ada syndrom mild ocd atau ocd, memang kena belajar sabar, sabar, sabar dan sabarrrrrrrr!

Tak boleh mengharapkan dapat buat sesuatu kerja dengan sempurna macam kita selalu buat atau harapkan. Contoh lipat kain lagi yer. Tak payah la nak seksa diri lipat kain ikut sudut tepat ke, segitiga sama ke. Asalkan betul-betulkan kedut dan kain baju tu, terus lipat! Konsepnya asal siap lipat dan susun di tempat sepatutnya. 

Dengan kata mudah: Tak perlu jadi perfectionist! 


3. Kerja tertangguh-tangguh dan kadang tak terbuat langsung
Ini biasa! Baru jer nak buat, dah si kecik mula buat notes lagu nak mulakan free concert. Haa, kita pun kenalah pergi mengadap dia. Layan main, layan nak tidur, layan meragam. 

Dalam kepala ni macam-macam benda pikir To-Do-List nak kena buat. Tapi, selagi baby tak tidur atau dalam keadaan sesuai untuk kita buat kerja, lupakan jer nak buat kerja. Sudahnya, ada kerja yang tak sempat pun nak buat. Kita pun terus buat-buat lupa sebab nak elakkan stress.



Cukuplah saya share 3 ajer untuk kali ni. Ini pun nak siapkan 1 entry, sampai 2 kali kena ke tilam menepuk dia supaya tidur. Waktu pagi macam ni dia akan tidur, tapi nak kena melayan jugak la bila dia merengek tu.


Sebab tu, kalau orang kata senang kerja dari rumah, tu semua bergantung pada keadaan. Kalau takder baby lain, ada baby lain. Bila kita jaga anak sepenuhnya, keadaan memang akan berbeza. After all, kena banyak berdoa semoga Allah bantu. Permudahkan semuanya.

Till then, semoga sharing ini bermanfaat & feel free to share kerana saya pasti ramai mommies di luar sana yang jugak hadapi situasi seperti saya. Apa pun, pengalaman sebagai seorang ibu adalah pengalaman yang indah walaupun bersulam cabaran, kerana moment ini pasti akan menjadi kenangan buat kita nanti.

Bye!


Cara Mengerjakan Solat Tahajud Malam Secara Lengkap

$
0
0
Fadhilat kebaikan dan keistimewaan solat malam. Solat malam atau Solat Tahajud adalah satu peluang keemasan ditawarkan kepada manusia untuk mengeratkan perhubungan kita dengan Allah. Kesusahan hanya dirasai mereka yang jarang atau tidak pernah melakukannya, tetapi bagi mereka yang biasa, ia menjadi satu kenikmatan pula. Malah, bagi yang dapat menghayatinya mereka akan berasa kerugian besar jika tertinggal daripada mengerjakan solat berkenaan.

Pada sepertiga malam pintu langit terbuka luas menerima taubat hamba-Nya. Malaikat membawa kendi emas untuk mengumpul air mata taubat bagi menyiram api neraka yang sedia menanti untuk membakar tubuh manusia di akhirat nanti. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Allah s.w.t sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan akan membangunkan isterinya manakala kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Allah s.w.t sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan membangunkan suaminya manakala jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya.” (Hadis riwayat Abu Daud).

Amalan solat malam bukan hanya diamalkan Nabi Muhammad s.a.w, malah ia diamalkan umat nabi sebelumnya. Ini bererti perintah mengerjakan solat tahajud bukanlah dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad s.a.w semata-mata. Saidina Umar al-Khattab menyatakan kelebihan solat malam dengan berkata: “Sesiapa mengerjakan solat malam (tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat".

Kurniaan di dunia ialah:
* Jauh daripada segala penyakit
* Lahir kesan taqwa pada wajahnya
* Dikasihi sekelian mukmin dan seluruh manusia
* Percakapannya mengandungi hikmah (kebijaksanaan)
* Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati)



Sementara empat perkara di akhirat ialah:
* Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri
* Dipermudahkan hisab
* Cepat melalui sirat al-Mustaqim seperti kilat
* Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.


Solat malam adalah solat yang penting antara solat-solat sunat yang lain. Rasulullah S.A.W pernah ditanya, “Solat apakah yang paling utama selepas solat lima waktu?” Beliau menjawab dengan tegas, “Solat malam!” (Hadis Riwayat Muslim).


Beberapa keutamaan yang diperoleh oleh para pengamal solat malam adalah seperti berikut:
1. Tercatat sebagai orang yang baik dan berhak mendapat anugerah rahmatnya (Surah adz-Dzariyat ayat 15 hingga 18).

2. Mendapat penyempurnaan di atas kekurangan dalam ibadat wajibnya, hingga dapat menempati darjat yang terpuji (Surah al-Israk ayat 79).
3. Mendapat pujian daripada Allah (Surah al-Furqan ayat 63 hingga 64).

4. Dilihat sebagai orang yang beriman (Surah as-Sajadah ayat 16).

5. Darjatnya dibezakan dengan orang yang malas (Surah az-Zumar ayat 9).

Beberapa petikan hadis berikut menyebut beberapa fadilat dan keindahan lain solat malam.
Antaranya adalah hadis daripada Abdullah bin Amr bin Al-‘Ash yang berbunyi, Rasulullah S.A.W berkata kepadaku, “Abdullah, jangan jadi seperti polan yang pernah mendirikan solat malam kemudian meninggalkannya,” (Hadis Riwayat Bukhari-Muslim).

Salman al-Farisi menceritakan, Rasulullah S.A.W berkata, “Kerjakanlah solat malam, kerana itu adalah kebiasaan orang soleh sebelum kamu, jalan mendekatkan diri kepada Tuhan, penebus kesalahan, pencegah dosa, serta penghindar penyakit.”

Salim bin Abdullah bin Umar bercerita kepada Hafshah, isteri Rasulullah S.A.W, “Ketika Rasulullah S.A.W masih hidup, biasanya apabila seseorang bermimpi, dia menceritakan mimpinya itu kepada Rasulullah S.A.W. Saya berharap mendapat mimpi supaya dapat menceritakannya kepada beliau.

Semasa masih muda, biasanya saya tidur di masjid. Suatu ketika, saya bermimpi seakan-akan dua malaikat memegang dan membawaku ke neraka yang dibina seperti perigi dan memiliki tanduk. Di dalam perigi itu ada beberapa orang yang saya kenal. Saya lalu berkata, “Saya berlindung kepada Allah dari neraka.” Saya bertemu dengan malaikat lain yang berkata padaku, “Jangan takut.” Mimpi ini disampaikan oleh Hafshah kepada Rasulullah S.A.W, dan beliau berkata, “Sebaik-baik lelaki adalah Abdullah ketika mahu solat malam.” Selepas itu, dia hanya tidur sebentar sahaja di malam hari.


Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Syaitan mengikat tengkuk kamu yang tidur dengan tiga ikatan. Syaitan menepuk pada setiap ikatan, "Bagimu malam yang panjang, maka tidurlah".



Apabila kamu bangun dan berzikir mengingat Allah, maka terbukalah satu ikatan. Apabila kamu berwuduk, terbuka satu lagi ikatan. Apabila kamu solat, terbukalah satu ikatan lagi. Maka di pagi hari, kamu segar dan bersemangat. Sekiranya tidak, di pagi hari tentu kamu berasa lesu dan malas.”

Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Tuhan kita turun setiap malam ke langit dunia pada sepertiga malam terakhir, dan menyatakan, ‘Siapa yang berdoa kepadaku, pasti aku kabulkan. Sesiapa yang memohon kepadaku, pasti aku beri, dan sesiapa yang memohon ampun kepadaku, pasti aku ampuni.’” (Hadis Riwayat Al-Jama’ah).

‘Amr bin Al-‘Ash meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Sedekat-dekat hamba kepada Allah adalah pada tengah malam yang terakhir. Apabila kamu dapat menyertai golongan orang yang berzikir mengingat Allah pada saat itu, maka lakukanlah.” (Hadis Riwayat Al-Hakim).

Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Apabila seseorang membangunkan isterinya pada waktu malam, lalu kedua-duanya solat dua rakaat, maka mereka tercatat dalam golongan orang yang selalu berzikir.” (Hadis Riwayat Abu Daud).
Wassalam.



Islamnews.idCara Mengerjakan Shalat Sunah Tahajud sebenarnya masih sama dg cara mengerjakan shalat – shalat pada umumnya yang di awali dengan Bacaan Niat Shalat dan diakhiri dengan Salam, hanya saja terdapat perbedaan bacaan niat shalatnya saja. Sedangkan untuk Pengertian Shalat Sunah Tahajud sendiri ialah Shalat Sunah yg dikerjakan malaam hari setelah bangun tidur dg jumlah Raka’at minimal 2 Raka’at dan maksimal tidak terbatas yang masing – masing pada Raka’at kedua di barengi dengan Salam.


Kemudian Waktu Mengerjakan Shalat Sunah Tahajud dilakukan hanya pada malam hari setelah Shalat Isya sampai masuk waktu shalat subuh dan Cara Shalat Tahajud sendiri dilakukan setelah anda tertidur atau bangun tidur walaupun tidur anda hanya sebentar sekali, Sehingga jika anda mengerjakan Shalat Sunah Tahajud ini sebelum anda tidur dahulu maka bisa dipastikan bahwa Shalat tersebut hanya shalat sunah biasa (witir) bukan Shalat Sunah Tahajud.

Adapun Waktu Shalat Tahajud sebaiknya di lakukan pada saat tengah malam atau sekitar jam 01.00 pagi sampai waktu Subuh karena waktu tersebut merupakan waktu paling utama untuk mengerjakan Sholat Sunnah Tahajud ini. Walaupun dikerjakan di tengah malam namun Keutamaan Shalat Tahajud ini sangatlah banyak yg antara lain Alloh akan melindungi anda dari segala macam bencana atau bala, Wajah akan nampak bersinar, akan dicintai oleh Alloh dan hamba Alloh, akan mendapatkan pahala yg banyak, akan diampuni segala dosa – dosanya dan akan di kabulkan segala hajat dan doanya.

Manfaat Shalat Tahajud diatas sudah di terangkan oleh Firman Alloh Swt pd Surat Al Isra ayat 79 yg berbunyi, ”’ Hendaknya kamu gunakan sebagian waktu malam itu untuk shalat Sunat tahajud, sebagai shalat sunah untuk dirimu, mudah – mudahan Alloh (Tuhan) akan membangkitkan engkau dg kedudukan yg lebih baik (QS. Al Isra Ayat ; 79) ”’.

Bacaan Niat Shalat Tahajud Lengkap:

Terjemahan Niat Shalat Tahajud, ” USHALLI SUNNATAT TAHAJJUDI RAK’ATAINI LILLAAHI TA’AALAA ”, kemudian untuk Pengertian Niat Shalat Tahajud diatas, ”’ Aku Niat Shalat Sunah Tahajud dua raka’at karena Alloh Ta’ala ”’.

Setelah membaca Niat Shalat Sunah Tahajud lalu dilanjut dg membaca Doa Shalat Tahajud Surat Al Fatihah, lalu membaca Suratan pd Rakaat pertama dan Rakaat kedua, Ruku, Itidal, Sujud sampai yg terakhir Salam.
Setelah membaca Surat Al Fatihah seperti diatas anda bisa membaca Surat An Nas di Raka’at pertama seperti dibawah ini:
Kemudian anda Ruku, Itidal, Sujud dan kembali ke Raka’at Kedua dan membaca lagi Surat Al Fatihah, kemudian membaca Suratan pada Raka’at kedua. Untuk Bacaan Suratanya bisa dg membaca Doa Shalat Tahajud Surat Al Falaq seperti dibawah:
Mengapa anda diutamakan membaca bacaan Doa Shalat Sunah Tahajud Suratan An Nas dan Al Falaq seperti diatas karena kedua Suratan tersebut mempunyai pengertian untuk memohon perlindungan kpd Alloh dari segala macam godaan setan. Namun anda bisa membaca Suratan lainnya di masing – masing Raka’atnya, tidak harus membaca Surat Al Falaq dan Surat An Nas.

Adapun Setelah Mengerjakan Shalat Sunah Tahajud maka duduklah dg khusyu sambil membaca bacaan Doa Setelah Shalat Tahajud atau di awali dulu dg bacaan – bacaan dzikir seperti membaca Istighfar,Tasbih, Tahmid, dan Shalawat Nabi kerana dg Berzikir kita menjadi lebih dekat dgn Allah.
Bacaan Dzikir Istighfar tersebut sebaiknya dibacakan sebanyak – banyaknya atau minimal sebanyak 100 kali, setelah itu bisa dilanjutkan dg membaca Tasbih dan Shalawat Nabi.
Bacaan Dzikir Tasbih (diatas) dan Shalawat Nabi Muhammad Saw (dibawah) dibacakan sebanyak 32 kali atau lebih
Ingat bahwa fungsi dari Berdzikir itu untuk semakin mendekatkan diri kita kepada Sang pecipta Alloh Swt sehingga sebaiknya di bacaan dg ikhlas dan khusyu. Setelah anda selesai Berzikir anda bisa langsung membaca Bacaan Doa Setelah Shalat Tahajud yg sdh saya buat dibawah ini, tinggal anda baca, hafallkan dan diamalkan dirumah.


Jika Bacaan Doa Setelah Shalat Tahajud diatas susah untuk anda hafalkan, maka anda bisa mengamalkan doa ini dg membaca secara langsung tanpa harus menghafalkanya atau anda bisa Berdoa Setelah Shalat Sunah Tahajud dg bahasa anda sendiri (Bahasa Indonesia) karena Alloh Maha Pintar lagi Maha Mendengarkan sehingga Alloh pasti bisa mendengarkan bacaan doa anda.

Setelah selesai membaca Doa Setelah Shalat Tahajud tersebut, maka anda bisa berbaring kembali ketempat tidur anda sambil membaca Ayat Kursi, Kemudian Surat Al Ikhlas, Surat Al Falaq dan Surat An Nas atau anda bisa sambil menunggu Waktu Shalat Subuh dg membaca bacaan Ayat Suci Al – Qur’an.

Sumber Artikel: http://www.islamituindah.com.my/2017/02/cara-mengerjakan-solat-tahajud-malam.html

DROPSHIP DEXANDRA 2018 KINI DIBUKA

$
0
0
Masih belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Tahun Baru 2018. 

Semoga tahun ini akan memberikan usia yang berkat, kesihatan yang baik, dan semoga segala impian kita akan dapat dicapai dengan jayanya, InsyaAllah. 




Membuka lembaran baru 2018, saya yakin ramai yang mencari peluang untuk menjana pendapatan samada secara part time atau full time dengan bisnes perfume.

Oleh itu, saya ingin membuka peluang untuk sesiapa sahaja menjadi Dropship Dexandra Perfume di dalam team saya iaitu Oh Wanginya Dexandra.

Dengan pengalaman berbisnes Dexandra lebih dari 2 tahun, InsyaAllah saya akan bersama-sama anda menjana pendapatan dengan Dexandra.

Dengan Dexandra yang berwajah baru, jom kita mulakan bisnes perfumes yang telah mencetuskan fenomena di Malaysia, Singapura, Brunei dan kini dalam fasa menuju ke peringkat global!

Be part of Dexandra team and let passion lead us!

Hubungi saya.
Ayu Rashid 
019 - 989 8341

Hasil Baja Pokok dengan Ajinomoto

$
0
0
Dalam entry tahun lepas, saya pernah share tentang saya letak ajinomoto kat pokok-pokok tanaman saya (pokok bunga, kunyit, daun kari). 


Alhamdulillah, memang menjadi dengan izin Allah. Gebu dan menjadi-jadi daunnya. Tengok gambar pokok keladi ni, haaa menggebu lebar daun dia. Suka tengok, sebab bertahun-tahun pokok ni saya tanam, daun dia tak pernah sesegar dan selebar ni tau. 

Ehh, bunga layu ni bukan bunga pokok keladi ni, ni bunga dari pokok lily yang kat pasu sebelahnya. Saja saya selitkan tangkai bunga lily kat celah daun pokok keladi, sebab nak elakkan tangkai bunga ni patah bila kena hujan. Bila tengok, dah macam bunga pokok keladi ni pulak yer?



Daun-daun pokok lain pun bukan main meriah lagi.





Hijau berkilat daunnya. Kalau korang nak cuba letak ajinomoto, cubalah. Tapi jangan letak banyak, letak sikit jer. Risau jugak kalau tak serasi ke dengan pokok bunga korang kan. Jangan salahkan saya pulak hehhehe.


Sekarang, pokok dah tak berapa terjaga, sebab malas nak jaga. Anak-anak kucing Dania asik dok main jer kat pokok-pokok bunga. Ada pokok yang patah, yang tergolek pasunya jatuh, ada yang daun pokok dorang siap buat main-main lagi. Adui, tensen nengok. Rasa nak gi sekeh jer sekor-sekor tau hahahaa.


Cuba tengok...




Adoii, ni baru satu ragam tau. Nak marah ada, geram ada, kelakar pun ada. Sebab comel jer dok berlonggok dalam tu. 

Ni gambar 2 bulan lepas kot. Sekor dah hilang mana pegi ntah. Kena ambik ngan orang atau mati, tak tau la. Balik jer dari kampung 2 hari, tengok dah takder sekor. Kalau masih hidup, ada orang amik kesian. Tak bercerai susu lagi dengan maknya. Kecik lagi masa tu. Jenuh dania dan alish pegi carik, tak jumpa.

Eh, cerita pasal kucing pulak hehehe.

Nanti update lagi yer. Banyak nak share, antaranya nak buat review lagi sekali tentang Swiss Garden Hotel Melaka. Bye!

KELEBIHAN SETIAP EO DALAM BALM

$
0
0
Hari ni saya nak share kelebihan essential oil (EO) dalam setiap balm Tasneem Naturel. 



CF-Rub (formerly known as Coughflu Balm) boleh kurangkan suhu demam. Ada tea tree untuk bantu kuatkan antibodi. Tea Tree  merupakan antibiotik terhebat dan dikenali minyak pertolongan cemas.



Sleep Time bantu untuk anak tidur lena. Ada cedarwood utk stabilkan hormon melatonin.



Ginger dalam Tummy Time bantu masalah penghadaman dan memastikan keselesaan pada perut.




Frankinsence dalam CF-Rub dapat membantu memecahkan kahak dalam saluran pernafasan dan paru-paru.




Fennel dalam Tummy Time dapat kurangkan sakit akibat kembung.



Peppermint dalam Tummy Time boleh membuang angin dalam perut.


Lavender bertindak untuk memberi ketenangan, mood yang baik dan meningkatkan daya tumpuan.


8.Geranium dalam Calm Time dapat memberi rasa tenang pada anak-anak. Anak akan rasa selesa, so mood akan jadi baik.



Lemon ada Vitamin C. Ia membantu mencairkan kahak dan memberi keselesaan pada bayi yang deman dan selsema. Kan biasa petua mandikan baby demam dengan lemon kan?



Ylang ylang/ bunga kenanga adalah ubat penenang semulajadi! Ada dalam Sleep Time untuk kasi anak seronok tidur.

⁠⁠⁠⁠
Eycalytus atau minyak kayu putih dalam CF-Rub berkesan merawat alahan dan resdung. Ia juga dapat mencairkan kahak. Membantu merawat asma dengan bertindak balas dengan membran mukus dengan mengurangkan pembebasan lendir.



Semoga sharing ini membantu kita membuat pilihan balm Tasneem Naturel yang mana atau SEMUA 4 jenis untuk dijadikan kit kesihatan dan keceriaan untuk anak-anak dan seisi keluarga.

Untuk maklumat lanjut atau pembelian, anda boleh terus hubungi saya:

Ayu Rashid 
019 - 989 8341 (Whatsapp / Telegram)

Images Source: Google Image

Beli Pokok Hiasan Indoor

$
0
0
Hari Rabu 2 minggu lepas, husband nak servis kereta kat Toyota CBU. Masa balik kampung weekend sebelum tu, bateri kereta habis. Bila dah cabut bateri tu, terus audio video dan camera system down. Kenalah pergi install semula driver kat Toyota centre. 

Wah, saya suka service centre tu, sebab dekat dengan nurseri hehe. Since, dah beberapa pasu pokok money plant dan pokok ala-ala sawit dah hampir mati dikerjakan anak-anak kucing, maka haruslah ganti pokok baru. Petang, lepas anak-anak dah pegi sekolah, kami 3 beranak pun pergilah ke sana dengan penuh semangat waja :P




Ratu Bono ni tak puas tidur, agak nak meragam. Tu asyik nak berkepit ngan papa ajer. Tapi bila bergambar, dia photo ready yer hehe.



 Dah selesai servis kete, terus singgah kat nurseri. Saya suka nurseri ni sebab pokok kat sini cantik-cantik dan harga lebih murah berbanding nurseri kat Sungai Ramal. 

Since nak cepat sebab mengejar masa sebelum budak berdua tu balik sekolah, saya pilih pokok laju-laju. Snap gambar pun laju-laju jugak. Ini ajer lah gambar yang ada. Lain kali kalu datang lagi, saya snap lagi (wah ada impian lagi tu hahhaha)



Cantik bunga orkid ni. Tapi saya tak berani nak bela pokok orkid. Lagi kan money plant pun asyik mati, ada hati nak bela orkid hahha.



Nizam cakap, kenapa tak beli pokok yang ada warna, asik pokok hijau jer. So, saya tanya la tauke tu, pokok lavender ni senang jaga dan tahan lama tak?

Cina tu cakap:
Biasanya paling lama 1 tahun kalau pandai jaga.

Haa, saya cakap:
Kalau saya jaga, sebulan dua bulan belum tentu idop!

Haa, so padamkan jerlah impian nak beli pokok lavender ni hahhaa.






Ni saja jer snap gambar bunga-bunga yang ada kat sini. Cantik. Geram tengok. Tengok dan snap gambar ajer lah, tak payah beli la, nanti rasa beban pulak nak jaga (beban tuuuu).







Sebenarnya saya nak beli pokok money plant yang macam ni. Tapi mahal pulak kat sini. RM30! Tak besar pun. Rasa mahal sangat pulak RM30, kecik ajer ni. Dekat nurseri Sungai Ramal RM22 jer, baik saya beli kat situ. Haaa, buleh hafal harga tu hehee.



Kat sini pokok lily cantik dan murah! RM12 jer, tak kira jenis atau saiz. Ada 4 jenis kalau tak silap. Saya beli jugak sejenis, pilih mestilah yang paling besar hahaha.



Kalau berduit, nak beli pokok ni sepokok nanti. Cantik. Ini rasanya lebih dari RM70, dulu pernah tanya. Tapi kalau mati, gigit batang pokok la jawabnya huhuhuu. Tu yang tak berani nak beli. 



Dah siap membeli pokok, cepat-cepat gerak balik rumah. Tapi, sempat lagi singgah beli durian dan rambutan tepi jalan hehee. Durian kampung, saya tak minat sangat. Saya suka D24. Bolehla dari takder. 



Inilah 3 pokok saya beli.
Money plant, spider plant dan lily.
Pokok sama ajer, sebab dulu pernah dah beli spider plant dan lily, warna putih lily tu dulu. Lama jugak hidupnya. Kita ber-eksperimen dengan pokok lily merah pulak. Kalau ok, kita beli lagi hehe.


Ketiga-tiga pokok ni saya letak dalam rumah. Tak boleh letak kat beranda, sebab 4 ekor anak kucing Dania tengah melasak. Kang habis dikerjakan dorang. Balik tu nizam berlakon cakap konon-konon dia anak kucing tu laaa.

Adik-adik, tengok... mama beli mainan baru"

Hahahha hampehhhh!

Dekorasi SOHO dengan Pokok Bunga Lily

$
0
0
Bila kita bekerja dengan mengadap komputer atau laptop, mata dan otak kita akan rasa cepat letih. Sebab tu, saya suka letak pokok hidup at least sepokok di atas workstation saya atau ruang yang berdekatan. Sejuk mata mandang dan udara pun lebih segar ada pokok indoor. 

Hari ni saya nak share dekorasi SOHO saya yang terkini. Ada jugak yang berubah sikit-sikit sebab saya kan suka tukar sana, alih sini hehee. 


Kawan-kawan yang follow saya di Facebook dan IG tentu dah pernah tengok gambar saya share ni. Bulan December lepas saya beli pc pre-loved daripada kawan yang kerja kat pejabat gomen di Putrajaya. Okey la RM450. Takder bajet nak beli PC baru, boleh la setakat nak buat kerja bisnes, bukan nak yang high-end punya pun. 

Setakat ni tak pernah guna pun lagi PC ni hehe. Masih belum settle-kan untuk sambung hotspot. Pastu Nizam pun baru pasang haha. Nak beli bukan main berkobar-kobar, sekali beli dok simpan jer, laptop ni jugak saya guna hehee.



Saya letak sepasu pokok lily pink yang saya beli di nurseri 2 minggu lepas.  Di ruang belakang sofa tu pulak pokok spider plant dan money plant. 2 pokok ni saya dah biasa buat deko, so saya nak fokus share pasal pokok bunga lily tu ajer dalam entry ni. 

P/S: Pokok-pokok atas wall shelf tu bukan pokok idop yer, tu pokok jadian jer hehee. 



Daun pokok ni saya dah lap dengan air, tapi still nampak macam comot-comot. Takper, ada masa saya lap dengan jojoba oil hahhaha. Kasik daun dia nampak kilat berseri-seri gitu.



Tak nampak sangat kaler bunga ni pink, cahaya keimanan memancar-mancar pulak hehehe.




Pokok lily bukan saja cantik, tapi ia tersenarai dalam pokok indoor yang sangat sesuai dan bagus untuk membersihkan udara. Haaa, tuan-puan sekalian, silalah beli pokok lily di nurseri berhampiran anda :D




Haaa, macam ni warna real pokok lily ni. Zoom in sikit, saja nak goda korang supaya ber-lily jugak kat rumah. Saya suka tengok pokok hidup dalam rumah, termasuklah di SOHO. Tapi, malang sentiasa menimpa... pokok-pokok saya jaga tak panjang jangka hayatnya hahha. 

Takper, kan saya selalu cakap, saya sokong industri nurseri. Kalau tanam tak mati-mati, bila pulak nak repeat beli kan? Pastu, bukankah setiap yang hidup pasti akan menemui ajal. Hahha, taknak kalah tu, padahal tak reti menjaga, reti beli jer heheee.

Till then, kepada korang yang nak berdekorasi dengan pokok hidup samada di SOHO atau di pejabat, pokok bunga lily ni boleh dijadikan decor items yang cun dan murah saja harganya.

Bye!

Viewing all 991 articles
Browse latest View live