Quantcast
Channel: Ayu Rashid Design
Viewing all 991 articles
Browse latest View live

Wing Chair Fella Design - Boleh Cuci

$
0
0
Bila ada anak, salah satu faktor penting kena ambik kira sebelum beli sofa ialah senang ke tak nak jaga. Samada beli jenis leather, kain yang melekat kat sofa atau jenis boleh bukak cuci.

Saya tak minat leather. So pilihan saya ialah yang jenis kain boleh bukak-cuci. Kotor jer boleh bukak cuci, dan yang lagi best boleh tempah sarung lain. Dapat la tukar-tukar mood deko. 

Kat rumah saya ada seketul wing chair Fella Design. Ikutkan, saya tak berkenan design ni. Tapi, ini jer yang dalam bajet hehe. Nak beli wing chair jenis plain susah sket kat Fella Design. Ni jer la yang agak ok, tapi yang penting boleh bukak cuci. Tapi bukan semua body part boleh cuci.


Boleh style-kan dengan throw pillow


Seat ni boleh bukak.



Kiri-kanan tempat letak lengan



Just tarik jer kain pelapik tepi lengan tu, berpelekat kat sini



Korang mesti dah biasa tengok kan? Sajer la tu kalau kata tak biasa tengok hehe





Kadang kat sini berkumpul harta karun hahaa. Biasa la ada anak.
Kalau mama dia tak perasan, memang jadik tong sampah laaa.
Saya selalu vacum jer kat sini.


Dah siap cuci, boleh pasang semula.
Kalau nak tukar sarung pun, just bawak sampel kain ni bagi tailor

Hmmm, ni macam hint nak tempah sarung jer. Tapi kang nampak macam pelik pulak. Jadik wing chair kawen pulak :P


Tapi, wing chair ni memang best. Kualiti produk Fella Design memang terbaik. Dah 3 tahun beli dan lenjan, span dia elok lagi, macam tak berubah. 

Wing chair seketul ni la jadik rebutan kami kat umah hihi. Sinilah tempat tengok tv sambil makan. Memang hot seat!
Berbaloi beli produk Fella Design.

Okey, semoga dapat job dari Fella Design hahahhaa.






Cuti Tahun Baru Cina 2018

$
0
0
Hari ni, anak-anak dah mula cuti sekolah sempena Tahun Baru Cina 2018. Husband masih lagi kerja, InsyaAllah malam ni balik. Sayang anak-bini,, sentiasa ditinggal-tinggalkan. Ikutkan, tak suka dia kerja macam tu, tapi nak buat macam mana. Terpaksa.

Cuti sekolah sampai hari Isnin depan. Nak balik Besut, tak sempat sebab sekejap sangat. Setengah hari dah dalam perjalanan ajer. Anak-anak jenuh dok pujuk Nek Jah ajak datang sini. Plan nak balik Keratong tak dapat pulak, sebab mak abah mertua nak datang sini, tolong adik Nizam buat beranda. Hmmm, cuti panjang... mereput la kat rumah. Bosan giler tu huhu.

Well, bila mak bapak mertua nak datang, berlakulah operasi kemas rumah haaha. Macam tak biasa kan wahai menantu perempuan sekalian. Ini pun dari semalam slow-slow berkemas bilik. Pastu pagi tadi sambung berkemas lagi. Tukar cadar dan kemas bilik store.


Bilik store tu, Kak Ayu sendiri la tukang sepahnya hahaha. Masa ambik barang kalau nak cepat, main letak jer. Situlah tempat sumbat segala comforter, tilam, printer, stroller, almari pakaian, dan baju sekolah anak-anak. Bertambah sepahnya tu sebab husband berkemas 2 minggu lepas. Dia bukak almari tuan rumah yang dah buruk, pastu buang. Tak boleh isi pakaian dalam tu. Gatal dan busuk baunya. Lama dah suruh husband buang, tapi dia buat derk ajer. Tapi, bila takder space nak letak barang bila ada iron Philips Amway, baru dia bukak almari tu, leraikan sekeping-sekeping, sumbat dalam kereta dan terus buang! Setel. 

Sekali, suka hati dia jer pegi letak barang-barang yang dalam almari tu atas almari baju dalam bilik store hahhaa. Dengan bunga-bunga yang saya dok deko-simpan-deko-simpan pun dia letak atas tu. Dah, kalau saya nak ambik guna untuk berdeko semula, kena amik kerusi panjat. Sebab tinggi barang tu dah sampai siling! Sebab almari pakaian tu memang tinggi, letak barang banyak sikit memang sampai siling. Sabooo jer la laki ku. 


Ruang tamu pun dah siap kemas elok-elok semua. Rasa macam nak raya pulak hahahha. Cuma langsir jer tak tukar, malas nak manjat. Tunggu husband balik la mintak dia tolong. Gigil-gigil jugak weh nak panjat tangga. Dah la langsir berat, rasa ehh tak kwase la nak buat. Langsir sliding dan tingkap kat tangga tu dari raya puasa tahun lepas lagi pasang. Tak pernah cuci hihi. Cuba kira dah berapa bulan ahaks. Punyalah rajin!


Oh, tak citer lagi kan, Kak Ayu dah angkut pc naik dalam bilik SOHO dulu. Tapi tak pernah guna pun lagi hahha. Sebab tak setel lagi buat setting untuk wifi connections. Weekend minggu lepas merasa la dok dalam SOHO lama ni buat kerja. Ya Allah, heaven gilaa rasa. Dengan sejuk ekonnya, dengan wanginya bau Dexandra Air Freshener, bilik yang kemas dan semestinya takder gangguan Ayra si Ratu Bono hahaha.

Bukan tak sayang anak, tapi terpaksa untuk bekerja dengan tenang. Memang rasa bestnya sebab dapat fokus kerja untuk beberapa jam dalam suasana yang saya memang suka sangat.

Okey, petang ni nak sambung berkemas lagi. Tadi dah siap masak ayam asam pedas. Daun kesum mintak ngan kakak Nizam. Hariz sedang berbahagia main kat rumah Mak Long dia tu haa, Risau jugak pegi umah orang lelama. Menyusahkan rasanya. 

Tak sabar tunggu husband balik. Boleh rehat masak hahhaha! Till then, selamat bercuti!



P/S: Korang yang nak beli produk saya jual, boleh ke blogshop saya ni yer:

Norafurla Mega Volume Mascara: http://norafurlalovers.blogspot.com
Tasneem Naturel Balm: http://ayurashidshop.blogspot.com
Dexandra:www.dexandralover.com

Berminat Nak Tambah Income?

$
0
0
Tahun 2018 memang dijangka tahun yang mencabar dari segi kewangan kerana kos sara hidup semakin meningkat. Gaji naik? Alhamdulillah. Tapi bukan semua orang merasa gaji naik, dan bukan semua orang kerja makan gaji. Cukup masa, check dalam akaun bank, duit dah ada. Tinggal nak 'kirai' saja. 


Opss, gaji naik, tapi selalunya harga barang pun akan naik sama, kan? Apa lagi bila kerajaan Malaysia dah tetapkan, kadar harga minyak berubah-ubah. Harga minyak naik 20 sen pun, harga barang pun ada yang naik, sebab ramai peniaga yang ambil kesempatan untuk menaikkan harga barang. Kerajaan nak pantau harga barang? Hmmm, fikirkan sendiri. Tak  berani nak tulis, bahaya hehee.


Berjimat-cermat!
Yes, itu salah satu caranya. Tapi, setakat mana kita mampu nak cut perbelanjaan sana-sini. Lama-lama hidup jadi makin tertekan akibat masalah kewangan yang semakin meruncing.

Nak tak nak, kita terpaksa carik jalan keluar untuk selesaikan masalah kewangan yang semakin menyesakkan. Salah satu caranya ialah dengan buat income sampingan. Tambah income dengan bisnes online!

Tak tau nak jual apa? Takder pengalaman, takder produk nak jual, takder modal besar, takder ilmu, takut nak bermula, takder mentor untuk bantu. Itu semua bukan alasan, kerana saya nak bukak peluang berbisnes bersama saya.




Nak jual apa Kak Ayu? Jual mascara jer? Boleh ke buat income sampingan? Mascara jer ni. Kenapa bukan produk lain, tak berani la saya nak jual (amboi aku buat skrip sendiri haha, sebab inilah yang saya dok fikir dulu bila nampak Leader saya Nana Farhana, dok promote Norafurla Mega Volume Mascara).


Haaa. Sebenarnya pasaran untuk mascara ni sangat luas! Berapa ramai wanita kat Malaysia ni? Dari budak sekolah pun dah pakai mascara okey! Zaman dorang bukan macam zaman Kak Ayu dulu. form 5 pun dok pakai bedak Baby Johnson's debu tu lagi hahhha. Eh, sampai zaman universiti pun dok pakai bedak tu taw! Apelagi nak ber-mascara bagai. Zaman berubah, kan?


Lagi pun, tahun 2018 antara niche produk yang akan trending ialah health & wellnesses dan jugak beauty products. Haa, mascara la antara beauty produk tu, tau! 



Oh, by the way, coming very soon Norafurla akan keluarkan produk baru. Gandingan untuk mascrara. So, bertambahnya produk, bertambahlah peluang kita nak jana unlimited income.


Yang penting:

BERMULA - SETTING MATLAMAT - USAHA BERTERUSAN - JANGAN PUTUS ASA


Saya nak ulang semula zaman ber-income besar menjual produk Dexandra dengan Norafurla produk. Dengan pengalaman yang ada, InsyaAllah, saya akan bantu anda. Selagi mana anda nak, anda pasti boleh!

Kita akan bermula dengan #ProjekDuitRaya2018 yang akan saya lancarkan pada 1 Mac 2018. Sekarang ni, saya masih lagi buka peluang untuk anda sertai team saya iaitu Team Ayu and Friends (#TeamANF)


So, siapa berminat nak jadi Dropship atau Mini Agent Mascara Norafurla, anda boleh hubungi Kak Ayu. 

Ayu Rashid
019 - 989 8341 

Dekorasi Rumah dengan Pokok Indoor

$
0
0
Sekarang semakin menjadi-jadi trend menghias rumah dengan menggunakan pokok indoor sebagai decor items yang menarik dan jimat kos. 


Terdapat pelbagai pilihan pokok indoor hidup yang boleh kita jadikan pilihan. Ia bukan sahaja cantik, tapi sangat bagus untuk proses pengudaraan. 

Sejuk mata memandang. Pokok paling hot masa kini. Fiddle Leaf Fig atau Ketapang Brazil



Antara pokok yang menjadi pilihan saya ialah seperti dalam gambar-gambar yang saya share kat sini. Opsss, ini hanyalah koleksi gambar tahun 2017, dah banyak yang mati. Takper, selagi ada gambar, kita boleh sama-sama cuci mata dan ambik idea untuk menghias rumah!




























Selamat berdeko-deko!

7 Sunnah Rasulullah SAW untuk Amalan Harian

$
0
0
Pagi tadi, sambil minum secawan kopi dan makan sekeping roti, saya scroll facebook. Masa ni anak-anak dah pergi sekolah, Ayra pulak tidur lagi. Then, memory timeline kat facebook melintas la status daripada Cik/Puan Siti Zubaidah Romli yang pernah saya share 2 tahun lepas (saya set Only Me).

Saya rasa, elok saya share kat sini, untuk panduan dan amalan kita bersama. Semoga sharing ini memberikan manfaat dan sebagai sumber pahala yang sentiasa mengalir untuk penulis asalnya, saya dan kita semua. 

7 Sunnah Rasulullah SAW untuk Amalan Harian


Sebagai peringatan untuk diri saya sendiri, juga sebagai buah tangan buat sahabat sekelian - mari kita laksanakan 7 Sunnah Hebat ini.
Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.


Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.


Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.


Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.


Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.


Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.


Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua.

3 Tips Kemas Rumah dengan Cepat & Mudah

$
0
0
Zaman sekarang ni, tak kira wanita atau lelaki yang mementingkan kebersihan, kekemasan dan susun atur rumah, sentiasa akan curi masa untuk mengemas rumah. Samada kita bekerja atau surirumah moden, kita nak kerja mengemas rumah menjadi cepat dan mudah. Betul tak?

Hari ni, saya nak share 3 tips kemas rumah dengan cepat dan mudah.


1. Ruang Tamu dengan perabot minimalis
Tak kesah la ruang tamu kita saiz berapa besar atau kecik sekalipun, pastikan hanya perabot dan hiasan yang minimalis saja kita letak. Seringkas mungkin! Less is more, sentiasa ingat tu. Sebab semakin banyak perabot atau hiasan, semakin bertambah kerja kita nak mengemas. Lagi-lagi kalau ada anak, belom lagi kira nak kemas mainan dorang tu hehe.

Simple jer kan? Nak kemas pun senang sangat ni.
Just gunakan perabot dan decor items yang boleh jadikan ruang tamu kita nampak outstanding dan selesa.
  
Dekorasi ada throw pillow banyak macam ni memang cantik. Nak bergolek celah-celahnya pun best. Tapi, yang tak bestnya bila anak buat main sepah sana sini. Nak menyusun tu pulak jadi satu hal. lagi-lagi kalau kita ni jenis OCD. Memang hazab la, sebab nak pastikan setiap bijik throw pillow tu dalam keadaan ber-simetri. 

Hahha, tak kata orang lain, saya memang takleh tengok la kalau senget sana, tak betul sana sini. So, kalau nak ada throw pillow pun, sebijik dua jadik ler, buat sedap mata mandang jer. 



2. Bilik Tidur: Pastikan bangun tidur terus kemas
Jangan nak malas kemas atas tilam elok-elok. Bilik tidur adalah tempat paling membahagiakan untuk berehat, membaca dan tidur. Gunakan perabot dan soft touch yang jugak minimalis. Pastikan letak barang-barang yang jarang guna di tempat yang tertutup, seperti almari, rak bertutup dan laci. Jangan nak longgok pakaian tak bercuci dalam bilik. A big NO!

Jadikan rutin mengemas dan tukar cadar at least seminggu sekali. Jangan sampai berkepam bau baru nak salin. Aiyooo jangan malas sangat okey. Hehheee. 


Kelihatan selesa kan? Kalau rasa tak mampu nak susun bantal banyak macam tu, cukuplah sekadar 2 biji bantal dan sebijik bantal peluk. Nak berkemas pun sekejap ajer.

Less perabot = lebih senang berkemas!



3. Guna terus simpan atau kemas. 
Haa, ni paling penting. Rumah banyak perabot, banyak barang atau hiasan actually okey jer. Asalkan kita berdisiplin: bila guna sesuatu barang terus simpan atau kemas. Jangan nak tunggu seminggu sekali atau sebulan sekali baru nak berkemas gegila punya. 



Ehh, letih tau macam tu. Pastu, larat ke mata mandang rumah bersepah semata-mata nak tunggu hujung minggu atau sebulan sekali baru berkamas. Itu lagi penat badan tau. Elok-elok hari minggu boleh berehat dan berjinbara, dahhhhh jadik satu tugasan sampai separuh hari pulak nak berkemas. End up, tensen sebab letih!


Jadi, kena disiplinkan semua ahli keluarga untuk bertanggungjawab atas apa yang mereka guna dan sepahkan. Jangan kita sorang jer tukang kemas, memang penat. Pelan-pelan latih anak berkemas dan sama-sama tolong buat kerja rumah. Kita taknak jadi ibu bapa yang lahirkan tuan tau. Kalau tak didik masa kecik, bila lagi? Haa, kan dah membebel hahahhaha.


Semoga tips ini bermanfaat untuk kita semua. Till then, jumpa lagi!


IMAGES SOURCE: GOOGLE IMAGE

DEXANDRA PERFUME & AIR FRESHENER OPEN FOR DROPSHIP

$
0
0

Dexandra Air Fresher 
Dengan 8 bauan yang memikat dan pelbagai fungsi.
Pasti menjadi pilihan mereka yang sukakan suasana yang berbau wangi.



Dexandra Perfumes, untuk wanita dan lelaki.
Dengan packaging baru yang lebih berkualiti, ekslusive dan bau yang telah di'enhanced'.
Pasti menjadi buruan penggemar perfumes.


Jadi, kedua-dua produk ini pasti boleh membantu kita menjana pendapatan tak kiralah secara pnline atau offline, atau kedua-duanya.


Jika anda ingin menjadi Dropship Dexandra Perfume dan Air Freshener, hubungi saya untuk maklumat lanjut.

Commitment fees hanya RM150 sahaja.
Anda akan diberikan produk!


Whatsapp:
Ayu Rashid 019 - 989 8341

Slot Iklan & Review di Blog ayurashid.com

$
0
0
Trend 2018 menyaksikan brand, founder produk dan peniaga mula beralih ke blog untuk meluaskan lagi channel pemasaran servis/produk mereka. 


Ini adalah kerana pengiklanan di blog lebih bersifat mesra carian (di google), pengguna masa kini suka mendapatkan maklumat terlebih dahulu di google dan salah satu caranya ialah dengan membacanya di blog. 


Selain itu, kos pengiklanan di blog adalah lebih murah, bersifat jangka panjang, iaitu selagi entry tidak dipadam, entry tersebut akan kekal. 


Jadi, adalah menjadi langkah bijak untuk kita peniaga untuk beriklan di blog. 


Saya juga menggunakan blog untuk bisnes, dan saya juga menggunakan khidmat blogger untuk beriklan dan membuat review produk yang saya jual di blog. Bukan satu masalah atau persoalan jika tiada jualan dapat diperolehi dari iklan tersebut, sebab kita nak iklan kita berada dalam tempoh jangka panjang (pasif marketing).



Saya nak buka peluang kepada korang untuk beriklan di blog saya ini, dengan harga yang berbaloi-baloi.


Terma dan Syarat:
  • RM50 sahaja
  • Boleh berikan produk atau tidak (tapi kalau bagi produk lebih baik sebab saya akan guna, snap gambar cantik-cantik dan buat review based on pengalaman saya menggunakan produk tersebut)
  • Berikan saya 5 keping gambar (produk dan testimoni)
  • Berikan saya contact details dan social media anda
  • Berikan saya info produk dan cara penggunaan


Iklan di post blog akan diletakkan sebagai Sticky Post selama 3 hari.


Iklan/review tersebut bukan sahaja di-share di blog tetapi juga di:
  • 2 kali share di Facebook personal saya (setakat ini: Friendlist 4160, Followers 3505)
  • 2 kali share Instagram (@rahayu.rashid Followers 2244)

IKLAN AKAN KEKAL DI BLOG, FB DAN INSTAGRAM


Jika anda berminat untuk bekerjasama dengan saya, hubungi saya:

Ayu Rashid | 019 - 989 8241




Dekorasi SOHO dengan Pokok Bunga Lily

$
0
0
Bila kita bekerja dengan mengadap komputer atau laptop, mata dan otak kita akan rasa cepat letih. Sebab tu, saya suka letak pokok hidup at least sepokok di atas workstation saya atau ruang yang berdekatan. Sejuk mata mandang dan udara pun lebih segar ada pokok indoor. 

Hari ni saya nak share dekorasi SOHO saya yang terkini. Ada jugak yang berubah sikit-sikit sebab saya kan suka tukar sana, alih sini hehee. 


Kawan-kawan yang follow saya di Facebook dan IG tentu dah pernah tengok gambar saya share ni. Bulan December lepas saya beli pc pre-loved daripada kawan yang kerja kat pejabat gomen di Putrajaya. Okey la RM450. Takder bajet nak beli PC baru, boleh la setakat nak buat kerja bisnes, bukan nak yang high-end punya pun. 

Setakat ni tak pernah guna pun lagi PC ni hehe. Masih belum settle-kan untuk sambung hotspot. Pastu Nizam pun baru pasang haha. Nak beli bukan main berkobar-kobar, sekali beli dok simpan jer, laptop ni jugak saya guna hehee.



Saya letak sepasu pokok lily pink yang saya beli di nurseri 2 minggu lepas.  Di ruang belakang sofa tu pulak pokok spider plant dan money plant. 2 pokok ni saya dah biasa buat deko, so saya nak fokus share pasal pokok bunga lily tu ajer dalam entry ni. 

P/S: Pokok-pokok atas wall shelf tu bukan pokok idop yer, tu pokok jadian jer hehee. 



Daun pokok ni saya dah lap dengan air, tapi still nampak macam comot-comot. Takper, ada masa saya lap dengan jojoba oil hahhaha. Kasik daun dia nampak kilat berseri-seri gitu.



Tak nampak sangat kaler bunga ni pink, cahaya keimanan memancar-mancar pulak hehehe.




Pokok lily bukan saja cantik, tapi ia tersenarai dalam pokok indoor yang sangat sesuai dan bagus untuk membersihkan udara. Haaa, tuan-puan sekalian, silalah beli pokok lily di nurseri berhampiran anda :D




Haaa, macam ni warna real pokok lily ni. Zoom in sikit, saja nak goda korang supaya ber-lily jugak kat rumah. Saya suka tengok pokok hidup dalam rumah, termasuklah di SOHO. Tapi, malang sentiasa menimpa... pokok-pokok saya jaga tak panjang jangka hayatnya hahha. 

Takper, kan saya selalu cakap, saya sokong industri nurseri. Kalau tanam tak mati-mati, bila pulak nak repeat beli kan? Pastu, bukankah setiap yang hidup pasti akan menemui ajal. Hahha, taknak kalah tu, padahal tak reti menjaga, reti beli jer heheee.

Till then, kepada korang yang nak berdekorasi dengan pokok hidup samada di SOHO atau di pejabat, pokok bunga lily ni boleh dijadikan decor items yang cun dan murah saja harganya.

Bye!

Slot Iklan & Review di Blog ayurashid.com

$
0
0
Trend 2018 menyaksikan brand, founder produk dan peniaga mula beralih ke blog untuk meluaskan lagi channel pemasaran servis/produk mereka. 


Ini adalah kerana pengiklanan di blog lebih bersifat mesra carian (di google), pengguna masa kini suka mendapatkan maklumat terlebih dahulu di google dan salah satu caranya ialah dengan membacanya di blog. 


Selain itu, kos pengiklanan di blog adalah lebih murah, bersifat jangka panjang, iaitu selagi entry tidak dipadam, entry tersebut akan kekal. 


Jadi, adalah menjadi langkah bijak untuk kita peniaga untuk beriklan di blog. 


Saya juga menggunakan blog untuk bisnes, dan saya juga menggunakan khidmat blogger untuk beriklan dan membuat review produk yang saya jual di blog. Bukan satu masalah atau persoalan jika tiada jualan dapat diperolehi dari iklan tersebut, sebab kita nak iklan kita berada dalam tempoh jangka panjang (pasif marketing).



Saya nak buka peluang kepada korang untuk beriklan di blog saya ini, dengan harga yang berbaloi-baloi.


Terma dan Syarat:
  • RM50 sahaja
  • Boleh berikan produk atau tidak (tapi kalau bagi produk lebih baik sebab saya akan guna, snap gambar cantik-cantik dan buat review based on pengalaman saya menggunakan produk tersebut)
  • Berikan saya 5 keping gambar (produk dan testimoni)
  • Berikan saya contact details dan social media anda
  • Berikan saya info produk dan cara penggunaan


Iklan di post blog akan diletakkan sebagai Sticky Post selama 3 hari.


Iklan/review tersebut bukan sahaja di-share di blog tetapi juga di:
  • 2 kali share di Facebook personal saya (setakat ini: Friendlist 4160, Followers 3505)
  • 2 kali share Instagram (@rahayu.rashid Followers 2244)

IKLAN AKAN KEKAL DI BLOG, FB DAN INSTAGRAM


Jika anda berminat untuk bekerjasama dengan saya, hubungi saya:

Ayu Rashid | 019 - 989 8241



Fungsi dan Cara Guna Balm Tasneem Naturel

$
0
0


CF Rub Tasneem Naturel

  • Bantu kurangkan selsema
  • Bantu cairkan kahak
  • Bantu melegakan athma
  • Bantu kurangkan suhu ketika demam
Cara Guna:
Sapu di hidung, tekak, tulang belakang, tapak kaki dan dada



Tummy Time Tasneem Naturel
  • Bertindak seperti minyak perut bayi
  • Membuang angin dalam perut
  • Bantu melegakan perut sebu
  • Bantu melegakan kembung perut
  • Bantu melegakan sembelit/cirit-birit
Cara Guna:
Sapu pada perut dan tapak kaki



Calm Time Tasneem Naturel
  • Memberikan keselesaan
  • Mengurangkan tekanan
  • Mengurangkan keletihan
  • Bantu anak lebih tenang jika sedang tantrum, mengamuk, menangis tanpa henti atau hyperaktif
Cara Guna:
Sapu di tulang belakang, tapak kaki, nadi belakang telinga dan pergelangan tangan



Sleep Time Tasneem Naturel
  • Bantu anak tidur lena
  • Bantu anak supaya mudah tidur
  • Bantu anak bangun dalam mood ceria
  • Memberi tidur berkualiti
Cara Guna:
Sapu di tulang belakang, tapak kaki, nadi di belakang telinga dan pergelangan tangan


Hujung Minggu

$
0
0
Hari ni bersiaran langsung dari rumah Ibu Mertuaku, bukan Ibu Mertua Kassim Selamat. Time nak maghrib macam ni baru gedik nak update blog hehe. Malam tadi sampai sini, esok pagi dah nak balik Semenyih semula. Bila anak-anak sekolah sampai petang, rasa masa semakin singkat duduk kat kampung.


Sampai dah malam, hari Sabtu ajer la ada full day kat kampung, sebab esok pagi atau tengahari dah nak bertolak balik Semenyih. Ikutkan, penat pun rasa tak hilang huhu. Tapi, kalau lama sangat tak balik kampung pun, rasa boring jugak. 


Syukur la budak-budak bertiga tu ada rumah nenek dekat, kalau nak harap balik rumah Nenek Jah, hmmm kene tunggu cuti panjang jer la. Cuti bulan 3 nanti pun tak tau la balik ke tak. Kalau husband keja Johor lagi minggu cuti sekolah tu, boleh la pegi umah kakak :P




Seronok anak-anak kat kampung. Ayra pun sakan main. Pukul 5 petang tadi baru nap, dan sampai skang ni pukul 7 petang pun tak bangun lagi. Wah! Malam ni pukul berapa nak tidur tuuuu. Mama nak buat kerja malam ni, nak buat schedule post. Ni just entry warm up jer ni, sesambil nak transfer duit kat seller IG shop, tadi beli tudung bawal bidang 50 3 lai. Alang-alang online ni, terus update entry. 



Tadi baru tanam semula pokok money plant yang saya bawak dari rumah. Dah macam nak mati jer semua tu, so selamatkan mereka dengan bawak balik tanam semula kat sini dan letakkan di bawah jagaan mak mertua haha. Cakap kat mak tadi, ni kalau tak idup jugak, memang tangan ayu ni takleh tanam pokok la hihi.


Eh ok dah nak maghrib ni, nanti update lagi. Bye!

3 Tips Disiplin Lipat Kain

$
0
0
Haa, saper kat sini geng selalu mengelat lipat kain? Baik mengaku cepat hehe. Saya pun geng jugak, Ya Allah memang bercinta la nak lipat kain. 


Lagi-lagi bila ada baby, selai kita lipat, selai jugak dia kirai semula. Yang elok berlonggok tak berlipat lagi tu, taknak pulak dia kirai. Saja la tu nak kasik ibunya lipat dan lipat lagi. 

Source: Google Image


Hari ni, saya nak share 3 tips disiplin lipat kain, supaya lepas ni takder lagi dah longgokan baju tak berlipat tu. 


1. Lepas angkat - terus lipat
Lipat terus tau, jangan nak longgok dulu tunggu berhari-hari, makin bertambah hari, bertambah la menggunung longgokan kain, maka makin malas la nak lipat. So, angkat - terus lipat!


2. Jauhkan diri dari GADJET
Ini biasa kan... bila gadjet (tak kira la handphone atau tablet) ada dengan kita, mula laaa. Selai lipat kain, 10 minit dok ngadap gadjet. Sudahnya, 4 jam baju sebakul tak siap jugak berlipatnya. So, jauhkan diri dari gadjet semasa melipat baju. Dah siap lipat dan susun baju, baru ambik gadjet tu, hadap laaa. 



3. Lipat  ikut saiz (besar, sederhana, kecik)
Dah jadi macam satu kerja pulak nak asingkan ikut saiz kan? Tapi secara logiknya, bila kita tengok banyak yang nak kena lipat, kita rasa makin lemau nak mulakan. Padahal, tak banyak mana pun, tapi disebabkan ada yang saiz besar (contohnya cadar, selimut dan tuala), kain akan nampak banyak. 

So, asingkan dan lipat ikut saiz. 
  • Cadar, selimut, tuala
  • Kain batik dan kain pelekat
  • Pakaian dewasa
  • Pakaian kanak-kanak
  • Pakaian bayi
  • Misc (macam pakaian dalam, dan tuala kecil)

Cukuplah 3 tips ni, tips-tips lain korang boleh la google. Ni cara yang biasa saya buat. Alhamdulillah, jarang kat rumah saya ni ada longgokan kain tak berlipat, sebab kalau makin dikumpul, memang makin malas nak mulakan dan lagi bercinta nak susun yang dah lipat tu kat bahagian masing-masing.


Selamat mencuba :)

Wangian Sesuai Untuk Lelaki Aktif

$
0
0
Wangian apa yang sesuai untuk lelaki yang aktif dan beraktiviti lasak?

Kami tampilkan untuk anda, Dexandra Men Dynamic Series.



Walaupun anda berlari, bersukan, bekerja outdoor atau macam-macam lagi, wangian jenis ini sentiasa mengekalkan keharuman dan ianya melekat dengan lebih lama. 


Ianya membuatkan diri anda tampil berkeyakinan kerana berasa lebih segar, lebih fresh dan kelihatan dinamis.



Dapatkan Dynamic Series sekarang, yang didatangkan dengan 4 jenis wangian.
















Whatsapp:
Ayu Rashid | 019 - 989 8341

Dilema Blog | Campur atau Asingkan

$
0
0
Kalau yang dah lama follow blog ni, mesti naik menyampah dah bila baca si Kak Ayu ni asyik dok jual itu jual ini. Ye lah, Kak Ayu pun dah ingat-ingat lupa dah, apa yang pernah jual. Yang ingat antaranya ialah:


  • Produk Hai-O Marketing 
  • Shawl 2 muka byJajaKalam
  • Dexandra
  • Ronella Essential Oil
  • Tasneem Naturel
  • Norafurla Mega Volume Mascara

Kalau nak tau, masih ada lagi wasap tersesat masuk tanya pasal Premium Beautiful dan produk Hai-O lain tau. Kak Ayu pun dah lupa macam mana cara nak kira saiz Premium Beautiful hehe. Kalau orang nak beli cash, best jugak kan. Sebab dah pangkat Diamond Sales Manager (DSM), bonus dah 31%, tinggi tuuuu. 

Kadang tengok orang jual produk Hai-O macam best jer, tapi nak mulakan balik tu, alahai... malasnya. So, takper la. Kot bebila dapat seru jual semula produk, boleh jer. Taknak dah kembangkan network, penat. Cukuplah sekadar jual produk ajer. Sebab order segala pun HQ dan stokis uruskan. Senang sangat dah. Cuma nak ngan taknak jer. Kalau nak jual pun, just fokus killer product jer. Tu kena risik-risik la apa produk yang hot sentiasa. Okey, #DoneBerangan


Bila cerita pasal gunakan blog untuk bisnes, kan. Ramai yang kata elok asingkan setiap produk untuk 1 blog. Memang la tau benda tu semua, tapi... alahai, dengan ada baby memang tak sempat la nak manage. Sekarang ni saya ada blog ni:

Bulan Feb lepas, saya buat blog ayurashidshop untuk campur semua produk. Nak lambak semua jualan kat situ. Tapi, rasa macam tak best pulak, sebab niche berbeza sangat tu. Tak sesuai la pulak. Pastu, pegi la asingkan, buat blog lain untuk Norafurla Mascara tu, sebab soon akan released new baby untuk Norafurla ni. Tasneem Naturel pun akan kuar baby baru jugak. Nanti, bertambah serabut pulak.







Nak jadik cerita pulak, ada teknikal problem pulak untuk kedua-dua blog tu. Hmm, terus hilang mood. Rasa nak delete jer dedua blog tu. Frustrated sangat. Sampai takder mood nak tengok blog tu, apalagi nak update dengan penuh kasih sayang. 


So, kedua-dua blog tu saja diabaikan. Bila rajin update, the rest lambak jer la kat dalam blog Ayurashid ni. Sampai ada mood semula, saya guna IG untuk bisnes Tasneem Naturel dan Norafurla. Tapi Tasneem Naturel ni, saya nampak potensi besar jika gunakan blog. Hmm, ntah la, tak tau nak kata apa. Sabar jer la. Nak buat macam mana kan... semua benda luar kawalan. 

Template blog beli dari website mat salleh. Terpaksa revamp semula. Ni kalau ada masa boleh jer hadap buat sendiri, tapi tak berkesempatan. What to do... redho jer la :(

Nak on laptop satu hari pun bercinta. Ini curik masa sekejap time dia nap. Update blog pun dalam keadaan jiwa kacau tau. Memang main taippppp jer apa yang terfikir kat otak. Sib baik laju menaip hahaha. Kalau macam nizam menaip, mau 1 perenggan siap, Ayra dah bangun hihi. Sempat tu kutuk laki sendiri ahaks!


So, tak tau lagi macam mana hala tuju bisnes Norafurla dan Tasneem. Ya Allah kekangan masa memang tak tau nak kata macam mana. Kadang nak nanges rasa. Banyak benda nak buat, tapi tak boleh buat. Tu yang kadang rasa putus asa. Taknak buat bisnes apa-apa pun. Tapi, what to do. Ni jalan yang saya pilih, terpaksa la redah jugak.


So, kalau Kak Ayu jarang update blog, sila-sila la jenguk di FB dan IG yer. Eh, FB pun dah rasa menyampah tau, caner ni? Psycho betul la pompuan ni hahhaa. 


Okey, nak godek folder gambar jap. Ni menyambil transfer gambar dari hp ke laptop. Gambar dari bulan 2 hari tu tak transfer lagi. Memori kat hp dah makin sesak napas tu, sebab banyak sangat gambar dari Telegram.


Till then, bye dan salam jumaat semua!



Mirelle Beauty DD Cushion

$
0
0
Bila kita nak beli foundation ke, bedak ke, CC Cream ke, BB Cream ke, DD Cushion ke, salah satu kriteria yang kita selalu risaukan ialah tak rasa melekit ke kalau pakai? Rasa rimas tak? Nampak muka berkilat-kilat macam cermin ke  tak? 

Pendek kata, kita nak yang selesa. 

Orang kata beauty is pain.  Tapi, kalau Kak Ayu, tak sanggup aiiihh. Biarlah natural beauty ajer (ewah, padahal seram tengok muka sendiri hahaha). Tapi, wanita mana la tak nak kulit muka nampak ploles kan? Pantang nampak ada produk muka, terus rasa nak beli haha. 

Kak Ayu dah dapat produk yang best giler yang selesa sangat pakai walaupun duduk kat rumah dan keluar jalan-jalan. Rasa dia selesa dan ringan jer kat muka tau.

Ni haaa, nak show off kat korang sikit ni hehhee. Cinta hati baru Kak Ayu dalam bidang kecantikan dan kejelitaan gitew:P (kasik la chance nak fefeling cun kejap, kan dok demam Pajura tak abes lagi hehe)



 Ini dia... Mirelle Beauty DD Cushion!


Mirelle Beauty DD Cushion ni, ada pelbagai manfaat untuk kulit muka tau. Bukan takat nak kasik muka nampak floles masa kita pakai tu jer. Jom check-it out, manfaatnya:


  • Melindungi kulit daripada sinaran matahari dengan SPF 50++
  • Mengecilkan liang pori
  • Mencerahkan kulit 
  • Anti penuaan
  • Meratakan tona warna kulit
  • Melindungi kulit daripada persekitaran yang tercemar
  • Meredakan radang / cela
  • Mengurangkan minyak pada wajah
  • Tahan lama sehingga 8 jam
  • Menganjalkan kulit
  • Mengurangkan garis-garis halus
  • Full coverage
  • Sangat ringan pada wajah
  • Bauan yang sangat wangi seperti bedak bayi
  • Mesra wudhuk
  • Diluluskan KKM
  • Bahan semulajadi seperti mulberry, stem cell dan argan oil



Mirelle Beauty DD Cushion ni ada 2 tone warna jer tau. Korang jangan ngengada mintak tone kaler yang takder haha. Tone 01 untuk Light dan Tone 02 Naturel. Kak Ayu punya ni tone 01, al-maklumlah, tuan puteri lindungan bulan, berkulit agak cerah hehee. 

So, staf Mirellee Beauty rekemen Kak Ayu amik code Light 01. Haaa, pandai staff tu pilih, sesuai sangat kaler ni dengan tone kulit Kak Ayu yang tak sekata ni haha. Biasala, dah masuk kategori Remaja Purbakala ni kan, dengan ada baby lagi, segala tok nenek jerawat, jeragat, eye bag, semua dok berumahtangga kat muka ni haaa. Sebab tu, suka sangat la ada produk cenggini haaa, dapat la fefeling floles kannnnn. 



Pastu,  yang penting, senang sangat nak apply Mirelle Beauty DD Cushion ni. Untuk kaum wanita yang sentiasa busy, always on-the-go (walaupun hakak dok rumah jer yer, tapi sentiasa busy okey!), dan yang tak berapa expert nak mekap pun, senang sangat nak appy DD cushion ni. Terasa separa profesional gitu, hehee. 

Senang jer, just calitkan span tu kat permukaan DD Cushion, then terus dapdap-dappp kat muka. Buat beberapa layer pun ok tau, takder bercapuk. Memang best sangat!

Nampak, kegembiraan itu. Ber-Mirelle Beauty dan dapat hadiah pokok pisang :D Sorry la yer. takder pulak gambar dekat. 

Kak Ayu bukan spesis suka make-up. Cukuplah pakai bedak, lipstic dan blusher sikit. Siap! Dengan adanya DD Cushion ni, lagi senang kehidupan. Sapp sappp suiii bersiap, dah setel. Maklumlah, ada baby semua nak kena cepat. 




Selain dari DD Cushion, Mirelle Beauty ni ada jugak produk lain iaitu Miracle Face Mist dan Trendy Matte Lipstic. Ada 6 kaler menarik yang pasti buatkan kaum pompuan ternganga mulut geram nak beli!


So korang boleh dapatkan Mirelle Beauty DD Cushion, Miracle Face Mist dan Trendy Matte Lipstic ni dengan menghubungi atau visit kat sini:

Shop Online: www.hawaskincare.com.my
IG: @mirellebeautyofficial
Page: Hawa Skincare Malaysia
Subscribe Channel: Hawa Skincare Malaysia

Atau boleh terus Whatsapp:
019 - 395 9774

Redakan Eczema dan Lembutkan Kulit dengan Produk Organik

$
0
0
Bila tengok kulit anak-anak Kak Ayu, ramai yang kata putihnya. Ikut Kak Ayu ni, putih. Tapi sebenarnya, papa dorang yang lebih putih banding Kak Ayu, cuma disebabkan dia kerja berpanas-berhujan, kulit dia dah bertukar jadik kelabu asap hehe.

Tak kesah la putih ke, kelabu asap, asalkan kulit sihat.

Tapi, Hariz ada sikit masalah kulit sejak dari kecik, iaitu kulit sensitif jika dia berpeluh atau cuaca panas. Mild eczema. Eczema tu cuma akan kena dekat area pelipat lengan, pelipat betis dan bawah leher. Kalau berpeluh, mula la naik bijik-bijik halus. Dah rasa gatal, dia mula la menggaru. Kesian tengok.


Bila dia dah sekolah lagi kesian, sebab panas. Then, Kak Ayu cuba sapu RenoSkin - Medic Serum kat area badan dia yang selalu gatal tu. Alhamdulillah, dia kata dah tak gatal. Kak Ayu tengok area badan selalu naik ruam eczema tu pun dah takder ruamnya. 


Inilah dia, RenoSkin - Medic Serum


RenoSkin - Medic Serum ni, produk yang bukan sebarangan tau, sebab ia dihasilkan melalui penyelidikan saintifik khas untuk membantu redakan eczema dan kulit sensitif.

Yang bestnya jugak, serum RenoSkin ni boleh digunakan kat seluruh badan, termasuk muka. Kak Ayu pun sapu kat kulit tangan, lengan dan betis. Sebab kulit sangat kering sebab kurang minum air dan selalu ber-ekon. 



Serum ni cepat serap, tak rasa melekit langsung dan berkesan untuk lembapkan kulit. Rasa lembut jer kulit, especially tapak tangan. Maklumlah, jadi surirumah ni, kekadang rasa macam kerja buruh binaan, kasar jer jari-jemari huhu.  Adanya Renoskin ni dapat la bantu lembapkan kulit.

Kak Ayu sapu juga kat kulit Ayra, especially kat bahagian lutut dia. Kan si kecik ni masih merangkak lagi, kenalah kasik kulit area lutut dia tu terjaga sikit, asyik bergesel jer dengan lantai haha. 


Yang specialnya RenoSkin - Medi Serum ni ialah ia dihasilkan daripada komponen campuran herba semulajadi bersama bahan aktif ekstrak Vitamin E dan A. So, ia jadi lebih berkesan 70 - 80 kali ganda berbanding vitamin sintetik. Ia kaya dengan pelembap semulajadi.



Ini memang dapat Kak Ayu rasa sangat. Lembap jer kulit tau. Korang yang ada masalah kulit kering, especially yang sentiasa duduk dalam aircond, korang wajib cuba RenoSkin ni. Bawak jer pergi opis atau memana ajer. Bila rasa kulit kering, terus apply. 


So, memang berbaloi beli RenoSkin ni, sebab ia bukan saja boleh guna untuk redakan eczema dan lembapkan kulit, tapi juga boleh digunakan untuk:
  • Cegah dan redakan ruam lampin
  • Redakan luka melecur
  • Suburkan rambut
  • Hilangkan regangan kulit
  • Pudarkan pigmentasi
  • Pudarkan parut
  • Redakan gatal, merah dan alahan kulit


Cara pakai RenoSkin ni senang jer. Hanya sapu 2 kali sehari jer. JIMAT sangat! Saiz isian dia 80ml/sebotol.


Jangan risau tentang keselamatan produk ni, sebab ia didaftarkan di bawah kilang bertaraf GMP (Good Manufacturing Practise) dan ada kelulusan KKM.


Sebarang pertanyaan berkenaan RenoSkin, produk atau korang berminat nak jadi Dropship, Agent dan Stokis, boleh direct contact no ni: 016 - 490 7155

Atau nak senang, klik jer link ni:


Boleh juga visit IG dan FB page:
IG: @renoskin_official

Marvelous Massage Gel (MMG) yang Viral!

$
0
0
Bila sebut jer pasal minyak urut, ehh rasa macam dah tua sangat ler pulak Kak Ayu ni haha. Tapi, nak berangan muda lagi pun, dah tak boleh sangat dah, sebab panjang umur murah rezeki, tahun depan dah masuk umur 40 tahun. 


Bukan nak kata apa, sejak lepas bersalin anak ketiga kan, memang badan selalu lenguh dan sakit-sakit, terutamanya bahagian pinggang, pelipat lutut kaki kiri dan belakang tumit. Kalau dalam rumah tak pakai selipar, lagi ler terasa-rasa sakit kat tumit membawak ke tapak kaki. 


Ni mungkin effect bersalin czer kot, atau makan tak pantang, sentiasa busy tak cukup rehat atau simpton dah jadi remaja purbakala. Kalau ikutkan hati, rasa nak baring jer, taknak buat apa-apa kerja pun. AMBOI, banyak cantek hahaha. Takyah berangan la yer, sakit ke, sihat ke, kerja rumah dan uruskan anak dan keluarga tetaplah kena BUAT!


Lepas tu kan, Kak Ayu ni jenis tak suka nak pakai minyak urut bagai ni. Kalau minyak wangi suka haha. Minyak urut? Alahaiii, kalau terpaksa sangat barulah nak pakai. Itu pun aduii, rimasnya rasa. Melekit dan berbau tak best tu yang tak tahan. 


Then, Kak Ayu perasan lama dah jugak, ada kawan share kat FB pasal Losyen Urut MMG. Apa tu? Mula-mula tu tak ambik port pun, tapi yang saya ingat, botol dia cantik. Kaler putih & pink!





Haa, ni dia. Cantik kan? Kak Ayu ni bila benda cantik, lagi-lagi kalau kaler putih & pink, memang cepat jer ingat. See, kaler memainkan peranan tau kat kaum wanita ni. Pastu, bentuk botol dia pun cantik. Macam ada cutting badan pompuan gitu, ramping pinggangnya :)


Nama penuh losyen MMG ni ialah Marvelous Massage Gel. MMG tu singkatannya la, senang nak ingat dan sebut.


MMG losyen ni adalah revolusi losyen urut waterbased. Ia diformulasi dari minyak kayu putih.



Kegunaan gel MMG ni ialah untuk bantu legakan:

  • Selsema
  • Resdung
  • Senggugut
  • Pening kepala
  • Urutan ibu bersalin
  • Lenguh badan, pinggang dan kaki


Apa yang istimewanya MMG losyen ni, sampai dia dah jadi viral dan fenomena?
  • Mudah meresap ke dalam kulit sepantas 20 saat
  • Tidak berminyak
  • Tidak melekit
  • Berdaftar dengan KKM
  • Berbau haruman lavender


Cara penggunaan pun senang ajer, since MMG losyen ni dalam bentuk losyen. Kaler losyen MMG ni sama dengan kaler losyen baby Johnson's yang kaler pink tu. 

Penggunaan losyen MMG ni jimat sangat tau. Sebab kita just letak sikit ajer, dah dapat rasa dia punya kesan tu. Hangat, berangin dan bau dia pun best sebab bau Lavender. Tu yang tak kesah nak sapu bila-bila masa pun. Maklumlah, wanita kalau dah bersuami, tak molek sangat la kalau nak tidur tu badan berbau minyak angin kan hehe. Dengan MMG ni, takder masalah nak sapu pun sebelum tidur. Gitu!


Ni contoh Kak Ayu letak kat tangan anak (sebab senang nak snap gambar).


Sekali picit jer ni, cuba terbanyak pulak tekannya. So bila sapu kat atas tangan, jadi macam banyak sangat, dan terasa berangin yang agak kuat.




So, kita boleh agak-agak la yer nak letak kat area badan yang mana untuk kita sapu dan urut, supaya tak terlalu berangin atau rasa macam pijar pulak. 


Picit botol dan letak sikit-sikit pun takper, ikut kesesuaian dan tahap mana kita nak rasa keberkesanan losyen MMG ni. Kalau kat anak-anak, letak sikit jer, bila perlu baru tambah lagi, okey?


See, memang cepat losyen MMG ni meresap dalam kulit. Walaupun agak banyak tadi kat atas tangan anak Kak Ayu ni, tapi sekejap ajer dah serap ke dalam kulit, sebab losyen ni kan waterbased. Tu cepat serap ke kulit.

Ianya memang tak melekit dan rasa berangin tu sedikit demi sedikit akan bantu berika kelegaan pada bahagian badan kita yang sakit tu. Ini kalau dapat guna untuk berurut dengan mak bidan, mesti best! 


Kalau macam ni punya best, patut la losyen MMG ni viral! Memang setiap rumah kena ada at least sebotol MMG ni sebagai first aid kita sekeluarga. Lagi pun, botol dia comel jer, senang nak bawak ke mana-mana, just letak dalam handbag ajer. Tak perlu risau tumpah ke, pecah ke kan. Manalah tau, dalam perjalanan ke, tetiba sakit perut ke, terjatuh ke ada lebam-lebam, atau rasa pening kepala... boleh terus guna. 


Sejak ada MMG losyen ni, sebelum tidur Kak Ayu sapu kat pinggang, tapak kaki dan belakang pelipat lutut. Alhamdulillah, makin berkurang sakit pinggang dan sakit lain-lain tu. 


SEBELUM amalkan sapu MMG, bangun pagi, Ya Allah seksanya nak bangun bila tang pinggang tu sakit huhu. Nak nanges rasa. Walaupun bukan setiap hari datang sakit tu, tapi sekali-sekala kena tu, memang seksa.


MMG - Revolusi minyak urut moden.


Terima kasih banyak-banyak laa kat founder produk MMG  Marvelous Massage Gel ni, sebab dah keluarkan produk yang dapat bantu kita dalam penjagaan kesihatan badan. Elok sangat ni kalau sedekahkan kat mak ayah. Sebab biasanya orang tua selalu sakit-sakit badan, terutamanya lutut. Kesian dorang nak solat pun susah.


Semoga asbab minyak MMG ni, dapat berikan kita pahala sebab dah bantu diri sendiri, mak ayah dan orang ramai untuk dapatkan kesihatan yang lebih baik. Dah sihat, lagi selesa nak beribadat dan buat aktiviti harian kita. Health is wealth, selagi boleh berusaha, kita cuba. InsyaAllah, MMG ni memang terbaik. 


Kalau korang nak beli atau nak tau lebih lanjut, boleh contact kawan Kak Ayu:

Whatsapp: 016 - 831 9822

10 Tips Kebahagiaan Anak - Prof. Muhaya

$
0
0
Kak Ayu jumpa sharing Tips Kebahagiaan Anak oleh Prof. Muhaya yang dikongsikan oleh seorang Hamba Allah (lupa nama FB beliau, semoga Allah merahmati beliau dan keluarganya). 


Dan Kak Ayu terasa nak panjangkan sharing tersebut kat sini, untuk rujukan kita semua. Semoga bermanfaat. 


Source: Google Image

Jom amalkan 10 tip dibawah ini bermula dari hari ini juga.

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al-Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepadaMu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan...", Mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semoga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanfaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang! Cubalah amalkan (ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi Maha Melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya kita solat dalam bilik dia dan dekat dengan dia. Jika kita selalu buat dan kita juga selalu beritahu dia yang kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh. Dia akan tahu kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati kita. Muhasabah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita di masa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata kita. Jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan kita. Kita marah kerana dia buat salah, bukan bermaksud membenci. Ceritalah buat macam drama pun boleh.

8. Amalkan membaca Ayat 40 Surah Ibrahim supaya kita, anak dan zuriat keturunan kita termasuk dalam golongan orang-orang yang tetap mendirikan solat. 
[Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia. Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya Allah, lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya", [kenapa kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi". Basuh beras lawan jam (macam org tawaf) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai dan ingat kepada Allah selalu.
- Prof. Dr. Muhaya

Etsumell: Susu Kambing Berperisa Coklat dan Oat Yang Sedap dan Berkhasiat

$
0
0
Bila sebut susu kambing, bukan semua orang lalu nak minum kan? Apa lagi, kalau susu yang asli tu. Memang bercinta la nak minum. Tapi, rugi sangat kalau kita tak minum susu kambing, sebab susu kambing ni banyak khasiatnya. Dah tu, macam mana ni? 


Ni Kak Ayu nak share ngan korang, sekarang dah ada susu kambing yang berperisa coklat dan ditambah lagi dengan oat. Dah berperisa coklat, konfem la sedap kannn. Takder masalah lagi dah kita nak cuba minum susu kambing. 

Susu kambing berperisa coklat dan ada tambahan oat tu ialah Susu Etsumell.


Susu Etsumell ni ialah minuman pra-campuran susu kambing berperisa COKLAT yang ditambah OAT. 


SUSU KAMBING ETSUMELL formula sedap ni dirumus khas berasaskan susu kambing dan 100% bahan semulajadi (ORGANIK) tanpa bahan kimia, pewarna atau perasa tiruan. 


Jadi, kita tak perlu risau, selamat ke tidak susu Etsumell ni. Sebab tu la susu Etsumell ni boleh diminum dari kanak-kanak seawal umur 2 tahun sampailah warga emas.




Yang specialnya lagi tentang susu kambing Etsumell ni ia ada tambahan khasiat OAT. Bila ada oat, ia jadikan susu kambing ni tinggi dengan kandungan serat. Kita pun tau kan, yang serat berperanan penting dalam membekalkan tenaga dan membantu menjaga kesihatan jantung. 





Susu kambing Etsumell ni jugak ditambah dengan DHA dan MAKANAN SUNNAH serta gabungan optimum vitamin dan mineral yang memenuhi keperluan nutrisi tubuh badan dan DIET harian. 




Siapa yang digalakkan mengamalkan susu kambing Etsumell ni?
  • Kanak-kanak (umur 2 tahun ke atas)
  • Pelajar
  • Remaja
  • Ibu hamil
  • Ibu menyusu
  • Dewasa 
  • Warga emas
  • Dan untuk wanita yang merancang untuk hamil


Kalau kita ni sebagai ibu kan, kadang-kadang risau bila anak tak nak sarapan atau selalu skip meal time. Jadi, kita boleh la bagi susu kambing Etsumell ni untuk anak-anak. InsyaAllah, khasiat susu kambing memang sangat baik untuk badan, dan adanya oat dapat berikan rasa kenyang, tenaga dan khasiat. 






Haa, untuk kita yang ada anak yang kurang selera makan, ni adalah salah satu solution untuk kita berikan khasiat untuk dorang. Dalam masa yang sama, InsyaAllah ia boleh bantu tingkatkan selera makan anak-anak. 



Susu Etsumell ni jugak bagus untuk penghadaman. Saper yang ada masalah penghadaman tu, korang cuba minum susu ni dengan konsisten. 


Rasa coklatnya pun terasa. Senang cakap, tak lokek la rasa coklatnya tu. Memang langsung takder bau tak menyenangkan dari susu kambing yang kita selalu dok risau. Sedap dan lemak bercoklat gitu rasanya. 


Cara penyediaan mudah jer tau.
Campurkan 3 scoops dengan 120ml air panas. 

Sedia untuk diminum. Senang sangat! Dah la senang, sedap dan berkhasiat pulak tu. 

Kalau korang nak cuba atau nak dapatkan maklumat lanjut mengenai susu kambing Etsumell ni, korang boleh contact:



011-23451742 [MYRA]
(Whatsapp sahaja)


Viewing all 991 articles
Browse latest View live