Quantcast
Channel: Ayu Rashid Design
Viewing all 991 articles
Browse latest View live

Resepi Dalca Ayam Mudah dan Ringkas

$
0
0
Hari ni, saya nak share resepi Dalca Ayam. Resepi ni mudah dan ringkas ajer. Yang menariknya bila masak dalca, kita dah boleh letak sekali harung ayam dan sayur-sayuran dalam tu. Setel! Tak payah masak sayur dah. 

Nak lagi umphhh, tumbuk sambal belacan. Gandingkan. Berasap perut makan, sampai lupa dah masuk minggu ketiga Januari 2018, diet mana diettt?

Ni resepi dalca ayam mudah dan ringkas version Ayu Rashid. Haaa, korang selidik dulu resepi ni tau. Saya tak snap gambar bahan-bahan dan step memasak. Tak sempat uols, maklumlah sekarang ni masak bertemankan si Ratu Bono. 

Kalau dia tak tidur dan takder orang nak tolong jaga dia, saya angkut dia bawak ke dapur. Bentangkan kain batik, letak mainan... ha, duduk la situ main. So, saya pun kenalah buat bahan masak dan masak sepantas mungkin (padahal terhegeh-hegeh jugak hahaa)



BAHAN-BAHAN:

Ayam- potong kecil
Rempah kari 
Santan
Cili kering
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Lengkuas
Kunyit
Rempah 4 beradik
Minyak masak (untuk menumis)
Sedikit air
Garam
Gula

SAYUR-SAYUR/CILI:
Kentang
Carrot
Kacang panjang
Bunga kobis
Tomato
Cili padi 
Cili besar merah


CARA-CARA PENYEDIAAN:

1. Blender: bawang merah, bawang putih, cili kering, halia, lengkuas & kunyit

2. Tumis rempah 4 beradik.

3. Masukkan bahan di blender #1 tadi

4. Masukkan rempah kari dan tambah sikit air nak elak rempah hangus

5. Masukkan ayam, kacau perlahan-lahan. Letak air sikit. Tunggu sampai ayam nampak pejal. 

6. Masukkan santan (ikut tahap nak cair atau pekat kuahnya)

7. Masukkan kentang dan carrot 

8. Masukkan kacang panjang dan bunga kobis.

8. Masukkan cili merah, cili padi dan tomato (optional, saya suka letak) 

9. Masukkan garam dan gula.

9. Dah masak, matikan api. 


SEBENARNYA, Cara penyediaan dalca style saya ni adalah SAMA dengan masak kari atau gulai ayam Terengganu. Bahan-bahan pun SAMA. 

CUMA ada tambahan sayur-sayuran dan cili ajer. Dan, dalam dalca ni saya tak letak kacang dhal. Senang sangat memasaknya. Rasa dia pun sedap! Anak-anak makan bertambah-tambah. 

PESANAN:
Buat kuah sedikit cair dan buat lebih kuahnya. Nanti boleh buat cicah roti atau lempeng. Kalau rajin, buat roti jala. Mavelessss!


SELAMAT MENCUBA!


Review Bilik Hotel Swiss Garden Melaka

$
0
0
Pada hari hujung minggu lepas, kami sekeluarga ke Melaka untuk my birthday gateway :P Kami stay kat sana 3D/2N di Swiss Garden Hotel Melaka. Besday tahun lepas pun ke sini jugak. Anak-anak suka sangat swimming pool hotel ni, so ke sini lagi lah kami. 

Saya buat booking tru booking.com 2 minggu sebelum tarikh kami nak pergi. Kami kat sana dari Jumaat 5/1 hingga Ahad 7/1/2018. 


Image source: www.booking.com

Kami check-in lebih kurang jam 5.30 pm. Mengejar masa anak-anak nak mandi kolam! Syukurlah check-in sekejap ajer, orang tak ramai. Then, terus naik ke bilik. 

Ini pun gambar yang sempat saya snap sebab anak-anak dah tak sabar nak landing atas katil dan nak salin pakaian nak terjun kolam. Sabor dulu yer, mak korang ni blogger, kena snap gambor dulu hahhaha.

Inilah sikit gambar bilik yang saya dapat share sebagai review bilik yang kami duduk tu. 





  




Saya suka dekorasi kat bilik hotel Swiss Garden ni. Moden dan minimalis. Paling saya suka kat tv area dan workstation. Memang sesuai sangat bilik macam ni untuk mereka yang datang untuk urusan kerja jugak, sebab ada ruang untuk bekerja. Masa saya datang tahun lepas, saya bawak laptop sekali, dapatlah buat kerja jugak. Masa tu saya mengandung 8 bulan hehe. Cuma, masa tu saya tak tunjuk gambar saya mengandung. Biarlah rahsia katernya. 






Bila bercuti, kami bawak bantal, selimut dan cadar sendiri jugak. Jangan pelik yer hee.



Sofa yang selesa untuk berehat dan jadi port untuk posing!










Asalnya kerusi tu kat bahagian lagi satu, tapi saya alihkan ke sana sebab nak elak baby main kat situ. Ruang pun jadi lebih lapang.



Cantik kan?







View dari tingkap ke balkoni. Bilik kami ni berdepan dengan The Pines Hotel. 




REVIEW BILIK:

Yang Best:
  • Harga berpatutan
  • Check-in cepat, staf mesra 
  • Lobi selesa
  • Bilik agak besar sesuai dengan harga
  • Tilam dan bantal empuk, selesa!
  • Cadar, sarung bantal, selimut: BERSIH
  • Bilik air bersih (ni paling pentingggg pada saya)
  • Security bagus (guna access card)
  • Ada petunjuk arah kiblat
  • Toilettories wangi dan cantik packaging
  • Mini kitchen
  • Hair dryer
  • Seterika & iron board
  • Astro (selected channel only)
  • Ada apa-apa problem kat bilik macam ekon tak sejuk (padahal tak reti guna remote hahhaha) ke contohnya, boleh terus call. Servis yang bagus dan cepat.

Yang tak best:
  • Karpet berbau! Tak selesa. Nasib baik bawak Fabric Mist, tapi itu pun tak dapat kaver bau hapak karpet tu. Sangat tak selesa dan rimas. Saya memang tak boleh dengan bau-bau macam ni. 
  • 2x menginap kat hotel ni, 2x jugak satu cangkuk langsir tu tercabut. Hahha, sakit mata i tau, kang ada jugak aku panjat gantung elok-elok!
  • Towel tak disediakan. Kena call, baru datang hantar
  • Wifi slow. Takleh guna langsung
  • Tak jumpa sejadah, mungkin tak disediakan atau saya tak geledah carik. So saya solat guna towel bawak dari rumah sebagai sejadah

Tapi, secara overall bilik kat Swiss Garden Hotel ni, best. Berbaloi dengan harga. Cuma saya harap dan dah tulis review kat booking.com tentang bau karpet tu. Sebab once ada bau tak menyenangkan, ia boleh spoiled-kan mood nak berehat. Taknak berburuk sangka, mungkin bilik saya dapat tu jer kot berbau. Kalau bilik lagi mahal, takder bau dan langsir pun tergantung elok hehhee.

Cuma, sebagai pelanggan, saya tak puas hati la berkenaan karpet tu. Semoga pihak hotel ambik tindakan sepatutnya, sebab 5* hotel tak sepatutnya ada isu macam ni. 

Next time, maybe saya nak try hotel lain pulak. Saya suka The Pines, tapi anak-anak tetap nak ke Swiss Garden, sebab dorang suka swimming pool kat sini. ADOIII.


Suami saya ada cakap.
Hotel ni best kalau datang berdua untuk honeymoon. Bilik cosy dan romantik jer. 

Tak payah keluar jauh-jauh. Sebab kat The Shore boleh shopping dan makan bawah tu. Tempat makan pun banyak. 

Maksudnya nak datang untuk berehat dan berkasih sayang sesuai sangat. Haa, dah ada anak bercuti ni? Takyah berangan nak romantik bang oiii. Kerja kita mengejar anak jer la merangkak sana sini dalam bilik hahaha. Sampai tahap saya buat macam ni haaaaa:





Rapatkan katil, bentang comforter atas lantai! Setel. Nak check-out tu gigih la pulak tarik katil dan susun semula elok-elok. Yelah, adat bertamu walaupun bayar, dah mandai tarik perabot orang sana-sini tu, pandai-pandailah letak semula macam asal. Kesian kat budak-budak housekeeping kalau dorang pulak kena susun semula. Baik tak kami? Hhheee.


Last but not least; berkongsi kenangan bercuti sempena besday ke 19 39 tahun. 






Next entry saya akan buat review swimming pool pulak. Till then, jumpa lagi!

Bestnya Mandi-mandi di Swimming Pool Swiss Garden Hotel Melaka

$
0
0
Kali ni, tak dapat nak share gambar keseluruhan gambar sekitar swimming pool Swiss Garden Hotel Melaka, sebab masa saya snap tu ramai orang, so untuk menjaga privacy dan aurat pengunjung, tak dapat snap dan share banyak gambar. Susah nak dapat suasana yang sesuai, sebab ramai orang. So, saya just share gambar family jer kat sini.

Korang boleh tengok gambar swimming pool yang lebih menarik kat laman web booking.com dan Swiss Garden Hotel Melaka. Maaf yer, agak kurang menarik gambar kali ni. Layan yer la gambar kami hehehe.


Masa nak turun dari bilik hotel ke swimming pool. Ini masa petang Sabtu. Petang Jumaat husband dan anak-anak berdua tu jer turun sebab dah lepas Asar, tak berani nak bawak baby turun. Just mereka 3 beranak jer turun. Hari ni, mencemar duli la saya dan Ayra si Ratu Bono turun sama ke swimming pool.


  
Bangunan Swiss Garden Hotel dan The Shore ni bersebelahan. Saya suka view kat sini. Bangunan cantik dan suasana pun tenang jer. Memang sangat sesuai untuk bercuti.




Gambar atas macam ni jer dapat snap, gambar kat swimming pool tak boleh yer hehe.




Kesayangan papa ni.



Dak kecik ni first time tengok swimming pool, muka dia macam jakun sangat hahhaa. Pakaian taknak kalah tu, tapi duduk jer la atas kusi tu yer, kecik lagi takleh terjun kolam.



Masa datang besday saya tahun lepas, pose lunjur kaki saya, Ayra dalam perut lagi. Ni kita kasi chance kaki Ayra pulak lunjur masuk FB, IG dan Blog hahaa. Kaki kepci sangat ni :P




Nak beriba jugak!




Pool orang dewasa. Tapi yang penuh pool kanak-kanak jugak hihi




Ini kalau saya mandi dalam ni, mau tenggelam tak timbul-timbul, sebab saya tak reti berenang ahaks!



Laluan ke bilik hotel




 Gambar kami sekeluarga. 

Betapa sukanya budak berdua ni dapat mandi kolam kat sini. Tak reti sejuk oiiii. So, saya suggest jika korang ada plan nak bawak anak-anak bergembira mandi kolam, Swiss Garden Hotel Melaka ni memang sesuai sangat.



Wajah gembira si manis 39 tahun kah kahhh. Manis sangat. Manis apanya dah nak masuk umo 40. Apa pun, syukur atas segala pemberian Allah pada saya selama 39 tahun ni.





Bila tengok gambar ni, dah macam budak berdua ni berselimut dengan bendera Malaysia pulak :D




Ayra si Ratu Bono.
InsyaAllah, nama Ratu Bono akan jadi branding untuk bisnes yang saya akan buat nanti.
New blog dengan nama Ratu Bono... by Ayu Rashid is coming soon, InsyaAllah.



Cakkkkk!




Ayra celup-celup kaki sudah la yer :P







Kami nikmati cuti sempena besday saya di Swiss Garden Hotel Melaka dengan kenangan yang manis. Semoga, ada kesempatan dan rezeki untuk ke sini lagi, atau ke hotel lain sekitar Melaka, sebab we love Melaka so much!

Anda, silalah ke Swiss Garden Hotel Melaka, kerana pengalaman bercuti di sini pasti menjadi memori yang indah untuk anda sekeluarga nanti. 

Till then, have a great day ahead!




Fungsi dan Cara Guna Balm Tasneem Naturel

$
0
0


CF Rub Tasneem Naturel

  • Bantu kurangkan selsema
  • Bantu cairkan kahak
  • Bantu melegakan athma
  • Bantu kurangkan suhu ketika demam
Cara Guna:
Sapu di hidung, tekak, tulang belakang, tapak kaki dan dada



Tummy Time Tasneem Naturel
  • Bertindak seperti minyak perut bayi
  • Membuang angin dalam perut
  • Bantu melegakan perut sebu
  • Bantu melegakan kembung perut
  • Bantu melegakan sembelit/cirit-birit
Cara Guna:
Sapu pada perut dan tapak kaki



Calm Time Tasneem Naturel
  • Memberikan keselesaan
  • Mengurangkan tekanan
  • Mengurangkan keletihan
  • Bantu anak lebih tenang jika sedang tantrum, mengamuk, menangis tanpa henti atau hyperaktif
Cara Guna:
Sapu di tulang belakang, tapak kaki, nadi belakang telinga dan pergelangan tangan



Sleep Time Tasneem Naturel
  • Bantu anak tidur lena
  • Bantu anak supaya mudah tidur
  • Bantu anak bangun dalam mood ceria
  • Memberi tidur berkualiti
Cara Guna:
Sapu di tulang belakang, tapak kaki, nadi di belakang telinga dan pergelangan tangan


Susun Atur Tudung

$
0
0
Ni gambar beberapa tahun lepas, melintas di wall memory FB, so saya share kat sini sekali lagi, sebab mungkin post sebelum ni dah tak keluar gambar sebab masa saya buat entry tu saya just copy-paste gambar dari FB. 

Ni cara saya buat susun atur tudung. Ringkas jer, sebab semua ni saya dah tak pakai pun. 

Mostly tudung ni jenis chiffon see tru, beli masa trip bisnes Hai-O ke Ghuangzhou, tahun bila lupa dah haha. 2012 kot!

Ngeri weh tahap ingatan sekarang. Banyak sangat ni urat putus 3 kali bersalin c-zer huh huhhh. Ke otak serabut banyak sangat mikir huhu.




Saya just lipat dan gulung kemas-kemas dan susun macam ni dalam bakul. Nak nampak lebih presentable eh bukan OCD tau saya letak ikut jenis: plain vs bercorak



Dah siap!

Kat sebelah tu semua seluar jeans yang dah tak muat  nak pakai sekarang ni.


Ohh, bila nak start diet ni, tak suka la berat badan tak turun-turun. Bulan depan Ayra dah umur setahun, anak makin membesar, ehhhh mama dia pun ikut sama membesar. Apa kesss ni. Ehh, tetiba pulak terselit cerita nak kurus hahahha.

Haa, so semoga idea susun atur tudung dengan lipat-gulung-sumbat dalam bakul macam ni dapat berikan idea susun atur dan mengemas untuk korang.

Bakul tu beli kat mana?

Saya beli kat The Store. Kat Tesco dan banyak kedai saya tengok ada jual. Murah jer harganya, ada pelbagai saiz. Biasa saya tengok ada kaler putih dan hitam.


Silalah beli bakul macam ni, banyak kegunaan dia. Saya suka sebab murah, very practical dan cantik. Ehh, ter-promote bakul pulak hahaha.

Till then, selamat bersusun-atur uols!

Apa Menariknya dengan AirAsia Flights?

$
0
0
Siapa tak pernah naik flight? Eh, macam kejam sangat pula saya tanya soalan macam tu kan? Huhu. Okay-okay sorry. Just nak tanya laa, korang kalau fly ke mana-mana, suka naik flight apa je?

Kalau macam saya, saya suka fly dengan AirAsia. Haaa, korang mesti tahu serba sedikit kan tentang AirAsia? Tipulah kalau tak tahu sebab airlines ni merupakan satu syarikat penerbangan kos rendah yang terbesar di Asia Tenggara dan mempunyai ibu pejabat di Kuala Lumpur, Malaysia. Kalau korang nak tahu, airlines ni boleh bawa korang terbang ke lebih 120 destinasi di Asia Pasifik, termasuklah 60 laluan unik di rantau ASEAN. Syok ke syok? Haha. Banyak lagi perkara yang menarik tentang airlines ni yang membuatkan saya tak jemu-jemu untuk terbang ke mana-mana saja bersamanya. Nak tahu apa yang menariknya? Let’s check out!

Perkara utama yang membuatkan saya jatuh cinta dengan AirAsia ni adalah kerana harganya yang murah. Ni bukan murah biasa-biasa tau, tapi memang kaw-kaw punya murah. Saya cukup suka wei dengan dorang punya tagline, “Now Everyone Can Fly”. Tapi serius ah, korang memang akan mampu untuk terbang ke mana-mana saja destinasi pilihan korang dengan airlines ni. Dan saya rasa airlines ni memang betul-betul nak capai matlamat mereka untuk bagi peluang dekat orang ramai naik flight.


Selain tu, walaupun telah menawarkan harga yang murah, dorang tetap mengadakan promotions danmenawarkan pakej-pakej yang menarik dari semasa ke semasa. Haaa, memang gila best lah cerita dia. Harap korang tak histeria laa ya. Hihi.

Tambah lagi, apa yang membuatkan saya suka fly dengan AirAsia ialah dorang ada menawarkan pelbagai tempat duduk untuk memberi keselesaan pada setiap penumpang, dariKelas Ekonomi hingga ke Premium Flatbed.

Mana yang nak duduk berdekatan dengan pintu kecemasan, bolehlah pilih Hot Seat. Ia lebih kurang sama macam Kelas Ekonomi cuba bezanya akan diberi keutamaan time naik pesawat.
Hot Seat

Bagi yang nak fly jauh, Premium Flatbed adalah the best choice buat korang sebab nanti bolehlah rehat dan tidur dengan tenang sementara sampai ke destinasi. Keselesaannya memang dijamin terbaik.
Premium Flatbed

Seat Quiet Zone pula sesuai untuk korang yang perlukan ketenangan dan suka suasana yang senyap. Jadi, dengan adanya pelbagai pilihan seat ni,korang dapatlah terbang dengan selesa dan seronok.
Seat Quiet Zone

So, sekarang ni korang dah mula jatuh cinta dengan AirAsia flights ke belum? Hihi. Kalau belum, takpe. Biar saya share lagi apa yang menarik.

Okay, next! Part yang paling best mestilah tentang in-flight meal. Yeahh! Biasanya, hanya penumpang Premium Flatbed saja yang akan dapat free in-flight meal. Tapi penumpang yang lain pun still boleh order makanan. Sama ada nak order secara on the spot atau buat pre-order secara online. Pasti korang akan rambang mata bila tengok pilihan menu yang ditawarkan sebab semuanya nampak sedap-sedap belaka.

Antara pilihan meals yang ada ialah Nasi Lemak Pak Naseer, Nasi Ayam Malaysia, Pulut Mangga Thai, Briyani Ayam Bukhara, Ayam Panggang dan banyak lagi. Untuk kaki makan macam saya ni, memang heaven sangat la menu-menu yang ada ni. Wallaaaa :D
Contoh menu yang boleh dinikmati di dalam AirAsia Flights

Kepada korang yang memang kaki travel, saya sarankan korang daftarlah sebagai ahli supaya nanti senanglah nak tahu all ongoing promotios dari semasa ke semasa. Walaupun seat untuk promotion fare agak terhad, tapi peluang untuk korang mendapatkannya adalah sangat tinggi kerana setiap kali promotions korang akan mendapat newsletter by email. Dalam masa yang sama, korang juga boleh kumpul point dengan setiap flight booking. Bila point dah cukup pula, boleh redeem untuk dapat free tiket flights, penginapan hotel, hidangan, insuran dan bagasi. Haaa, seronok ke seronok? Haha.



Sebelum saya terlupa, antara perkara menarik di AirAsia flights ni juga adalah Xcite Inflight Entertainment which is korang boleh tengok segala jenis hiburan hanya melalui tablet saja. Macam-macam pilihan ada termasuklah movies and TV series, muzik, majalah, dan games. Xcite Tab ni juga dilengkapi dengan head phone supaya takdelah korang mengganggu penumpang yang lain dan bolehlah menikmati hiburan dengan sepenuhnya.


Jadi, jangan lepaskan peluang untuk terbang dengan harga rendah yang paling maksimum dan nikmati juga AirAsia flights promotions yang sangat menguntungkan.

Jom rancang percutian korang sekarang juga! Ciptalah kenangan terindah ke destinasi pilihan kita dengan AirAsia Flights.

Images source: Google Image & AirAsia Website

Kayliz Granola Oat Solusi untuk Bukan Penggemar Oat

$
0
0
"Saper kat sini tak suka makan oat, cer angkat kening macam Kak Ziana Zain sikittttt".

Nak pecah rahsia ni, syyhhhh... Kak Ayu lah antara yang tak makan oat! Jangan kan nak makan, dengar perkataan oat pun dah trauma hehe. Bukan saja tak makan oat tau, susu pun Kak Ayu tak minum. Dah tu, macam mana nak sihat dan fit kan?


Then, bila Kak Ayu tau Kayliz Granola Oat adalah oat yang dihasilkan dengan campuran bahan yang menyedapkan rasanya, Kak Ayu terus rasa teruja nak cuba. 


Al-maklumlah, Kak Ayu ni dalam fasa nak turunkan berat badan. Dah nak masuk setahun bersalin baby ketiga, berat badan tak turun-turun lagi ke 49kg. Sekarang berat badan Kak Ayu 53kg. So, Kak Ayu nekad nak cuba Kayliz Granola Oat. Manalah tau kalau konsisten makan oat ni, then exercise, jaga makan, boleh la turunkan berat badan. Baru la dapat melaram macam dulu. Wah impian hehhee.


Kayliz Granola Oat ialah produk dihasilkan oleh Bumiputera, iaitu CARE LIZ RESOURCES yang beroperasi di Negeri Sembilan sejak 16 September 2015. 


Kaylis Granola Oat boleh membantu:
  • Menurunkan kadar kolestrol dalam badan
  • Menyihatkan jantung
  • Menyeimbangkan kadar gula dalam darah
  • Memberi tenaga 
  • Membina tulang yang sihat


Dalam brosur ni, kita boleh baca Ingredients  di dalam Kayliz Granola Oat iaitu oat, sweet potato (ubi keledek ungu), chia seed dan madu.


Setiap bahan tersebut mengandungi khasiat yang sangat baik untuk badan samada dari segi kesihatan dan kecergasan badan. Rasanya pula memang sedap dengan kombinasi keempat-empat bahan tersebut. 


Packaging Kayliz Granola Oat ni memang menarik, kedap udara dan tak hancur kalau di pos atau kita nak bawak pegi ke mana-mana ajer atau untuk travel sekali pun.


Lepas ni, boleh la bawak jer Kayliz Granola oat ni untuk kita jadikan sarapan, snek atau nak makan bila kita nak cepat atau on-the-go. Anak-anak pun boleh makan oat ni tau, so kalau anak suka makan jajan tu, haaa apa kata kita kasik jer makan Granola Oat ni. Kenyang dan berkhasiat gitu.


Kak Ayu tak minum susu tau, even soya sekali pun! So, Kak Ayu just makan ratah ajer, macam makan kacang. Layan makan sambil tengok tv, sedor-sedor dah abes semangkuk hehe. Oat ni rangup dan sangat sedap!



So, takder masalah lagi dah untuk bukan penggemar oat untuk makan oat tau. Dengan adanya Kayliz Granola Oat ni, kita dah boleh menikmati oat dan mendapat khasiatnya.


Korang boleh dapatkan maklumat lanjut dan membuat pembelian Kayliz Granola Oat ni kat:

Whatsapp: 011-10906902 / 019-6255010

Dikilangkan oleh:
CARE LIZ RESOURCES,
No. 1723, Lorong 40 Taman Villa Lavender Height
70450 Seremban,
Negeri Sembilan

COMING SOON

$
0
0
Ratu Bono... by Ayu Rashid





Stay tune 
Thank you for your support, I really appreciate it.


Regards;
Ayu Rashid
Working at Home Mother since April 2010



TAWARAN HEBAT CUCI KEDAI DARI - SYAQIST PATCHWORK

$
0
0
SYAQIST Patchwork menyediakan pelbagai produk patchwork yang sangat cantik dan juga berkualiti tinggi. Antara produk patchwork yang mereka tawarkan ialah cadar, karpet size besar, karpet size kecil, toto bayi, alas kaki, bantal bunga dan pelbagai lagi. Menariknya semua design cantik-cantik dan warna yang sangat menawan kalbu.

SET PREMIUM CADAR  PATCHWORK SYAQIST
MATERIAL CADAR SYAQIST 100% cotton. Sekiranya ada yang beli dan kualiti material bukan cotton, korang boleh kembalikan dan dapatkan yang baru. Jaminan kualiti cadar Syaqist ni memang tip top! JENIS cadar pula adalah jenis cantum tampal atau sulam tampal. Ini membezakan patchwork asli dengan palsu tau! Set cadar ni mengandungi 3 item iaitu 1 CADAR QUILT YANG TEBAL dan 2 SARUNG BANTAL BERZIP.


KELEBIHAN CADAR PATCHWORK SYAQIST
  • Jahitan lebih halus dan kemas
  • Material kain pure cotton berkualiti tinggi
  • Lebih tebal dari cadar yang biasa
  • Kain sejuk dan selesa dipakai
  • Melekap dan terletak di atas katil
  • Jahitan corak bunga nampak timbul
  • Bilik akan nampak lebih eksklusif, mewah dan bergaya
  • Mudah diurus dan di basuh dengan mesin basuh
  • Tebal dan boleh di pakai lama
  • Menambah keempukan tilam
  • Sesuai untuk dijadikan hadiah untuk yang tersayang
  • Boleh dijadikan sebagai cadar pengantin



PELUANG MENYERTAI TEAM SYAQIST
Syaqist juga menyediakan peluang untuk kita menikmati faedah yang berbaloi-baloi dengan mereka. Syaqist menawarkan MEMBERSHIP & LOYALTY PROGRAM untuk kita menikmati pelbagai kelebihan. Antara faedah yang diperolehi dari program ini ialah
  • Diskaun semua item termasuk item promo
  • Hadiah hari jadi
  • Rebate RM50 untuk belian ke 11
  • Tidak perlu memperbaharui keahlian
YURAN KEAHLIAN hanya RM30 seumur hidup dan TERHAD KEPADA 100 ORANG SAHAJA.





PROMOSI KOSONG KEDAI
SYAQIST dalam proses berpindah ke kedai baru jadi untuk memudahkan urusan, mereka sedang buat promosi BERMULA 27hb JANUARI HINGGA 31hb JANUARI 2018 SAHAJA. Korang bolehlah grab peluang harga promosi ni untuk miliki cadar patchwork premium dari Syaqist ni!

HARGA BIASA RM 195
HARGA PROMOSI RM 185
FREE POSTAGE KE SEMENANJUNG
SABAH & SARAWAK RM 15



CARA UNTUK DAPATKAN PRODUK PATCHWORK SYAQIST




WHATSAPP : 018 3733749

FOKUS 2018

$
0
0
Tahun 2018, sebenarnya dijangka tahun yang mencabar. Sebab anak sulung dah masuk darjah 6. Nak periksa UPSR dan PSRA. Tadi pun, result UPKK dah keluar, alhamdulillah. Tunggu papa balik, nanti kita kuar makan-makan dan beli hadiah yer. Eh, apsal mama pulak yang eksaited ni? Hhahaha.


Then, anak nombor 2 pulak, dah darjah 1. Membaca masih belum boleh, cuma alhamdulillah, dah mula kenal  dan baca suku kata. Sebelum ni, dia macam susah nak terima cara Phonics. Cara suku kata cepat pulak dia belajar. Silap mamanya jugak, tak bersungguh mengajar. 

Ni memang nak kena catch up cepat-cepat. Papa dia ajar matematik, mama ajar membaca, menulis dan jawi. Kesian, kalau tak dapat baca. Apa pun, hepi sangat tengok progress dia sekarang. Dia pun hepi pegi sekolah, cuma sekali-sekala jer la merungut penat sekolah pagi-petang. Tapi, takdernya mama dia nak layan. Sekolah tetap sekolah!



Mereka berdua tu adalah fokus utama Kak Ayu tahun 2018 ni. Si Ratu Bono tu kira terkeluar dari carta la, sebab dia tu memang akan sentiasa terulung hahhaa. Khamis ni genap umur Alish 7 tahun, dan Ayra 1 tahun. Tapi kali ni tak gi memana, dok rumah jer sebab Ahad kakak ada program kat sekolah. 

Tentang bisnes. Kak Ayu buat setakat boleh. Asalkan dapat income. Yup, tahun ni memang mencabar, sebab Kak Ayu masih mencari hala tuju, sebab Kak Ayu tak dapat nak commit. Unless, untuk bisnes atau produk yang tak perlukan banyak masa untuk Kak Ayu buat dan hadap.

Kak Ayu taknak push diri. Sebab bila stress, semua pun tak jadik. So, buat setakat yang mampu, dan berserah pada Allah. Mintak DIA uruskan segalanya. Baru rasa lapang dada dan Kak Ayu nak enjoi the journey as a mother, wife dan wahm.

Vision Board pun tak buat lagi oiii, dah nak abes bulan Januari dah hahaha. Kebizian atau kemalasan agaknya ni hihiihi.

Takder Vision Board pun, alhamdulillah Allah dah perkenankan impian Kak Ayu nak Philips Iron by Amway dan pokok pisang SSF. Alhamdulillah. Syukur. Kalau DIA nak bagi, pasti akan dapat tepat pada waktunya. 

Till then, nanti jumpa lagi yer, lama tak menaip entry cenggini hehee. Bye!

3 TIPS MULA BISNES DARI RUMAH

$
0
0
Hi semua.
Hari ni nak bagi tips santai-santai jer, sebab esok kan cuti, kita amik mood hippp hipppp hooreyy! Eh, uols tak cuti ke esok. Hihihi, takper nanti Jumaat, Sabtu or Ahad boleh cuti yer. 

Nak share ni, 3 tips mula bisnes dari rumah. Ni ikut terlintas kat fikiran jer, dan semestinya based on my experience. 


1. Dapatkan sokongan daripada pasangan
Ni bukan sebab kita ni bini misali ke apa la kan, dapatkan keizinan suami tu memang WAJIB. Sebab, bila dia dah izinkan, mudah la kita nak dapat sokongan dan talian hayat (pertolongan). 

Contohnya mintak tolong paham yang bini sedang carik duit dari rumah. Pastu kalau ada nak bungkus parcel ke, nak pos parcel ke, nak mintak tolong  urus-urus hal rumah dan anak-anak. Haa, tu pentingnya sokongan suami. Kalau suami tak sokong, agak-agak dia tolong dengan ikhlas tak? Walaupun pada hakikatnya kita kerja dari rumah ni nak bantu dia, atau sekurang-kurangnya kita ada duit poket sendiri.


2. Tau dan sentiasa ingat bahawa kerja dari rumah perlukan pengorbanan yang besar.
Kalau tengok gambar kat internet, kita mungkin terpedaya yang kerja dari rumah ni enjoi dan santai gila. Haaa, kalau betul macam tu, alhamdulillah. Rezeki uols la tu. Tapi, kalau sebaliknya, sila ingat balik pesanan Kak Ayu ni yer hehehe.


3. Mula dengan apa yang kita ada, dan sebaiknya buat apa yang kita suka (passion)
Takyah sampai nak berhutang bagai, jangan mudah terpedaya dengan bisnes yang bagi pulangan besar atau its too good to be true. Bukan nak kata depa tu menipu, tapi kena beringat. Sekarang bersepah bisnes yang tak perlukan modal dan modal minimum. Haa, buat yang tu dulu. Bina foundation. Dah yakin, dah ada ilmu sikit-sikit (tapi ilmu mesti sentiasa upgrade yer), baru buat kerja atau bisnes yang lebih besar.


Haa, tu jer tips santai-santai dari Kak Ayu hari ni. Kalau tak tau nak bisnes apa, jangan segan WA atau Telegram kak ayu hahahha. Ada 3 bisnes korang boleh pilih. Nak yang mana 1, kot sesuai ngan jiwa korang.

Till then, nanti menulis lagi. Tadaaaaaaaaaaaaaaa!

Norafurla Mascara Open for Dropship

$
0
0
Hi semua.

Saya nak share peluang untuk kita sama-sama jana pendapatan dengan bisnes Norafurla Mascara


Buat masa ni, kita fokus dulu jual mascara yang tengah viral ni
InsyaAllah, soon founder Norafurla iaitu Puan Nora Adila akan keluarkan produk baru (niche beauty jugak).

Kita mesti tau kan, boleh dikatakan majoriti seorang pompuan akan ada sebatang maskara. Walau tak suka mekap macam mana pun, nak juga tuuu ada sebatang mascara hehehe.

So, nampak tak peluang bisnes jual mascara ni?
Kat Malaysia ni, ada berapa ramai wanita?
Dari remaja sampai dewasa.

Eh, budak sekolah rendah pun dah pakai maskara uols!
Dasat betul zaman sekarnag ni ekkk?


Macam mana nak jadi Dropship Norafurla Mascara ni?

Korang cuma beli sebatang mascara dengan harga RM59 ajer
Tambah RM8 postage

Ni harga mascara masa sedang promosi tau.
Bila harga dah kembali ke harga asal (tunggu HQ umumkan), harga Dropship pun akan naik jugak la ikut harga mascara tu.
Jadi, nak bayar lebih ke nak bayar RM59/sebatang tu?


So cuma RM67 sahaja dah boleh jadik Dropship Norafurla.
Pastu, dah nampak jalan, dah mula seronok menjual, boleh upgrade jadi Mini Agent pulak.
Pastu, jadi Agent, then Stokis.

Betapa besarnya peluang dalam bisnes ni.

Yang bestnya, ada support group, gambar-gambar, video dan 
testimoni akan diberikan. 
Saya akan bagi link dan add korang bila dah join.

Haa, apa tunggu lagi.
Whatsapp no bertuah ni tau :)

Ayu Rashid | 019 - 989 8341


Saya juga ada BLOGSHOP untuk Norafurla iaitu:

Senarai Dropship team saya akan disenaraikan dalam blogshop ini.

#ProjekDuitRaya2018 Bersama Norafurla

$
0
0
Sedar tak sedar, lagi 100 hari kita akan sambut kedatangan bulan Ramadhan. 100 hari tu, sekejap jer kan?

Source: Google Image

Saya tak nak bincang pasal ganti puasa, nak tambah amalan ke apa, menu berbuka/sahur sebulan ke, baju raya ke. Cuma kat sini ringkasnya saya nak cakap tentang persediaan perbelanjaan nak sambut bulan Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri.

Since tahun ni, bulan puasa ialah pada bulan Mei, dan hari Raya pada bulan June, kita mungkin rasa sesak napas berbelanja dan bayar untuk persekolahan anak awal Januari hari tu tak lepas lagi. Eh, bulan Mei dah nak sambut puasa.


Jadi, saya nak ajak korang yang nak sangat buat duit raya untuk sama-sama join team saya dengan bisnes Norafurla.


Sekarang ni, tengah viral Norafurla Mega Volume Mascara. Eh, saya tak citer lagi ke saya baru jer join bisnes ni minggu lepas! Tu kendian saya citer yer, tunggu entry akan datang. Macam mana la Kak Ayu yang tak suka pakai mascara apalagi bermekap boleh terjebak jual mascara. Sesuatu sangat nih hahahaa.

Kembali pada tujuan entry ni.

Dengan bermodalkan RM59/sebatang mascara tambah dengan RM8 postage, bersamaan RM67, korang dah boleh jadi Dropship Norafurla. Mascara nan sebatang tu, korang guna la sendiri, jadikan sebagai tester dan pastikan berusaha untuk jadikan daripada mascara nan sebatang tu untuk buat duit besar sebelum raya nanti.

So, RM67 sahaja, kita mula buat #ProjekDuitRaya2018 bersama Norafurla.


InsyaAllah, soon Norafurla HQ akan released produk baru yang pastinya ohsem dan akan viral jugak! Nak buat duit geli-geli, duit raya, duit bayar komitment, bayar hutang, bagi mak ayah, saving, sedekah, zakat, shopping (ehhhhh), boleh sangat dengan Norafurla mascara dan produk lain yang akan datang.

Jika anda bersedia nak buat duit raya, cepat-cepat hubungi saya. Dalam masa kurang dari seminggu, team saya kini dah ada seramai 4 orang, ini bermakna produk ni memang mendapat perhatian dan pasaran yang sangat luas! 

Bahan marketing dan guide diberikan. Yang penting, siapa berusaha, InsyaAllah dia dapat!

Whatsapp: 
Ayu Rashid
019 - 989 8341

Dilema Bila Bela Kucing dan Disebalik Kasih Ibu

$
0
0
Nizam selalu cakap, share la pasal Ara & anak-anak dia kat blog. Amboi, bini dia nak share pasal dekorasi dan bisnes pun huru-hara, ada hati nak share pasal kucing :P

Ni pun nak share sebab bila tengok beranda rumah dan laman sekangkang kera tu dah tak terjaga. Beria dengan kusi meja Ikea kat beranda tu kan? Tak lama lepas tu, dah takder lawa macam mula-mula tu. Sebab bila Ara dah beranak 5 ekor, kawasan tu dah jadi tempat lepak mereka 6 beranak!

Tapi, sekarang cuma tinggal 3 ekor jer anaknya. Lagi 2 ekor tak tau apa kesahnya. 2 kali balik kampung, 2 ekor kucing hilang. Tensen jer Nizam beli sekor yang mula-mula hilang tu dia sayang, dia nak bela sebab jantan dan mata kaler biru. Comel katernya. Ntah, Kak Ayu tengok, sama jer 5 ekor tu, hahaha. Dasar sangat tak minat kucing hihi.

Lagi sekor pulak, baru jer hilang dalam bulan Januari lepas. Balik jer dari kampung, tengok tak cukup sekor. Kena langgar ke, kena buang ke, kena ambik ngan orang pun tak tau la. Rasanya budak amik bela ni. Sebab semuanya jinak senang nak angkut ambik. Tu kata kat Dania, kenapalah ambik sekor-sekor jer, kalau ambik semua ngan mak dia sekali kan bagus. PAKEJ! Senang takyah ada kucing kat umah hahaa. Tensen jer Dania dengar mama dia cakap gitu hehhee.

Mana Kak Ayu tak tensennya lahai... Kalau ini aktiviti dorang!



Dah 3 pasu money plant Kak Ayu tergolek dikerjakan. Dah la pokok baru semai semula. Baru bertunas akar, dah habis jatuh. Nizam pulak rajin sangat, terus dia buang. Katanya nanti kita beli pokok baru, yang besar terus, takyah nak semai-semai, lambat besar. Ntah-ntah tak sempat besar dah mati dulu. HahahhaHampeh lakikuuuuu!


Kat area beranda pun sana-sini depa membuang. Tensen sangat rasa. Kak Ayu memang takkan basuh laa, pepandai la Dania & papanya bahagikan jadual membasuh. Pokok-pokok bunga kat laman sekangkang kera pun banyak yang rosak, sebab depa dok jadikan area tu highway nak ke rumah jiran sebelah kanan dan jadikan taman mainan. Wah, memang seronok sangat la depa dok main situ. Patah-patah dah terkoyak-koyak daun bunga dikerjakan. 

Tapi, tu laaa kan.
Dah namanya haiwan kesayangan Rasulullah. Sungguh pun Kak Ayu geli nak pegang kucing, tapi suka bagi dorang makan. Sebab tu salah satu cara paling senang nak bersedekah setiap hari. Pastu bila tengok gelagat dorang main-main, bercakar-cakaran, lompat-sana sini, rasa terhibur jugak. Bila tengok Ara susukan anak-anak dia, berderet beratur menyusu, rasa sayu sangat hati ni. Bila tengok Ara macam kurus, rasa dia tak cukup makan sebab anak-anak kuat menyusu. Rasa sayu lagi. 



Ni masa semua 5 ekor cukup lagi anaknya. Baru umur dalam sebulan lebih kot, bulan 11/2017

Bila tengok Ara bawak seketul ikan atau ayam yang kami kasik dia makan kat dapur untuk di bawak keluar bagi anai-anaknya, lagi rasa sayu. Mula-mula dia makan dulu sikit, pastu dia simpan untuk anak dia, dia bawak kat mulut, pegi ke pintu sliding nak keluar. Sebab anak dia kecik lagi, kami tak bagi makan nasik, ikan atau ayam. Bagi whiskas bijik-bijik tu jer atau yang lembek tu. Tu bila nak bagi Ara makan, panggil dia sekor jer masuk ke dapur. 

Tapi, dia tetap nak bagi anak dia jugak merasa. Sedih tau nengok. Sebab macam tu la kita manusia pun kan. Makan minum apa pun, mesti teringat anak. Kasih ibu, tak kira manusia atau haiwan, tetap kasih ibu. Itulah naluri yang Allah kurniakan buat kita.



Kadang rasa nak buang semula Ara dan 3 anak dia ni. Tapi, bila tengok dorang, tak sampai hati. Sebab kami dah pernah buang Ara dan 2 anak yang sebelum ni masa nak raya puasa tahun lepas. Sekali, bulan 8 dia balik semula. Balik sekor dia jer, anak tak tau mana pegi dah.

Rasanya dia balik tu bawak perut hahhaa. Sebab tak lama tu mula nampak perut dia mula membesar. Cuma yang risau, jiran marah jer, sebab depa membuang merata-rata jugak. Hmmm, dilema betul laaa.



Cat Dinding Warna Biru Tua

$
0
0
Lama tak cat rumah ni. Walaupun rumah sewa jer pun, tetaplah diri sendiri dan keluarga yang duduk, bukan tuan rumah. So, tak salah kalau kita nak cat rumah (dengan keizinan tuan rumah). Tak perlu beli cat mahal pun, cukup sekadar warna yang sesuai dan kita suka.

Teringin jugak nak tukar kaler cat baru raya tahun ni, especially kat bilik tidur utama. Dah nampak tak elok dah cat kaler purple tu. Tapi, takder maknanya nizam nak layan hahaha. Hadap jer la kaler tu sampai kitorang pindah dari sini. Ntah bila la dapat pindah, bosan dah dok sini.

Then, sesaja scroll gambar kaler-kaler dinding yang menarik. Jumpa kaler biru tua macam ni. Canteknyaaaaa!
















Nampak ekslusive sangat kaler biru tua ni kan? Combined dengan kaler putih atau soft grey untuk dinding lain, perabot dan soft touch. Memang letopsss!

So, mungkin ni idea untuk korang berdekorasi untuk Hari Raya 2018 nanti. Selamat berdekorasi!

Mana Nak Beli Balm Tasneem Naturel?

$
0
0

Tak tau kat mana nak beli balm Tasneem Naturel?


Anda boleh dapatkan di blogshop saya iaitu:





Blogshop Ayu Rashid Shop ni bukan sahaja untuk urusan jual beli balm Tasneem Naturel, tapi saya juga akan berkongsi dengan anda maklumat mengenai balm Tasneem Naturel, cara penggunaan, testimoni, info mengenai essential oil, parenting tips dan hal berkaitan bayi dan kanak-kanak.

Sudi-sudilah FOLLOW blogshop saya tu yer.

Terima kasih di atas sokongan anda. Sayang semua!

LOVE;
Ayu Rashid
Owner Ayu Rashid Shop

Khasiat Pokok Mulberry

$
0
0
Kat laman rumah mak mertua saya ada sepohon pokok mulberry. Sebelum ni, saya tak tau pun yang pokok mulberry ni ada pelbagai khasiat daripada daun, buah dan batang. Macam pokok kelapa jugak la, yang kita gelarkan sebagai pokok 1001 kegunaan. 


Jika korang nak tau khasiat buah mulberry, korang boleh klik link ni untuk baca. Bagus dan jelas sharing yang blogger ni share. 



Tengah berbuah lebat dan masak masa ni. Sedapnya lahai. Korang penah makan buah mulberry?



Nak dapatkan pokok yang rendang dan rendah macam ni, kenalah rajin cantas dahannya. Bila dah cantas, dahannya pucuk dia akan makin cepat naik dan cepat  berbuah. Jangan sayang nak cantas pulak hehhee. 




Hasil petikan. Buah dia sedap. Rasa masam-masam manis kelat gitu. 


Daun mulberry sedap tau bila dicelur pastu cicah sambal belacan. Saya jugak dah pernah buat masak lemak pucuk mulberry. Kalau ikut tekak saya ni, rasa celur dan masak lemak pucuk mulberry lagi sedap daripada pucuk ubi!

Caner nak cakap ek?
Rasa dia lagi lemak sebab tekstur daun dia lebih halus berbanding pucuk ubi. Anak sedara dan kakak ipar saya pun cakap sedap. Mula-mula tu dorang tak tau ulam apa. Pastu dorang tanya, tu daun apa.

Cara masak pucuk mulberry ni sama jer resepi dia dengan masak lemak pucuk ubi tu. Kawan saya cakap,  pucuk mulberry goreng belacan pun sedap.

Haa, bolehlah kita pelbagaikan menu dengan pucuk mulberry ni.

Khasiat dia pun memacam boleh dapat. Rerajin la makan pucuk dan buah mulberry untuk kesihatan dan awet muda. Ehemmm, sebab katanya pokok mulberry kaya dengan anti-oksidan.

Kena tanam jugak sepokok ni. Dalam pasu pun jadik ler hehehe. 

RECAP 2017 (Part 1: January - June)

$
0
0
Hari ni dah last day on 2017. Jomlah buat recap 2017. 

Share sini kenangan dan down the memory lane gitu. Sebab saya sendiri pun tak ingat sangat apa hal-hal penting berlaku sepanjang tahun. Nak buat recap ni pun kena tengok folder gambar kat laptop dan photos gallery di hp :P


Januari

Dania darjah 5


Hariz masuk tadika 6 tahun. Tadika Tahfiz Cilik Nur Ulfah




3.1.2017: Sarat pregnant Ayra!
Mengandung yang dirahsiakan, hanya family dan rakan terdekat jer tau.
Sepanjang mengandung yang mabuk teruk, sampai 2x kena drip.
Ni masa pergi check kat Az-Zahra Bangi. Bulan terakhir sebelum bersalin secara ceaserean buat kali ketiga.



Dah nak jadi abang Alish masa ni, bermanja la sepuasnya.



4.1.2017: Besday ke-37 tahun.
Sambut kat Secret Recipe Semenyih jer sebab hari sekolah. 


Weekend minggu besday tu (Jumaat - Ahad), short besday gateway kat Swiss Garden Hotel Melaka.




Yer, begini caranya nak pose taknak nampak perut hahhaa.




FEBRUARI

1.2.2017, sambut besday Alish sehari awal, sebab esoknya mama dah nak kena serah diri kat hospital untuk bersalin. Tumpang sambut besday kat umah Mak Long jer. Sambut dengan family Maklong & Acik.


Here we go to the hospital!

Selamat bersalin Ayra. 


3 hari duduk dalam pantauan, sebab ada problem kesihatan sikit. Hari ketiga baru mama dapat jumpa Ayra.


Kali pertama mata bertentang mata, mama gagahkan diri berjalan ke nursery, cebekk muka nanges masa ni. 

Hari ke-5 baru boleh discaj, tunggu result darah keluar dan darah putih dah normal, pastu kuning pun dah mula kurang.


Berpantang kat Keratong, sampailah hari ke-23



Hari ke-23 dah balik Semenyih, sambung berpantang kat rumah, Nenek Jah dan ayah su ada kat sana.


MARCH

8.3.2017: Besday husband. 


Check-up hari ke-30 di hospital Az-Zahra Bangi. Paed & gynae kata, baby dah terlebih berat ni. Hahhaa, Ayra dah mula membesar dengan jayanya, alhamdulillah.


Few weeks later, pegi semula jumpa Paed, sebab Ayra ada hernia pusat. Paed letak apa ntah lupa, tupppp pecah yang gelembung kat pusat tu, alhamdulillah dah ok!




Abes pantang, dah 41 kalau tak silap, cuti sekolah bulan Mac, terus merayap ke JB hahaha
Nenek Jah dan Ayah Su pun ikut sama.



Ayah botakkan kepala Ayra. Kalau harapkan papanya, memang tak laa, penakut tu haha



APRIL
  
Nenek Jah dan Ayah Su dah nak balik Besut, 3 bulan dok dengan kami, tolong jaga dania dan kami sekeluarga. 

Masa hantar nenek, dah pandai senyum berposing depan camera hehe.



 
Majlis Berendoi dan Doa Selamat.










MEI

 Syukur, rajin dan gembira pegi tadika


Masa berlalu pantas, dah makin membesar dengan sihat.



JUNE
Ramadhan & Hari Raya Aidilfitri



Kali pertama bawak Ayra pegi IOI City Putrajaya, shopping raya!




Count the day and the blessed
Mama sendiri amik ukuran nak buat baju raya. hehehe.


Hari Raya!


  Baju raya tak sempat siap, sib baik bawak baju gaun ni selai, kalau tak... pakai ler baju lubang-lubang buat raya hehhe. Ehh, dah pagi raya... dah pakai cecantik ni, meh la kita posing, sedap pulak dia tidur!


Alhamdulillah, penuh screen tahun ni. 
Terima kasih Allah untuk anugerah terindah ini.



Sama-sama menggemuk dengan jayanya, pastu asik dok kata
"Bulan depan kita start diet tau"
Maka... bulan berganti bulan, dah last day 2017 pun, Diet mana diet?
Hhahhahaha.

Bersambung Part 2 (July - December)

Susun Atur Mainan Anak di Ruang Tamu

$
0
0
Sebagai WAHM, saya nak semua benda boleh diuruskan dengan cepat dan ringkas. So, saya suka gunakan kaedah yang practical dan minimalis dalam dekorasi rumah. Sebab tu lah, mainan anak-anak yang mereka sentiasa main saya letak kat ruang tamu ajer. 

Yer, kat tepi rak tv!

Kenapa tak percaya? Percayalahhh. Memang agak bersepah dan tak sesuai. Tapi, selagi ia memudahkan kerja saya dan anak-anak mudah nak capai mainan untuk main dan kemas semula, tu dah cukup melapangkan salah satu task saya kat rumah.

Takper, kena redha jer dekorasi rumah tak seperti idaman kita. Even nak ber-carpet pun saya pikir 4 juta kali, apa lagi nak deko sakan. Cukuplah dekorasi yang simple. Tapi, saya memang pantang kalau rumah bersepah. Memang mengundang stress la jawabnya.

Wah panjang mukadimah kan? Padahal nak share citer saya kemas-kemas mainan Ayra (dan sedikit mainan Hariz). Ni cerita bulan Januari punya yer. Sekarang, dah bercampur-aduk semula dah mainan ni hahaha. Gitu laaa, kemas-sepah-susun atur, sepah,... never ending story, tak payah nak berangan happily ever after :P


Saya susun mainan dalam bakul ajer.



See, time tu mama nak mengemas, time tu jugak la dia sebuk nak nolong
Rajin anak mama sorang ni.



Semua benda la nak capai kemas


Ni saya nak asing-asingkan semua mainan ikut jenis masing-masing.

Haa, kater baby girl kan? Harus la mainan masak-masak kaler pink uols!
Papa dia la belikan ni. 



Yer, sebegini rupa parasnya semasa proses susun atur berjalan





 Ini semua dah siap asingkan ikut jenis.
Mainan anak-anak saya takder yang mahal. Ini pun kebanyakan dari Hariz punya. Sib baik tak semua sedekah kat orang atau buang. Tak sangka laks nak beranak lagi hahahhaa.




Saya suka bagi anak-anak main block ni.
Tunggu Ayra besar sikit, baru nak buatkan playdoh gandum. Sekarang takleh kasik lagi, kang semua masuk mulut.




Ni jer soft toys yang ada. Nasib ler anak, mama tak minat mainan banyak.
Bear Kit Kat 2 ekor tu pun Hariz punya, beli Kit Kat dapat bear




Dah siap susun. Haa, kan kemas tu
Next entry saya share macam mana saya letak semua mainan ni kat ruang tamu, sebelah rak tv.

Senang nak capai, senang nak sepah jugak :P

Susun Atur Mainan Anak di Ruang Tamu

$
0
0
Sambungan daripada previous entry semalam berkenaan Susun Atur Mainan anak di Ruang Tamu, macam ni saya susunnya. 

Simple saja!







 Susun macam ni jer, atas rak Ikea






 Ni kegilaan mama bebudak nie hahhaa.



 Saja nak tunjuk lagi, padahal pokok ni dah nak kiok pun. Ada saya letak kat luar laman sana, Kot la panjang jangka hayat dia



 Tak tau la berapa hari depa ni dapat bertahan ikut jenis memasing, sebab ada 3 jenis ni. Jenuh jugak la nak sorting ikut jenis tu.





Matilda basket yang beli kat Spotlight. Senang buat isi mainan Hariz yang terdiri daripada golongan superhero. Haa, dapat kat mama Hariz, hilang depa punyer superhero tu, daku sumbat jer dalam  bakul ni. Bersesak la korang :D



 2 bijik bakul ada penutup ni saya isi pakaian Ayra.
Saya beli kat The Store sebelum bersalin Ayra, memang khusus untuk letak pakaian dia.

Harga less than RM40. Berbaloi beli bekas ni, sebab kalau balik kampung pun saya just angkut bakul ni jer. Takyah susah-susah nak pilih baju masuk beg bagai. Selalunya baju saya pun saya tumpang masuk dalam bakul Ayra hihihi. Alah, takat balik Keratong 2 hari jer kan, apa sangat pakaian nak bawak. Kalau tak muat, saya tumpang la sumbat dalam beg husband atau anak yang lagi 2 orang tu. 




Beginilah pemandangan ruang tamu kami, merangkap ruang golek-golek dan anak-anak main. 
Ruang sofa bukan kat depan tv ni, tapi kat sebelah kanan sana. So, takder la bersekali kat sini. Lagi pun, rumah kitorang ni bukan selalu tetamu datang, so takder hal laaa anak nak main kat sini. 

Saya punya prinsip, lepas main sila kemas. Tak kemas, silap haribulan mainan masuk plastik itam heheh.

Sekian, beginilah cara saya susun atur mainan anak yang dorang dok main setiap hari. Mudah kan Bajet pun kecik ajer. Still affordable & looks presentable. Gitew :P
Viewing all 991 articles
Browse latest View live